Untuk part I, (https://iiumc.com/normal-kah-ini/).
Hi. Selepas hantar part 1 haritu, ramai cakap saya patut jumpa doktor so I did.
Sebenarnya memang dah lama nak pergi tapi asyik bertangguh. Lepas boyfriend pun push juga jadi saya kuatkan diri untuk pergi jumpa doktor.
Saya buat part 2 sebab ada yang tanya apa yang trigger saya, which is saya pun tak pasti.
Tapi kalau anda baca karangan panjang saya ini, mungkin anda akan faham. Minta maaf jika penulisan saya rojak bahasa melayu dan bahasa inggeris.
Jadi pada mulanya, saya pergi ke klinik kesihatan. Tanya macam mana nak jumpa psychiatrist. Dia bagi saya DASS test dan minta saya untuk cerita kenapa nak jumpa psychiatrist.
Lepas tu, dapat buat temujanji bertarikh seminggu lepas pergi kk tu which is semalam, pukul 8 pagi.
Semalam saya pergi la ke hospital tersebut. Hospital tu sejam jauhnya dari rumah saya jadi pukul 7 dah bertolak. Campur jem apa semua 8:15 baru sampai. Lepastu sesat dalam hospital pulak haha.
After daftar and semua pukul 9 dapat jumpa doktor.
Doktor yang saya dapat tu doktor melayu, lelaki. Macam biasa dia tanya kenapa saya datang hospital. Apa yang tak kena dan sebagainya.
Tapi saya sukar sikit nak cerita kat dia sebab otak saya jadi blank. Jadi mampu jawab entah. Dan dia minta saya cerita tentang family saya, hidup saya dari kecil hingga dewasa.
Family saya, abang2 ada history menagih dadah dari saya kecil lagi. So memang rumah saya tak pernah tenang masa saya membesar. Ada sahaja bergaduh, bertekak.
Pernah abang saya ambil pisau dan acukan kepada ayah saya. Tapi sekarang tak pasti abang masih ambil atau tidak, mungkin tak sebab masing2 dah bekerja.
Ayah saya pulak ada buka bisnes kecil-kecilan jadi sejak saya sekolah rendah dia memang sangat busy dan kurang masa untuk family. Mak saya pun sama memandangkan dia tolong ayah saya.
Atau mungkin sebab saya memang tak rapat dengan family saya. Kakak dan abang semua dah dewasa dan kebanyakannya sudah berkahwin.
Jadi memang saya tak rapat dengan siapa2 dalam family.
Cuma lately nie, mungkin sebab dah tua. Parents saya tiba2 concern dengan saya sedikit sebanyak. Nak pergi hospital pun sibuk nak ikut tapi saya tak bagi.
Saya tak bagitau yang saya nak jumpa psychiatrist. Mereka cuma assume saya nak pergi hospital sebab sakit lain.
So lepas saya cerita history nie kepada doktor serta berapa lama saya dah self harm (dari tahun 2019). Doktor ada tanya saya, ada boyfriend atau tak?
Saya cakap ada, jadi dia minta saya untuk call boyfriend saya memandangkan saya bagitahu dia yang saya hanya rapat dengan boyfriend saya.
Mula2 saya hesitant sikit sebab boyfriend saya pagi kan kerja tapi akhirnya saya call je.
Doktor tanya dia apa yang tak kena dengan saya macamtu je dan boyfriend saya bagitahu yang saya sukar kawal emosi. Benda kecik pun boleh lead saya untuk self harm dan nak bunuh diri.
Ada beberapa benda yang mereka cakap tapi saya kurang pasti apa yang dibualkan.
Setelah selesai semua dan dia dah dapat gambaran macam mana diri saya nie, dia pergi berbincang dengan bos dia dan decide untuk bagi saya ubat untuk stabilkan mood saya. Ubat tu nama lamotrigine.
Saya search, ubat tu diberikan kepada pesakit bipolar. Saya perlu ke hospital untuk appointment kedua, 2 minggu lagi.
Untuk menjawab soalan apa yang trigger saya. First of all, saya tak pasti. Tapi apa2 yang boleh menyebabkan saya stress semua boleh trigger saya.
Contoh, kalau dekat2 exam memang saya sensitif lagi2 memikirkan saya tak faham apa pun subjek tu.
Kalau dulu, saya belajar cepat je masuk dalam otak. Soalan apa pun mostly boleh jawab. Sekarang nak jawab soalan tu hm tak tahu lah. Jadi bila saya susah nak jawab soalan, saya akan tak berminat untuk study dan stress.
Selain dari itu, kalau boyfriend saya salah cakap ke ataupun keluar balik lambat sangat pun boleh menyebabkan saya stress lagi2 kalau gaduh.
Atau kalau saya call dia dan dia tak jawab nanti saya akan berdebar2 dan geram. Usually dari situ la mula pergaduhan.
Pernah juga saya keluar bersosial tengok orang main basketball, badminton (tapi saya takleh main sebab saya sakit). Ada orang tegur saya.
Balik tu saya nangis dan bad mood sepanjang hari. Ada juga saya keluar malam untuk book tempat makan. Balik tu saya berdebar2, sesak nafas, nangis, mengamuk.
Kalau terpaksa pergi college dan bersosial, jumpa orang etc pun boleh menyebabkan energy saya drain sangat2 dan lead kepada bad mood saya. Iadi ada jugak la random things yang boleh trigger saya.
Saya rasa itu saja kut yang saya nak kongsi. Terima kasih kepada mereka yang nasihatkan saya dan suggest cara2 nak distract diri saya. I am quite fine now sebab balik rumah.
Banyak aktiviti, masak la, keluar drive around, baking dan sebagainya. Kalau kena balik college semula nanti tak pasti la saya okay ke tak.
Hehe. Terima kasih juga sudi baca apa yang saya tulis. Doakan saya supaya boleh jadi normal balik ye!
– Y (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit