Assalamualaikum. Selalunya aku hanya sebagai silent reader je dalam page ni. Tapi kali ni aku betul2 memerlukan pendapat dan pandangan korang semua.
Dah beberapa kali aku fikir perlu ke aku dapatkan pandangan dari page ni dan sepatutnya aku perlu luahkan ke dalam page 1 lagi. Cuma page 1 lagi aku rasa terlalu toxic comment2 nya.
Memandangkan aku pengikut setia page ni dan setiap komen dari page ni aku baca dan bagi aku komen dan pandangan dari pengikut page ini semua berilmu dan rasional.
Aku gelarkan aku W dan suami aku H. Aku di usia penghujung 20an dan H di awal 30an. Kami berkahwin masih difasa 5 tahun pertama.
H suami yang sangat baik. Bagi aku almost perfect. Jaga anak dengan baik, kerja rumah sama2 bantu, tak pernah tinggi suara, soft spoken, ringan tulang, utamakan hal anak, takda keluar befoya foya dan melepak, nafkah zahir keperluan mencukupi.
Banyak sangat kebaikan yang aku rasa bersyukur Allah kurniakan aku suami sebaik dia.
Cuma 1 sahaja masalah yang aku rasa sangat2 lah dilema dalam hidup aku. Hubungan suami isteri (harap korang faham). Hubungan tersebut hanya aku dapat setahun sekali itupun sebab aku minta dan tak direject. Beberapa kali juga aku minta tapi direject dengan alasan.
Pernah sekali aku rasa betul2 terkesan. Di waktu hari special kami, kami bercuti di 1 tempat peranginan yang sejuk. Aku dari before pergi memang dah bagi hint perlukan hubungan tu dan dia noted.
Tapi malam kejadian H boleh mentah2 reject sebab alasan terlalu sejuk. Aku memendam rasa dan aku rasa malu dengan diri sendiri.
Aku ada baca beberapa confession sebelum ini yang hadapi masalah yang sama dengan aku. Based on komen aku boleh conclude kan masalah ni sebab :-
1. Suami ada perempuan lain.
2. Suami bernafsu sejenis.
3. Masalah Suami.
4. Isteri tak cantikkan diri.
Aku rasa point no 1 tu insyaallah tak sebab memang setiap masa suami ada bersama. Kami berpisah hanya sebab masing2 keluar bekerja.
Kalau suami aku outstation pun dia akan ajak aku dan anak ikut bersama. Sebab masalah ini aku selalu juga check phone suami aku dan suami aku tak pernah rahsia semua password dia. Aku check semua nya clean takda tanda2 ini.
Point no 2 aku agak curious bab ini sebab before berkahwin memang aku tak berapa tahu lifestyle suami aku. Kami berkahwin dan berkenalan dalam masa yang singkat.
Aku ada baca past chat suami aku (dia tak pernah delete chat lama2 dalam whatsapp atau FB). Aku rasa ragu2 untuk ini bila aku baca chat dia.
Ada 1 chat dengan lelaki ni dia confess dia suka H dan aku tengok H hanya melayan chat seperti kawan biasa. Ada juga few friends list H yang aku nampak agak kearah itu. Sebab kan ini aku akan check setiap chat H even dengan lelaki (tanpa pengetahuan H).
Kadang2 aku penat, sebab kan masalah ini aku tak pernah percaya dengan H dan sentiasa pantau H even dengan lelaki. Dan kadang2 aku rasa childish sebab keterlaluan pantau H sedangkan aku bukan orang yang begitu before this. Aku takut H terlibat point 1 dan 2.
Alhamdulillah buat masa sekarang aku rasa point 1 dan 2 masih clean dibawah pemantauan aku semenjak aku kahwin.
Point no.3 aku rasa ada kemungkinan sebab hubungan suami isteri kalau dapat setahun sekali pun akan terputus ditengah jalan.
Aku dah beberapa kali deep talk dengan H. Dia ada masalah ke dengan hubungan ni. Kalau ya please notify aku dan kita rawat sama2. Tapi H tekankan memang dia takda apa2 masalah.
Aku kadang2 terfikir adakah masalah ini related dengan point no.2. H tak bernafsu dengan aku sebab itu hubungan itu terputus tengah jalan.
Point no.4. Sebab masalah ni aku sentiasa cantikkan diri. Rambut aku sentiasa aku bagi rapi dan pergi saloon. Aku juga invest duit untuk pergi spa supaya presentable dekat suami aku. Beli baju cantik2.
Untuk info, aku kurus ideal, sentiasa bersiap dan ada rupa (selalu orang tegur still cantik even dah ada anak macam anak dara). Dah macam usaha tetap sama. H tak pernah minta hubungan ni even aku dah cantikkan diri.
Aku kadang2 sampai terfikir nak bawa masalah ni ke kaunseling pejabat agama untuk selesaikan hal ini. Tetapi aku kesiankan H dan mungkin ini akan jatuhkan air muka dan maruah H. Aku juga tak pernah ceritakan hal ini dekat siapa2.
Beberapa kali juga aku deep talk dengan H apa yang tak kena. Kenapa rasa tak normal even diawal fasa perkahwinan. Tetapi H takda jalan penyelesaian dan dia teruskan rutin kehidupan seperti biasa.
Masalah ini sebenarnya buat aku jadi triggered, emosi tak stabil, selalu marah, mengongkong suami dan selalu tak percayakan dia sebab aku takut dia terlibat point no 1 dan 2 sebab aku fikir dia tak lepaskan nafsu dia ke aku habis tu dia lepaskan ke mana.
Dengan semua kebaikan H perlukah aku hanya teruskan kehidupan suami isteri tanpa hubungan tu. Mampukah rumahtangga kami bertahan tanpa hubungan ini.
Aku sangat sayangkan H dan aku tahu H juga sayangkan aku dan rumahtangga ni. Cuma aku buntu. Aku takut cinta antara kami hilang sebab takda hubungan badan.
Aku sentiasa fikir, mampukah aku hadap kehidupan suami isteri tanpa hubungan badan untuk tahun2 seterusnya sebab kami masih diawal usia perkahwinan. Masih panjang lagi perjalananya.
Reader2 semua yang ada pengetahuan, pengalaman atau ilmu ni boleh ke bagi pendapat apa patut aku buat.
Maaf kalau confession aku terlalu panjang. Aku cuma nak korang tahu detail dan bagi pendapat apa aku patut buat seterusnya. TOLONGGGGGGG..
– Wife Buntu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
setahun sekali memang amat tidak normal, klu point 1 – 4 semua ok, cuba berubat cara islam, mungkin ada childhood trauma ka, atau ada apa2 benda yg menghalang, insya Allah masih boleh diubati lagi tu insya Allah, cuma awak kena bersabar
Pernah dengar cerita tentang 1 pasangan ni yg mana si isteri x suka hubungan badan atas sebab si isteri merasakan ianya membawa kepada kebodohan. Tapi, x tahu lah hal sebenarnya.
Untuk yang ni, cuba si isteri x perlu minta tapi, terus bertindak. Dia xpandai kot.
Kalau dia x nak juga dan x nak cari penyelesaian, cukuplah 5 tahun tu sebab ini adalah keperluan bukan kehendak dlm hubungan perkahwinan lebih2 lg pada usia muda ni.
Dear Confessor,
Saya faham perasaan awak sbb pernah mengalaminya. Suami jarang menyentuh saya (setahun sekali).
Mulanya saya hairan juga, nak kata saya tak lawa, ramai yg puji kata saya comel & nampak muda dari usia, ada yg panggil saya vampire sbb tak nampak berusia wpun umur telah menjangkau 4 series & anak dah besar panjang.
Saya & suami ibarat kawan baik, kami suka bergurau-senda dan sangat sangat jarang bergaduh. Cuma hubungan intim yang tu saja yang kurang. Suami lebih suka menghadap laptop buat kerja, suka bersukan & bersenam.
Kesannya, saya jadi garang dgn sesiapa sahaja sbb tak cukup kasih sayang. Setiap hari hanya dapat tengok suami je tp tak dapai belaian / cuddling dsb.
Sehinggalah suatu malam, mmg saya dah tak boleh tahan, saya tebalkan muka & ajak je suami. Mulanya suami mcm tak nak tapi lepas tu dia on je lah. Masa tu mmg saya bagi all out sampai dia pun mcm terkejut.
Tak disangka, lepas tu dah mcm ok la pula, dapat la sebulan sekali atau 2x berbanding sebelum ni setahun sekali.
Jadi apa yg dapat saya suggest di sini, awak teruskan menggoda suami & apabila dapat, buat yg terbaik sehingga meninggalkan kesan yg mendalam buat suami. This is based from my experience & Alhamdulillah hubungan kami juga semakin improved.
All the best ya..