Hai semua. Salam Ramadhan.
Ramadhan kali ini rasa tak bererti buat aku. Sedangkan setiap tahun, Ramadhan lah yang aku nanti-nantikan kerana gembira menyambutnya.
Aku dan suami sudah 11 tahun berkahwin. Hubungan kami juga biasalah seperti pasangan lain… ada rajuk, ada baik, ada romantik, ada hari yang kadang rasa cinta mengebu-gebu, ada hari pula rasa nak wrestling je dengan dia, kan?
Walaubagaimanapun, itulah rencah rumah tangga.
Dalam 11 tahun kahwin, pernah je dia kantoi curang dengan perempuan lain. Semua tu aku maafkan.
Tapi kali ini hati aku hancur sangat… sebab aku pelik tengok dia kejap install Telegram, kejap uninstall.
Suatu malam tu, masa dia tidur, aku install lah balik Telegram dia. Haa, kantoi ya ada chat dengan perempuan. Kalau setakat chat “sayang-sayang” tak apa lagi.
Rupanya siap buat servis. Ada servis video call lah, gambar & video bog*l, B*, s*ks, dan macam-macam lagi. Aku memang ingat nama dan password bank dia, jadi aku pun terus cek transfer history dia. Ya, dia ada transfer duit!
Beratus ringgit bila aku kira-kira. Aku ambil gambar semua transfer history dia untuk dua bulan sebagai bukti.
Patutlah minggu ni tiap malam dengan telefon sampai pukul 2-3 pagi. Bukannya nak bersama dengan aku, tapi melayan betina…
Tapi masa kantoi tu, aku langsung tak nangis. Cuma tawar hati. Rasa marah. Membuak-buak juga rasa marah tu. Rasa macam, kenapalah murah sangat laki aku ni? Kenapalah sampah sangat perangai dia ni?
Bukannya dia tak belajar agama. Sanggup gadaikan kebahagiaan rumah tangga bersama anak-anak dengan nafsu lima minit dia tu.
Kalau nak kata soal bersama, seminggu tiga kali mesti bersama. Kadang-kadang bila peluk-peluk pun boleh jadi.
Pagi tu, panjang lebar lah aku WhatsApp dia. Tak ada dah ayat lembut-lembut. Aku sound dia terus. Aku cakap ni kali terakhir aku sound dia. Lepas ni dia nak jadi syaitan ke iblis ke, lantak dia.
Ikutkan hati, aku nak je cerai. Tapi tulah, cerai ni lagi susah daripada nak kahwin. Lainlah aku ni yatim piatu, tak ada mak ayah… mesti aku dah naik mahkamah dah tuntut fasakh.
Tapi tulah… cerai bukan semudah tu, lagi-lagi keluarga aku dan keluarga dia memang harmoni.
Sekarang aku dah dua hari tak bercakap dengan dia. Kali ini… entahlah, tawar hati betul. Aku rasa jijik.
Dia cuba juga peluk aku, minta maaf. Tapi makin menyampah dibuatnya. Mungkin aku dah mati rasa dengan dia. Rasa cinta dah tak ada. Hilang rasa hormat aku pada dia…
Sekarang ni aku lalui jelah hidup macam biasa. Tenang-tenang jelah untuk diri aku. Mungkin aku jalani sahaja tanggungjawab sebagai seorang isteri seperti biasa. Tanpa cinta.
Korang ada nasihat ke untuk aku? Aku terima je.
– Cik Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Benda ketagih porno ni tkde kesudahan sis melainkan…laki ko dah tkde fon utk digunakan…br la berhenti kegiatan dia
Dia dh transfer utk servis tu kan..means dia akan lbh berani langgan betina di bilik2 hotel lps ni.
Ko nk tggu apa lg?Nk tggu kena sakit mental hadap prngai NAJIS laki ko?Suami cmtu layak ke buat ayah pd anak2 ko…takut2 asyik tgk video lucah..merogol pula ank sendiri…liwat anak ke…dr video la manusia ni terpengaruh tau.Ak ckp melalui pengalaman org.
Ko syg kn 11 thn kwen tp laki ko x syg ko pon tu psl dia sggup khianat ko dgn layan benda lucah siap bayar lg…
Ko sggup ke telan benda ni lagi belas2 thn?fikir3 lah..ada akal kan…
Pada pendapat saya ini bukan perkara normal dan bahaya untuk seisi keluarga.
Berdepan dengan suami dan tanya apa tindakan dia supaya tidak berulanglagi.
Dan perkara yang sama berbangkit / buat lagi – harus jumpa orang tua samada dia atau anda, bercerita kepada mereka. Sebagai orang tua di rumah mereka boleh beri nasihat kepada suami anda.
Semoga dipermudahkan segalanya