Normal & Weirdo: Berhenti Cuba Jadi Tuhan

Assalamualaikum…

First of all, terima kasih kepada IIUM Confession kerana meluluskan post ini.

Penulisan ni hanya dalam pandangan aku je lah. Terpulang kepada anda-anda semua samada untuk menerimanya atau tidak. Tambahan atau cadangan penambahbaikan adalah amat dialu-alukan.

Kalau kita lihat dan teliti dalam dunia sosial kita, ade dua jenis kumpulan dalam pergaulan sosial seharian kita ni.

1. NORMAL PEOPLE (yang panggil diri mereka sendiri normal)
2. WEIRDOS (yang anggap diri sendiri pelik dan juga dipanggil pelik oleh orang yang mengaku normal?)

NORMAL people yang mengkelaskan diri mereka dalam golongan ini adalah mereka yang (pada pandangan aku je… xmintak setuju pon):
1. Ade geng wehhh (mostly)…
2. They do what normal people do…
3. Popular… kot?
4. Sentiasa rasa lebih bijak daripada weirdos… (rasenye lah)
5. Disukai ramai walaupun perangai teruk… (ade jugak yang baik… xsemua teruk.. haha)
6. Ade LIFE! (katanya)
7. Banyak kawan…. (pandai socialize katanya..) (banyak yang fake?)
8. Cantik / Hensem ? fizikal menarik?
9. Kelakar sangat,… ermm

WEIRDOS pulak adalah orang yang mengkelaskan atau dikelaskan dalam golongan ini adalah yang (opinion je.. butthurt apehal haha):
1. Takde geng (Mostly)
2. They don’t do what NORMAL PEOPLE do…
3. Suram sendu x fofular, dok sorang-sorang… (sabar je lah… hahah)
4. Pelik dalam segala tingkah laku (golongan NORMAL kata lah…)
5. Orang menjauhi sebab perangai pelik, musykil, ghaib, teruk, dan sebagainya… hahah
6. INTROVERT sangat smpai orang kata xde “LIFE ke?”
7. Tak ramai kawan (circle kecik… dlm kalangan weirdos atau ade kawan NORMAL yang baik boleh blend in dengan depa ni)
8. Kebiasaannya tak lah cantik or hensem mana… fizikal tak menarik..(ade jugak yg cantik and hensem tp weirdos jugak…ermm)
9. Tak kelakar, tak menarik, segala TAK lah senang citer…

So, based on my brief descriptions for both parties above… aku rasa korang boleh nampak kita punya masalah dalam sosialisasi manusia di sekeliling kita…

Kadang-kadang yang berada dalam golongan so called NORMAL tu pun bukannye betul sangat perangai nye 100% atas bawah luar dalam and kadang-kadang yang berada dalam golongan WEIRDOS pun bukannye tak betul sangat every 100% dari hujung rambut sampai hujung kaki…

Walaupun kau dilahirkan sebagai seorang yang Allah berikan kelebihan dari atas sampai bawah… dari luar sampai dalam… tak bermakna kau kena bangga sampai buat orang rasa terhina dengan menghina kekurangan orang lain… serta membuka peluang untuk orang lain turut serta menghina…

Walaupun kau dilahirkan sebagai seorang yang mempunyai kekurangan yang Allah berikan dari atas sampai bawah… dari luar sampai dalam… tak bermakna jugak ia kau jadikan tiket untuk kau melakukan kejahatan dan juga tak bermakna kau kena merendah diri serendah-rendahnya sampai menghina diri kau sendiri dan memberi peluang untuk orang lain menghina diri kau…

Takde geng? Kurang kawan? Tak popular? no hal… kau bebas daripada konflik dalam geng… kau bebas melakukan apa-apa sahaja yang kau nak tanpa terikat dengan persetujuan siapa2… kau akan lebih menjadi independent terhadap diri sendiri… kau akan lebih menghayati hikmah yang Allah berikan dalam keadaan orang NORMAL kata kau pelik dan tak sesuai bergaul dengan mereka… tetapi jaga-jaga dengan penyakit perasaan… hasad, dengki, cemburu, dan sebagainya akan timbul… jaga betul-betul jangan sampai hanyut melayan perasaan negatif.

Ade geng? Ramai kawan? Popular? jaga-jaga…. dengan kurniaan Allah yang hebat itu boleh jadikan kau selangkah ke pintu Neraka… lebih banyak dosa yang dilakukan dengan MENGATA kepelikkan itu ini golongan WEIRDOS… Setiap kelebihan yang Allah berikan kepada diri kita, ada bahagian orang lain di dalamnya… mohon digunakan kelebihan yang Allah beri untuk menampung kekurangan orang lain… jaga-jaga juga penyakit hati…. Takbur (Sombong), Riak (bangga diri), Ujub (rasa diri sendiri baik sehingga menolak kebaikan orang lain)… mohon dijaga jangan sampai melarat…

LIFE ade ke takde, siapa kita nak tentukan orang tu ade LIFE ke tak? kita tak tahu ape yang jadi bawah selimut… eh.. kita tak tau ape yang jadi di sebalik tabir… (ermmm mcm sama je..)… kot dia ade bende lain yang menjadi minat dia sejak azali tapi mmg tak ramai orang ade nk buat and ade minat mcm dia… contoh… berbaring-baring sepanjang hari atas katil pun dah bahagia bagi dia tanpa keluar dari bilik… ade orang suka adventure sana sini.. travel lah, hiking lah… LIFE is abstract… boleh ditafsirkan dengan pelbagai cara… tak semestinya kau baca confession aku ni sampai dua tiga bulan maksudnya ko takde LIFE… LIFE ko la jugak ko minat nak baca confession ni smpai berbulan2 kan… contoh je ye… alah korang nak gurau hambar pon tak boleh lah… point nye sini… kita tak tau pon ape aktiviti yang orang buat sehari-hari… xperlulah kita sibuk label orang takde life.. okay? hehe

Kelakar ke tak kelakar? eh… bukan semua orang kita jumpa kita boleh gelak terbahak-bahak… setiap individu mempunyai personaliti atau traits yang berbeza… supaya kita ada pilihan… bila kita nak serius kena pergi jumpa siapa… bila kita nak kan hiburan kita kena pergi jumpa siapa… bila kita nak minta nasihat boleh jumpa aku contohnye..eh.. pointnye sini… ade kelebihan kekurangan la masing-masing… tak semestinya tak kelakar tak de ramai kawan xbleh bergaul dsb… ade lah ciri-ciri lain yang orang suka yang kita boleh develop sendiri selain menjadi seorang yang kelakar…

Tak cantik, tak hensem, tak kurus, tak gemuk. tak pendek, tak tinggi, tak putih, tak hitam…eh… mcm berkasta pulak nak berkawan… hahah ade darjat yang hebat-hebat ke di sisi Allah kalau ade ciri-ciri menggiurkan pujaan dara2 dan teruna2? pikirlah sendiri…

Siapa pun orang yang kita jumpa dalam kehidupan seharian kita, yang kita bergaul hari-hari, sekampung, setempat kerja, sekelas dan sebagainya, tak perlu kot rasenye melabelkan orang sebegini sebegitu…
Berkawanlah selagi ianya tidak memudaratkan…
Bergaul baiklah selagi ianya bermanfaat…
Layanlah dengan baik orang sekeliling selagi masih ada kesedaran untuk menjaga hubungan sesama manusia…
Tutuplah segala keganjilan seseorang dan teruskan perhubungan seperti biasa selagi ianya membuatkan diri kita dan orang itu selesa…
Carilah kesamaan walau hanya sebesar kutu (asyik zarah je kan… rare sikit pakai kutu)…

Siapa pun orang yang hadir dalam kehidupan kita, pelikkah dia, buruk kah dia, hensem kad dia, cantikkah dia, popular ke dia, sendu ke dia,…. layanlah dia sebagai seorang manusia yang mempunyai setiap hak untuk berada dalam populasi manusia… yang berhak untuk menjadi dirinya sendiri… siapalah kita untuk menilai baik buruk orang, kurang lebih orang sedangkan kita bukan Tuhan yang menciptakan setiap inci isi dalam dunia ini…

Berhenti cuba menjadi Tuhan.

_peace_

~Si Ketot~

– Si Ketot

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit