Hi semua. Saya seorang gadis dan berumur 25 tahun. Saya pernah menulis di confession sebelum ini berkenaan diri saya yang terkini. Saya kehilangan mak kandung tahun 2020 yang lalu.
Mama sakit masa tu dan hembuskan nafas terakhir di akhir tahun 2020 tu. Sempat tengok mama walaupun masa tu Pkp dan ada kelonggaran untuk ke tanah kubur sewaktu pengembumian.
Cerita tak habis disitu sahaja. Tahun 2021, awal tahun iaitu bulan Mac dan juga bulan kelahiran saya juga waktu tu, abah berkahwin lain.
Maka, wujudlah seorang ibu tiri dalam hidup ini.
Perkahwinan yang langsung kami tak happy dan terpaksa terima oleh kerana kami anak-anak memikirkan tentang kesihatan mental dan fizikal abah. Abah dan arwah mama sebaya iaitu lahir tahun 1968.
Ujian demi ujian yang perlu saya tempuhi. Awal tahun 2020, arwah mama sudah mula sakit. Disahkan sakit kanser. Dah selesai buat operation dengan selamat, ada pula rawatan kimoterapi setiap bulan.
6 bulan lamanya saya, abah dan abang saya bergilir giliran untuk ambil cuti untuk bawa mama untuk sesi kimoterapi.
Bagi saya, itu tanggungjawab saya sebagai anak dan abah pun jalankan tanggungjawabnya sebagai suami.
Teringat saya, mama pernah kata “dengan kakak je mama rasa tenang. Kalau dengan abang, dia tak bagi mama bangun dari kerusi roda ni” oleh kerana kimoterapi, badan mama semakin susut dan kakinya cepat lenguh.
Saya ambil kerusi roda untuk percepatkan line untuk beratur di hospital kerajaan tersebut. Dan mama boleh saja bangun jika dia sudah lenguh di kerusi dan saya bantu papahkan mama.
Tak lama lepas tu, sesi kimoterapi habis dan hanya perlu follow up di hospital. Saya bawa mama pergi ke hospital macam biasa. Ada satu hari tu, mama sakit sangat perut.
Mama tak tahan sangat. Saya pun beritahu abah supaya bawa mama ke hospital dimana rawatan mama dijalankan atas sebab, saya tak mahu jika ke hospital lain, doktor tidak tahu sejarah kesihatan dan rawatan mama sebelum ni.
Saya tak tahu itu yang terakhir. Terakhir untuk saya teman mama di hospital.
Sebelum ni, semasa mama jalani operation dan berada di wad, sayalah yang menemaninya. Makanan hospital yang dihidangkan, mama pasti kongsi dengan anaknya tembamnya ini.
Adakala saya menolak. Tapi mama siap suapkan lagi! Manja kan saya. Masakan ikan dori yang paling saya suka di hospital tu.
Dan pesanan mama pada penyedia makanan hospital untuk kali terakhir sebelum mama meninggal juga adalah ikan dori, sebab katanya saya suka sangat.
Saya tak makan untuk yang terakhir tu sebab terlalu sedih dan berkejar untuk temani dan doakan mama untuk pembedahan yang sangat kali terakhir di hospital sebelum mama meninggal.
“Kakak ambillah bisnes mama ni. Kakak paling layak. Kalau tak mama jual sahaja”
“Kakak kahwinlah, mana nak tengok cucu dari anak perempuan mama”
Sedih. Itu yang sentiasa terngiang dalam fikiran saya. Kata-kata mama. Bisnes saya sudah ambil alih dan masih merangkak nak stabilkan kembali bisnes tersebut selepas pkp. Cuma sehingga kini belum berkahwin.
Untuk hilangkan kesedihan, saya telah dipertemukan dengan seorang aunty yang juga jiran saya.
Aunty kenal dengan mama. Mereka tidak rapat tetapi aunty ni seorang yang baik hati. Pernah saya cerita betapa sayangnya saya pada aunty tu macam saya sayangkan arwah mama.
Ada nukilan saya dalam Mama & Aunt, I Love U, (https://iiumc.com/mama-aunt-i-love-you/).
Rapatnya kami sehinggakan adakala saya boleh merindui aunty bila kami tidak berkomunikasi walau sehari di whatsapp. Kami sungguh rapat.
Dialah penganti mama sementara dan banyak saya luahkan perasaan dan hati tentang apa yang berlaku dalam hidup saya termasuklah tentang ibu tiri saya yang suka control kehidupan kami sekeluarga.
Tapi tak mengapalah. Mungkin saya belum betul kenal ibu tiri saya tu dan ibu tiri dan abah perhubungan jarak jauh (pjj) atas sebab ibu tiri bekerja di negeri lain. Jadi hanya jumpa ibu tiri setiap hujung minggu sahaja.
Saya dan aunty sangat rapat sehinggakan adakala saya ni terlalu manja sampai terlupa yang saya ni menumpang kasih seorang ibu orang lain.
Saya cerita padanya tiap hari apa yang saya makan, saya buat apa, saya ke mana dan minta izin jika nak keluar.
Ya, seperti ibu sendiri. Aunty pun layankan juga.
Aunty ni ada keluarga juga. Ada suami dan anak-anak tapi 3 darinya sudah berkahwin dan ada cucu. Hanya tinggal seorang sahaja belum berkahwin dan itupun beza umur kami hanya beberapa tahun.
Kami bukannya berwhatsapp setiap masa. Cuma ada masa, saya akan whatsapp aunty. Kadang terpanggil mama juga. Tapi itulah, jika dah terlalu rapat, mesti ada naik turun juga hubungan kami.
Pernah la aunty merajuk sebab saya tersalah cakap. Hampir sebulan aunty silent treatment tapi saya usaha beli macam-macam seolah pujuk aunty. Mungkin sebab aunty dah menopaus, jadinya moodnya seringkali swing.
Kebetulan, baru baru ini juga terjadi. Aunty merajuk sekali lagi. Ini sebab saya ‘tertolak’ ajakannya untuk keluar pergi minum bersama di kedai. Atas sebab aunty pernah beritahu aunty busy, sebab itu saya tolak.
Lain pula pemahaman aunty. Aunty terasa bila saya menolak ajakkannya. Lama juga. Hampir sebulan lebih juga kali ni.
Tapi atas sebab ini dah kali kedua, saya cuba tenangkan diri. Walaupun kena ‘ghosting’ di whatsapp, saya tetap sabar. Saya tak kacau aunty. Cuma adakala tanya khabar.
Saya pun tak tahu. Saya sedar saya sudah dewasa. Umur pun sudah sesuai untuk berkahwin. Mungkin sebab belum jumpa calon, saya masih mencari kasih sayang seorang ibu. Kasih sayang dari aunty.
Adakala saya terasa hati juga bila selalu kena ghosting dan kena marah. Tapi ambil iktibar mungkin itu nasihat seorang ibu pada saya.
Bukan saya syok sendiri, pernah juga banyak kali aunty katakan sayang saya seperti anak sendiri dan aunty layan saya macam anaknya.
Normalkah saya seusia ini masih mencari belaian seorang ibu?
Saya cuma nak ada ibu sahaja dalam hidup saya. Mungkin saya masih terkejut dengan pemergian mama. Saya cuma nak elak rasa sedih dari teringat.
Saya sedar saya tak layak untuk meminta kasih ibu orang lain. Ada ibu tiri tapi dilayan seperti orang tak wujud walaupun dalam rumah sendiri. Ibu tiri queen control dalam rumah saya sebab tuu saya tak suka.
Aunty la yang menyejukkan hati saya selalu. Saya dulu pernah nak lari dari rumah sebab tak tahan, tapi aunty pujuk saya. Tapi… itulah.
Sekian.
Nukilan ni hanya sekadar luahan rindu seorang anak kepada mak.
Dan adakala rindu belaian seorang ibu. Itu sahaja. Maaf andai nukilan ini bosan..
– Seorang perindu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit