Norma Gangguan Seksual

Kalau siapa ada ikut perkembangan berita global dan hiburan luar negara, ada satu berita tergempar yang sedang hangat diperkatakan oleh media-media utama di United States of America. Berita ini dikatakan “Open Secret of Hollywod” kerana seorang penerbit ternama telah menyalahgunakan kuasa yang diberi untuk memuaskan nafsunya. Namun, penulisan ini bukanlah untuk bercerita mengenai hal ini (anda boleh google menggunakan kata kunci “Harvey Weinstein” untuk mengetahui lebih lanjut mengenai berita ini) sebaliknya si penulis mahu membuka minda rakyat berkaitan hal-hal seperti ini.

Untuk pengetahuan semua, berita ini dinamakan sebagai “Open Secret of Hollywood” kerana hampir semua orang yang terlibat dalam industri hiburan di USA tahu mengenai rahsia ini. Ini adalah poin utama disebalik sebab saya ingin berkongsi mengenai Sexual Education. Umumnya, rakyat malaysia masih lagi tidak mengambil pengajaran dalam hal-hal seperti ini kerana menganggap ia adalah sebuah perkara remeh.

Setakat ini, 25 orang wanita telah tampil dengan pelbagai cerita mengenai pertemuan antara mereka dan Harvey Weinstein yang mana ada diantara perincian cerita-cerita ini adalah sangat menjijikkan. Ada diantara mereka ini mengambil masa bertahun-tahun untuk tampil menceritakan perkara ini kepada umum. Kebanyakan mereka juga sebenarnya telah cuba untuk menyampaikan perkara ini kepada orang lain tetapi tidak diendahkan kerana Harvey Weinstein adalah merupakan antara orang yang berkuasa di Hollywood.

Gangguan seksual juga adalah antara gejala buruk yang semakin menular di negara ini. Jika dilihat pada komen-komen di media sosial, anda akan dapat lihat perkara ini adalah norma baru negera kita. ‘Merecik’ dan ‘Condition: Nora Danish/Neelofa’ adalah antara perkara biasa yang dapat dilihat dimana-mana sahaja. Mungkin bagi anda yang membaca sepintas lalu ia adalah seperti gurauan yang tidak memberi impak, tetapi kepada pemilik nama tersebut atau penerima komen berbaur seperti ini saya tidak rasa mereka selesa akan komentar anda.

Perkara ini adalah masalah yang berlaku pada kedua-dua jantina. Saya pernah juga melihat komentar berbunyi ‘I wish you can impregnant me’ dan ‘ovary explosion’ yang saya rasakan bukan komentar yang sesuai untuk disampaikan.

Tidak cukup dengan komentar di media sosial, masyarakat juga tidak memandang hal ini sebagai sesuatu yang serius. Ini juga adalah suatu masalah besar kerana menerima perkara-perkara ini sebagai norma kehidupan menyebabkan ramai mangsa gangguan seksual mengalami gangguan emosi dan mental. Sedar atau tidak, pengabaian masyarakat terhadap mangsa hanya akan menghukum mangsa dengan lebih teruk. Tidak cukup dengan pengabaian, mangsa juga selalu disuruh untuk berdiam diri atau lebih teruk dihukum untuk meminta maaf hanya kerana mangsa dianggap ‘menyebarkan fitnah’ terhadap pemangsa.

Saya adalah kenalan bagi dua mangsa gangguan seksual. Untuk panduan pembaca juga, kedua-dua mereka adalah mangsa kepada ahli keluarga mereka sendiri. Sekiranya ada diluar sana yang juga mangsa gangguan seksual oleh ahli keluarga anda, saya tahu dan faham penderitaan anda. Justeru, penulisan ini mempunyai dua mesej utama yang ingin disampaikan.

Mesej utama dan paling penting adalah untuk sentiasa mendengar sekiranya terdapat aduan daripada mana-mana ahli masyarakat termasuk ahli keluarga anda tentang hal-hal berkaitan gangguan seksual. Sekiranya perlu, adukan kepada mana-mana jabatan penguatkuasa yang terlibat. Ini adalah penting dan tersangat penting kerana mangsa amat-amat memerlukan bantuan dari persekitaran mereka dalam membantu mereka untuk bangkit dari permasalah ini.

Keduanya, internet adalah sebuah landasan terbaik untuk mendapatkan ilmu dan maklumat. Konsep ‘My twitter, my life’, ‘profile Facebook aku, suka hati akulah nak tulis apa’ atau frasa lain yang berkaitan adalah betul tetapi bukan untuk digunakan sesuka hati dalam penyebaran unsur-unsur negatif. Penggunaan platform ini perlulah datang dengan kesedaran bahawa anda setiap apa yang anda tulis mungkin tidak memberi impak kepada anda, tetapi tidak kepada orang lain. Internet adalah satu “neutral plane” untuk berkongsi ilmu dan maklumat dan penggunanya haruslah berhati-hati.

Sehingga penulisan saya yang seterusnya… Jeruk OUT!!!

– Jeruk

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit