Normal Ke Tak?

Saya cuma nak minta pendapat pada semua pembaca IIUM Confession ni.

Saya nak meluahkan kepada orang yang dikenali risau mengaibkan suami pulak. Kalau melalui confession ni sekurang-kurangnya segala identiti saya dan suami dapat dirahsiakan. Dan korang pun takkan tahu kan, hahahaha.

Sebelum saya start cerita, saya terangkan serba sedikit mengenai kehidupan kami. Kami dah berkahwin 2 tahun lebih dan belum dikurniakan zuriat lagi. Tiada planning apa2 cuma berserah pada rezeki Dan takdir sahaja. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tunggu la bila tiba masanya kan.

So, saya nak tanya normal ka seorang lelaki yang dah bergelar suami masih melihat perempuan lain yang lebih cantik dan seksi? Perlukah follow semua akaun perempuan2 yang tidak cukup kain di semua laman media sosial?

Dia nak isteri dia ni menutup aurat dengan sempurna sedangkan dalam hp dia berlambak gambar2 perempuan yang tidak sempurna tertutup auratnya.

Saya tidak pernah berniat nak buat spot check pada hp suami. Tapi Allah dah nak tunjukkan tanpa perlu saya berusaha stalk, tanpa saya ada rasa bersangka buruk pada suami.

Tetapi suami saya baik sangat2. layan saya dengan baik. Layan saya macam permaisuri, apa yang saya nak dia akan usaha dapatkannya. Even benda tu mahal, dia akan usahakan jugak walaupun gaji dia tidak lah seberapa kan. Tetapi cukup untuk mencukupi keperluan kami berdua sehari-hari.

Saya confuse, dia sayang saya. Dia cintakan saya. Tetapi mata Masih ingin mencari keseronokan di luar. Adakah benda itu normal ataupun tidak. Tu tabiat ataupun penyakit?

Kalau ditanya pasal dia adakah dekat dengan perempuan lain atau menggatal ka, setakat ni saya tidak jumpa apa2 lagi sebab saya tak gali sedetail itu. Saya nak jaga kesihatan hati saya. Saya takut semakin saya gali semakin saya yang sendiri sakit dan makan hati.

Apa yang perlu saya buat ya? Adakah patut saya biarkan ja suami saya berterusan macam tu dan diamkan sahaja? Adakah saya sebagai seorang isteri telah gagal untuk dia. Kalau kata saya ni bukan pilihan dia, tidak jugak. Sebab kami berkahwin setelah bercinta selama setahun.

Saya pun tak tahu sama ada ini adalah ujian saya? Saya tak tahu dimana silap saya. Adakah sebab saya ni terlalu berlembut dengan dia sampai dia boleh buat sesuka hati dan tak fikir perasaan saya?

Berdosakah saya cakap kalau rezeki zuriat kami ditunda sebab sikap suami yang macam tu? Bukan tak sakit hati bila dapat tahu suami macam tu senyap2, yela masa bercinta semua indah kan.

Bila dah berkahwin ni 1 per 1 Allah tunjuk sikap sebenar pasangan kita. Mungkin sebab dia layan saya dengan baik sehingga segala keburukan dia dapat tertutup. Bukan nak kata saya ni tiada keburukan, tetapi saya cuma terkilan.

Sekarang ni pun saya taip luahan saya ni pada pukul 2 pagi dengan bertemankan linangan airmata. Saya tidak dapat tidur memikirkan hal ni sebab benda ni saya baru je tahu. Dia sedap je ni tengah lena tidur berdengkur.

Kalau ikutkan hati saya nak je baling hp dia, tapi saya perlu bertindak dengan waras sebab saya tahu lelaki ni semakin kita larang semakin dia akan buat. Tu apa yang saya tahu la.

Apa pendapat korang eh? Tolong ye bagi komen yang positif dan membina sebab kitonyo hati tisu wak. Mudah sangat cry.

Yang sudi bagi komen dan nasihat, terima kasih ya. Harap2 luahan saya ni disiarkan la ye hehehe. Penat saya taip panjang2 dengan perasaan bercampur aduk.

– Lavender (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. xnormal ! confront husb, amek fon dia n buat luahan face to face sambil tunjuk bukti dlm fon dia tu.. keluarkan semua emosi awk.. da kawin wife depan mata pon xpuas still nak tgk betina lain.. even dia layan awk mcm bidadari pon still xnormal siap simpan gamba bagai.. he’s not a good husband yet

  2. Confront si suami. Tanya dia kenapa tengok benda haram sedangkan benda halal depan mata.

    Dan satu benda la kan saya perasan tentang lelaki ni. Could be assumption je ni. Dan ini tak tertuju pada semua lelaki. Selagi wife tak puaskan fantasi si suami, kemungkinan dia akan terus hanyut dalam apa yang dia tengok tu. Apa kata you tanya dia, apa yang dia nak dari you sebenarnya.

    Jelaskan pada dia mustahil saya nak jadi macam perempuan dalam gambar. Dan bagitau dia you suka ke kalau lelaki lain tengok you if you macam perempuan dalam gambar yang dia suka tengok tu. Macamtulah.

    Apapun dalam hubungan ni kena sentiasa berkomunikasi supaya you boleh tengok arah perkahwinan korang. Buat sesi hati ke hati.

    Apapun, wish you da best & semoga dalam rahmat Allah sentiasa.

    Truth saying, memang mencabar perkahwinan zaman sekarang.

  3. Pada nilaian Angah lepas baca confession sampai habis, mmg sah sikap suami awak x normal. Jika kita hidup ada cukup sifat, terutama mata yg dpt mlihat dgn jelas & sempurna, lihatlah benda yg elok2. Buian dibiarkan tengok, belek & simpan gambar2 ppuan lain yg menjolok mata. Adik minta pandangan dr ibu & ayah mertua ttg sikap atau tabiat buruk anak mereka. Perlakuan dia, xboleh dibiarkan brlarutan krn bimba g akan brlaku sesuatu yg buruk kemudian hari. Tabiat yg buruk spt itu x boleh dibiarkn larut, bimbang ia bakal diwarisi anak tanpa sedar. Hati2 ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *