Assalamualaikum. Terima kasih admin jika confession aku disiarkan. Aku perempuan umur masih awal dewasa.
Berdasarkan tajuk di atas, akan aku ceritakan sikit kisah hidup aku. Aku ni introvert dan pasif sejak kecik. Sampaikan orang risau ingat aku ni bisu ke apa sebab taknak bercakap. Tapi zaman kanak2 aku gembira je seperti orang lain ada keluarga bahagia semua. Namun, sebabkan sifat pendiam dan pasif ni aku pernah kena buli time sekolah rendah. Yeah, aku masih ingat nama and segala yang dia telah buat pada aku. Aku dibuli verbally dan physically (pukul). Aku nangis teruk tapi dia tetap buat and time tu ramai je nampak tapi buat tak tahu je tengok huhu. Lepastu aku tak tahan dibuli aku mengadu dekat mak aku and akhirnya budak tu berhenti buli and kehidupan aku berjalan seperti biasa. Dah dekat 10 tahun dah kisah ni aku takda lah berdendam ke apa aku maafkan je move on sendiri.
Then, masuk sekolah menengah. Aku masih pendiam namun aku ada kawan2 yang aku boleh jadi gila2 merepek sama2 and kawan2 ni yang aku sayang sangat2 walaupun dah habis sekolah still contact. Tetapi dalam happy2 aku kat sekolah, kat rumah aku tak tahu kenapa aku takleh duduk sorang2 sebabnya aku akan jadi overthinking yang sangat teruk. So, nak tanya la, normal ke pada umur sekitar 14 aku dah ada suicidal thoughts tanpa sebab? Aku ada happy family, kawan2 yang baik, tapi disebabkan overthinking dan anxiety aku jadi begitu. Aku rasa diri sangat tak berguna dan alangkah bagusnya jika aku tak dilahirkan di dunia. Pemikiran macam ni selalu datang bila aku sorang2 or tengah down. Siksanya benda tu sampai aku cederakan diri sendiri tapi tak sampai guna benda tajam. Aku akan buat ringan2 seperti gigit tangan aku sampai lebam teruk, hantuk kepala kat dinding kuat2 banyak kali and tarik rambut aku sambil berfikir benda negatif pasal diri aku rasa diri aku sangat tak berguna kat dunia. Aku juga menjadi orang yang sangat sensitif benda kecik pun nak terasa.
Aku banyak kali berharap agar aku terlibat dalam kemalangan supaya aku tak perlu tersiksa lagi. Tapi bila aku happy bersama family dan kawan2 pula aku akan happy yang melampau kadang2 hyper jugalah sampai melompat2. So faham tak? Bila down, down gila melampau, bila happy pun melampau. Walaupun aku begitu, aku tetap cemerlang dalam pelajaran. SPM aku score and skang dah masuk IPTA dah pun.
Tapi sebenarnya, semua yang aku rasa tu still aku hadapi hingga sekarang tambah2 sejak masuk universiti ni aku mengalami kesukaran nak buat kawan kerana sifat introvert aku. Aku sedih, lepas solat aku akan mengadu dekat allah kenapa jadikan aku begini, aku nak jadi seperti orang lain, ceria dan mudah buat kawan so takdalah nak depressed macam ni.. aku dah bersungguh2 cuba ubah sifat pendiam tapi tetap sama.. mungkin kerana aku memang dah dilahirkan dengan sifat tu..
To all readers, tolong bagi pandangan positif untuk aku. Apa patut aku lakukan.. aku penat. Penat nak rasa macam ni.
– Rara
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit