Normal Ke Lelaki Begini?

Hi semua, ok straight to the point jela untuk confession aku ni.

Aku nak tanya, memang normal ke lelaki/suami ni suka tengok perempuan s*ksi dan tonton video lucah?

Aku Z, dah berkahwin dengan suami hampir 4 tahun, sedang menunggu kelahiran anak sulung kami. Alhamdulillah Allah beri kami zuriat selepas 4 tahun TTC.

Cuma confession aku kali ini ialah berkenaan dengan suami aku.

Suami aku ni baik je, tanggungjawab dia memang A lah aku bagi.

Ringan tulang, suka mengemas, suka tolong aku dekat dapur, sampah pon tak payah disuruh dia sendiri tau nak buang. Memang A+ la bab ni.

Cuma ada satu perkara pasal suami aku yang aku kurang berkenan, dia suka tengok benda-benda lucah.

Aku tak tahu kekerapan dia tengok benda-benda tu macam mana, cuma aku dah perasan lama yang suami aku ni dia suka follow mat salleh yang s*ksi s*ksi sebelum kami kahwin.

Ya, taste laki aku ni suka follow perempuan mat salleh yang ‘buah dada’ dia besar, yang suka buat aksi aksi yang menggoda.

Dekat telegram dia pon dia ada follow satu channel perempuan mat salleh yang s*ksi-s*ksi yang tayang benda-benda tak senonoh.

Aku pernah tanya husband aku dulu kenapa suka tengok benda-benda mcm tu, jawapan dia sebab “suka-suka” je.

Boleh pulak suka-suka????? Aku mintak dia stop tengok benda-benda tu dan dia kata dia akan cuba.

Tapi sampai sekarang dah 4 tahun perkahwinan, bila aku check phone dia, masih ada lagi channel2 telegram perempuan s*ksi dan dia masih follow lagi perempuan seksi dekat instagram.

Apa yang aku perlu buat ni?

Benda ni normal ke?

Sumpah aku buntu dan taktahu nak react macam mana.

Tapi attitude dia semua ok je, semua ok. Bab ni je yang aku tak suka.

So persoalannya, lelaki memang suka tengok benda-benda ni ke?

– Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Tidak Puan. Tak semua lelaki suka tonton video lucah. Suka melihat perempuan cantik dan seksi itu ya, lumrah lelaki sepertimana perempuan suka melihat lelaki hensem dan badan tegap. Sebab itu dalam Islam, baik lelaki mahupun perempuan Allah menyuruh kita menundukkan pandangan mata. Jika tak mampu menikah, perlu berpuasa. Jika mampu, menikahlah.
    Jika suami puan sering menonton video lucah hingga ketagihan pornografi, saya sarankan puan minta nasihat dan bantuan dari doktor. Ada sesi kaunseling dan rawatan yang boleh mengurangkan dan merawat masalah ketagihan pornografi. Selain itu, banyakkan berdoa pada Allah dan terus menasihati suami puan. Jangan berputus asa.

  2. Itu tak normal ya puan. Tak semua lelaki macam tu, sometime lelaki suka tengok porn bagi yang bujang, duda atau yang ketagihan seks tapi tak semua. Hanya sesetengah sahaja, lelaki ni susah kita nak predicted sebab dia lagi complicated dari kita sebagai wanita. Jadi saranan saya sebagai seorang wanita dah berkahwin, cuba kita belajar macam mana dia nak bila di atas ranjang. Sebab makin lama kita kahwin makin suami kita nak kelainan di atas ranjang. tak salah kalau kita mencuba sesuatu. Ni nasihat saya sebagai seorang isteri dan wanita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *