Hi, saya nak tanya pendapat sikit sebab saya jarang bercinta, dan saya dah kenal lelaki ni dalam 3 bulan lebih, I know masih baru. Tapi baru pun kami selalu bergaduh sebab salah faham masing-masing.
Umur kami sebaya masing-masing 27 tahun, dan saya mengharapkan ini relay yang menuju ke alam perkahwinan, yela masing2 umur dah sebegini. Tapi makin kenal saya makin ragu-ragu, saya agak stress?
Bila kami berborak, saya suka bertanya tentang past life dia, dan agak terkejut ye dia ada dalam 7 exs… saya jadi takut dan start overthinking.
Tapi takpelah buang ke tepi pasal past life, dia ni lelaki nonchalant, boleh dikatakan begitu lah, sebab apa-apa yang jadi dia ni macam takde perasaan, tenang je setiap masa. Sampai saya persoalkan betul ke ni dia sayangkan aku.
Contoh, saya accident dan ada lelaki yang tak dikenali pecah masuk ke rumah sewa saya. Saya betapa paniknya masa keadaan ini berlaku tapi respond dia… macam dia tak kisah sangat? macam tenang sangat.
Itu satu, lagi satu dia ni jenis yang cepat terasa, bila saya mula nak argue something dia terus terasa walaupun saya dah kata dengan selembut yang mungkin.
Contoh, saya perasan yang kami ni lack of communication, saya introvert dia juga introvert but usually saya yang carry our conversation dan honestly agak memenatkan.
Dia jenis mudah terasa bila saya nak luahkan apa yang saya rasa, cara layanan dia, masa dia.
Setiap kali saya nak cakap, dia start terasa dan marah saya balik, walaupun saya yakin cara saya bercakap tu takdelah kasar mana, walaupun masa tu saya tengah tahan marah ye.
Saya tak pernah kurang ajar atau mencarut ke dia, tapi dia rasa cara saya tak hormat dia.
Lagi satu, saya rasa macam saya sorang kena faham keadaan dia… contohnya kami berdua bekerja, dia usually WFH, saya selalu bekerja lebih masa tapi saya pastikan yang kami selalau berhubung walaupun kadang penat dan terkejar-kejar.
Dia ni selalu call late night pukul 1 lebih baru call, which is saya agak penat ye kadang pukul 3 tak tidur lagi. Bila saya minta baik-baik, “kalau nak call, awal sikit boleh? or if lewat sangat no need to call lah eh.” tapi dia ignore. Dia nak call, dia call. Tak kira pukul berapa.
Kami ni jenis tak berhubung sangat waktu bekerja so kalau boleh after kerja saya nak spend time dengan dia tapi bila dah masa dia macam ni, saya jadi penat dan stress.
Bila saya cuba nak issuekan dia kata saya tak hormat dia, keputusan dia. Like saya just nak luahkan situation saya.
Kadang saya pun tak faham, saya rasa tak tahan tapi saya nak bertahan sebab faktor umur pun dah tak boleh main-main dah dalam relay kalau boleh saya nak kahwin dengan dia.
Tapi satu lagi hal bila sebut pasal kahwin kami bergaduh, yang ni maybe normal lah kot. Sebab selalu perempuan yang selalu push lelaki untuk masuk minang dan saya faham kenapa dia stress kalau saya push.
Tapi bende basic contoh pasal anak, pasal isteri bekerja after kahwin, soalan-soalan yang wajar ditanya sebelum kahwin kan, jawapan dia sangatlah tak memberangsangkan.
Jawapannya seperti “buat apa nak fikir jauh-jauh bende tak jadi lagi, buat stress je.” “saya tak kisah sangat.” “kenapa nak fikir pasal anak jauh lagi perjalanan kita”. Saya jadi macam dia ni serious ke tak dengan aku ni?
Lelaki memang macam ni ke? even kalau dia sayang? jujur cakap saya tak nampak effort dari pihak dia. Tapi saya memang dah nekad dari awal untuk date to marry dengan dia.
– Gum (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dik, ni just pendapat akak la ye
1. Jgn kawen sebab awak rasa awak dh 27 & semua kawan2 dh kawen. So, awak kena kawen jugak even awak rasa ada something wrong dgn BF awak tu.
2. Kalau sekarang BF awak tak boleh hormat awak, tak boleh bertolak ansur dgn awak, jangan ingat bila dah kawen dia akan berubah ye. selalunya tidak!
3. Kalau dia betul2 nak ada masa depan dengan awak, dia takkan rimas bila awak start cerita bab kawen, family, anak semua tu.
4. Perkahwinan ni tentang 2 orang yang hidup bersama. Kalau skrg pun dia asyik pentingkan diri dia je rasanya nanti lepas kawen pun benda yang sama jugak akan jadi.
Seumur hidup tu terlalu lama nak ditempuhi dengan org yang tak menghargai. Buat istikharah dan pilihlah baik2. Semoga TT jumpa jodoh yg baik
Effort means interest akak. Laki tu bukan je takde effort kat akak. Kat diri dia juga.
Tak boley pakai kak, cari lain kak.
” terlalu berharga” akak sebagai sebagai seorang wanita tak dipandang oleh dia. Untuk dilindungi dan dihargai.
Gerak awal² kak, kita kawen nak safety net betul² .. ujian after kawen lain kira laa
( minta dijauhkan).. tapi, petanda awal tu.. moleklah dijadikan teladan kak , blah je awal²… tak payah tercatch² feeling ngan lelaki tu.. ramai lagi kat lain akak. Biarlah lah kak umur berapa² pun, kalo tak jumpa yg baik tu, takpayah lah dulu.
Adalah tuu yg lagi helok…
Banyak sangat Red Flag tentang BF adik. Call pada masa orang tidur. Tak boleh fikir ke, pagi2 lagi ke cepat2 bersiap pergi kerja. Bila lelaki Tak Berminat Nak Cakap Perancangan Masa Depan dengan awak, Lebih baik cepat2 angkat kaki!! Sampai bila nak bertahan dengan orang yang tak menghargai idea awak, perasaan awak, masa awak, keluarga awak dan lain2 lagi. You Deserve Better Man!! Jangan takut dengan status bujang. Jangan biarkan monster itu terus dera emosi awak!! Fikirkan!!
Sis.. baru 27 jgn terburu2 sangat hehe.. jgn sbb umur last2 tersalah pilih
Ye dik,, bf awak tu tak normal.. lelaki normal yg nakkan kita, xde nye nak marah2 kalau kita tanya pasal plan lepas kahwin, anak, kerja lepas kahwin, gaji, simpanan kahwin semua tu.. kalau skrg semua benda awak yg kena usaha dulu, x mustahil lps kahwin pun benda sama yg akan berlaku.. silap2, anak pun awak kena handle sendiri.. mungkin dia rasa umur dia tu awal lagi nak bina keluarga..
so, try kenal orang lain juga.. bukan nk suruh curang, tapi x salah kalau kita ada beberapa pilihan yang dirasakan elok.. sy pun kahwin umur 29, xde istilah anak dara tua dah skrg nie..ramai je perempuan yang kahwin lambat..
Good luck, seumur hidup tu lama dik nk hidup sebantal dengan lelaki nie.. pilih yg elok2.. in shaa Allah.. doa bnyk2.. moga dipermudahkan urusan awak.. Aaminn…
Assalam dik. Lebih baik awak putuskn dr meneruskn. Simple. Lelaki yg betul² serius dia tk ambil masa lama nk halalkn awak.
Lagipun tk kira umur berapa awak still boleh kawen dik. Adik ipar sayabkawen umur 40 still dapat seorg anak dan happy life dia. Katakan no kpd narsisistic dik. You deserve the better person.
Suami aunty jenis spt anaknda punya bf… Dari mula berkawan aunty yg banyak push utk kawen..skrng aunty dah 37 tahun bersama2 Dgn dia… Tapi nak beritahu anaknda, hidup aunty musnah, tidak punya apa2…semua aunty korbankan utk dia. Aunty mmg sgt BODOH. Anaknda jgn terlibat dlm kehidupan spt apa yg aunty dah lalui. Jodoh pertemuan diatur Allah, bukan kita yg cari atau kita yg pastikan siapa jodoh kita … Banyak silap yg akan ditempuh nti…merana hidup mcm aunty, hidup Dan perasaan yg kosong
Xyah la kelam kabut nk kawen. Baru 27. Relax je. Bf kau yg skrg ni dik byk sikap hidup utk hari ni je. Esok, esok pny cerita. Plan² utk masa dpn xd dlm idup dia. Begitu jgk kisah lalu. Pd dia, “sejarah, sejarah la. Buat apa nk ingt² lg? Bnd dh jd pun.” Jd, sila dump dia sblm kau jd makin syg kat dia dikk. Akak doa ngko akan jmp org yg tepat nnt. Amin².
dah banyak red flag pun masih nak marry him ke. better tkyah laa. akak yg umur 32 tahun ni pun belum terasa nak kahwin. enjoy la life dulu. cari yg betul2.
saya takde pengalaman sangat bab-bab ni, tapi cari la lelaki yang bersemangat dengan kita. Sepatutnya lelaki yang kena fikir jauh
Kalau dah nmpak bnyk sgt red fleg nk truskan lagi buat apa.. lps kwen nnti tah bhagia ke x.. biar skit sblum kwen dri skit slepas kwen..sekian
Jangan kawen dgn dik..itu je nak cakap
Tak nampak tokoh nak dijadikan suami..
Bila kita nak kahwin, cari suami yg boleh negotiable, yg boleh fahami kita, yg bokeh respect kita ,yg ambil berat, yg sayang kita, yg care kita.
Klu nampak kita lg terhegeh2 drp dia, nampak kita yg bnyk kena berkorban, kita yg semua kena buat , semua serba tak kena dll..so better tak payahlah…
Nak kahwin ni lama dik,, 30-40 tahun .
Baik tak payah kahwin drp kahwin dgn org yang salah..
Dah terkahwin, nak patah balik dah payah..
Xyah kawen la dik ngan org mcm tuh…… Xyah gopoh sgt nk kawen 27thn byk lg mase xdosa lah kawen lmbt rmai yg xkawen sbb jmpe laki mcm nih lah nk ker life ngan laki mcm nih
Adik kena fikir betul betul berkaitan lelaki tersebut…dia telah ada 7 ex GF. Kemungkinan besar perempuan- perempuan itu semua menghilangkan diri dek kerana perangai lelaki tersebut yg macam jenis tak kisah. Saya nampak adik jadi stress bila bercerita berkenaan lelaki tersebut. Bagi saya, adik perlu mendalami isi hati adik….dan tanya diri sendiri samada adik rasa selesa atau stress bila berkomunikasi dengan lelaki tersebut. Jika terasa asyik stress bila berkomunikasi dengan lelaki tersebut, adalah lebih baik adik cepat cepat mengundurkan diri…dan cari lelaki lain. Jangan kerana umur dah 27, adik tergesa gesa nak kahwin. Bila dah kahwin, jika selalu stress kemungkinan boleh berlaku perceraian dalam waktu kurang dari 5tahun. Bagi saya, jika adik fikir untuk dptkan zuriat sahaja….dan tak kisah pasal perkahwinan smd boleh bertahan atau tidak…..boleh lah diteruskan perhubungan itu. Tapi jika adik mahu perkahwinan yg kekal sehingga ke hujung nyawa…..perlu fikir byk kali laah
Jantan NARCISSIST tuh deknon. Tak mahu komunikasi secara jelas dan jujur.
Kau macam borak sama dinding. Dia tak NAK pon jujur luah apa dia fikir dan rasa.
MANUSIA WAJIB BERKOMUNIKASI UNTUK BERHUBUNG!!!!!!!
Orang bisu pekak pon EFFORTS tunjuk isyarat. Struggling luah demi nak pasangan mereka faham memahami. Tapi JANTAN KEPAM NARCISSIST diam beku seksa fikirkan kau nak kau baca fikiran dia. Dia pula mudah hidop semua kau dah luah sampai HILANG AIR MUKA SENDIRI.
DIA JANTAN NARCISSIST, DAPAT WHATSAPP KAU TAIP PANJANG BERJELA PON DIA SEEN JE. Haram jadah dia nak usaha reply. Tak ya deknon. MUSTAHIL! Banyak jantan kepam narcissist gituhhhhh. Acik yang banyak bergaul sama anak didik di university dan tempat kerja nih pasal acik lecturer dah masal sangat sikap dan karakter jantan narcissist. Mereka tuh SAKIT DIBIARKAN dan didik mak pak kuno dan tidak berpengetahuan. Tok nek yang besarkan dan manjakan. Tidak didik dengan betul oleh ibu bapa kandung. Tuh dah besar nak KOMUNIKASI PON GAGAL!!!!!!!!
Usah buang. Banyak LELAKI baik dan BERIMAN.
Buang ja jantan kepam narcissist PERASAN SAMPAH tak guna. Biar mereka pupus.
Banyak lelaki baik beri mereka peluang. Bukan bodohkan diri terhegeh hegeh komunikasi sama jantan kepam narcissist tak guna macam dinding tuh!!!!!!!
Kumbang bukan seekor.
Maju ke depan.
Perempuan baik untuk lelaki yang baik.
Jangan sakiti diri mental emosi sama jantan kepam GAGAL KOMUNIKASI. WhatsApp pon tak reply. What do you expect? Call? KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
Jantan narcissist nih suka seksa perempuan. Dia BANGGA DAN PUAS PEREMPUAN KEJAR MEREKA. Hentikan beri mereka supply deknon.
Orang cacat pekak bisu buta pon senang kita faham memahami.
Tapi JANTAN KEPAM narcissist kau serupa komunikasi sama dinding KAH KAH KAH KAH KAH buang masa.
Angkat kaki, nikah jantan kaya, baik, kacak, BERIMAN, sempurna sekufu macam kamu deknon
dik, menjawab soalan awak, lelaki memang selalu macam ni ke?
lelaki yang serius tak macam tu. rs mcm samaada awak timepass dia atau dia masih “google” siapa yg dia nak serious with…so, dia tgh try and error dgn awk. just sbb awk 27 its not compulsory wajib grab and marry anyone that crossed. mak kak ajar, doa dgn buat puasa 40 hari. insyaallah, akan sampai orang yang baik untuk awk. adik kak dalam pencarian jodoh lepas cerai 5 tahun..itulah dia buat. puasa 40 hari. alhamdulillah, allah sampaikan suami yg sgt baik untuknya, jenis rajin jaga solat, rajin tolong di rumah.
Dik better jangan kawin dengan lelaki yang macam tu x kawin pun xpe Dari hidup menderita dah anak berderet lepas bercerai dn awak kena tanggung smuanya nanti.Kawin tu utk bahagia bukan asal kawin Islam pun suruh pilihan pasangan yg baik utk kawin.Maksudnya klu blm jumpa yang baik yg boleh bahagiakan awak jgn kawin…dengarkah nasihat akak ni. klu cakap lembut dia dah marah apalagi bila awk bergaduh lepas kawin nanti dipukul bantai nya awk nanti.Itu solatnya entah kemana.Klu org solat insha Allah ahlak nya mesti elok.klu lelaki x solat x boleh di buat suami .biar lelaki tu rupa xda tp ahlaknya bagus solat, yg xda rupanya jadi cantik di hati kita dr sebaliknya
Cari lain dik, jika dia tidak tunjukkan minat berkomitmen meaning dia tak ada usaha nak menghalalkan kamu. Saya juga nerd dan introvert tapi kerja keras dan serius utk kahwin
Dik,
Usaha milk kita, takdir milik Allah
Bagus usaha dik cari jodoh, cuma kita tak boleh ubah orang yg tak nak berubah
Dik,
Minta dgn Allah buat solat hajat minta dimudahkan urusan jodoh
Buat apa Allah suka, syukur apa yg ada & move on
Dik, baca buku How to stop worrying and start living – edisi Bahasa Melayu pun ada