Normal Ke An4k Digigit Di Taska?

Assalamualaikum. Ini kali pertama saya menghantar confession di sini. Saya memerlukan pandangan yang baik2 dari kalian.

Saya seorang ibu lewat 20an dan bekerja dari rumah sepenuhnya. Alhamdulillah, asbab itu saya mudah uruskan anak saya seorang yang berumur setahun lebih.

Saya start hantar anak ke pengasuh waktu umur 6 bulan sebab masa tu dia dah mula nak explore dan saya tak boleh nak fokus pada kerja.

Walaupun kerja dari rumah, rezeki tetap kena cari dengan baik, kan?

Boss saya baik, tak micro manage pun. Asal siap task yang diberi. Jadi, untuk permulaan saya hantar anak pada jiran sekitar 10am- 4pm.

Cuma, pengasuh ni kerap off day. 1/2 bulan sekali, dan sekali cuti sampai seminggu, seminggu lebih. Kerja saya jadi banyak tertunggak.

Last kena masa raya haritu, pening kepala saya nak siapkan kerja sambil jaga anak.

Jadi saya decide masuk kan anak ke playschool.

Reason, 1. Nak bagi anak socialize sebab dia jenis merap kalau jumpa oran,g haha

2. Mesti lah untuk provide education yang lebih baik.

Bayaran tahunan RM1K, monthly RM600. Tempat berdaftar JKM, ada cctv, dan update aktiviti harian di WhatsApp. Saya tak kesah spend asalkan anak saya selesa.

Saya hantar jam 9 pagi -5.30 petang. Tempat tu buka 12 jam tapi saya kesian plak nak hantar anak 12 jam, nanti saya rindu, hehe.

Baru 2 minggu hantar, ada 1 kesan gigitan di bahu. Saya tanya teacher, teacher kata tak perasan dan memang ada sorang budak suka menggigit. Teacher pun dia gigit. Umur sebaya anak saya.

Tempat tu memang split kan budak ikut umur, so anak saya stay dengan yang umur 1-2 tahun sahaja.

Teacher minta maaf berulang kali dan akan lebih focus katanya.

Harini ambil anak, ada lagi kesan gigit, kali ni di tangan. Masih merah macam baru digigit. Pun teacher kata tak perasan dan minta maaf lagi.

Saya jadi confuse. Patut marah atau tidak. Nak marah, marah siapa. Anak saya setiap kali hantar memang nangis ler, pengasuh sebelum ni pun memang gitu but she getting better.

Masa ambik time balik pun dia happy2 je, mood kat rumah pun seronok beronok2 je. Jadi saya confuse patut risau atau tidak.

Second thing yang buat saya risau, bila balik rumah sampai je rumah, dia terus cabut puting dan minta makan. Minta makan macam lapar gilaa. Habis lah semangkuk nasi, minta snack lagi (roti, buah).

Anak saya memang pemakan orang nya tapi ni memang betul2 lapar. Bila tanya, teacher kata dia makan banyak. Lagi sekali saya confuse di sini.

Ini anak pertama, pertama kali jugak hantar anak ke taska. Tak tau sama ada saya overprotective atau memang taska tu yg problem.

Boleh ke saya minta tengok cctv? Patut ke saya tukar taska? Boleh minta full refund tak? Haha, mak tak kaya ya.

Hantar tempat lain, nak kena bayar registration fees beribu lagi. Nak hantar pengasuh, dah off day kerjanya + takde cctv so i’ve trust issues.

Bantu saya ya semua. Terima kasih.

First Mom,

– Daffodil (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *