Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika cerita ini dipostkan. Terima kasih juga yang sudi baca kisah ni.
Aku Lia (bukan nama sebenar). Sekarang, masih belajar di salah satu universiti tempatan. Aku merupakan anak bongsu. Boleh kira aku ni yang selalu duk rumah sejak kecil lagi.
Abang dan kakak diorang selalu duk asrama sejak sekolah. Mungkin parents kitorang nak anak-anak berdikari dari kecil. Tapi, disebabkan aku bongsu, aku selalu duk di rumah HaHa kaitan.
Aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita ni. Maaf jika ada sedikit ayat yang tak dapat difahami sebab aku tak tahu macam mana nak deliver cerita dengan baik T.T Tiba-tiba terdetik untuk berkongsi cerita di sini untuk mengambil pandangan kalian.
Ya, berbalik kepada aku yang sering duduk rumah sorang-sorang. Sebenarnya, memang waktu kecil aku selalu duk sorang, main sorang, etc. Maka, jadilah aku seorang introvert. HaHa. Yelah, mak ayah busy kerja dan akak abang duk asrama. Sorang je lah selalu.
Aku tak sedar bila aku dapat habit ni tapi aku rasa sejak kecil. (Tapi tak sedar bila T.T). Hm, aku ada habit suka bercakap seorang diri. Cakap sorang-sorang?
Kata orang, bercakap sendiri itu adalah perkara yang baik kan? Kreatif, merangsang otak berfikir dan boleh buat keputusan yang lebih baik. Tapi sebaliknya pada aku, tidak.
Aku bukannya suka bercakap sendiri untuk bercakap dengan diri aku. Tapi aku sedang create cerita sendiri dan bercakap mengikut watak. Is it normal?
Dan aku sedar yang aku sedang bercakap sorang T.T Takk, bukan sorang. Aku bagaikan bercakap dengan pelbagai orang which aku sendiri yang buat cerita tu.
Okay, aku bagi contoh. Aku rasa mood sedih, aku akan buat sebuah cerita yang mana seorang isteri sedang dicurangi suami, aku menjiwai watak sebagai isteri.
Siap nangis-nangis lah T.T Pastu, turn jadi suami yang curang tu mula lah jadi sweet, berkasar dengan isteri etc. (Pebenda ni buat drama sendiri T.T) Pastu semua watak dalam tu la aku jadi.
Tapi, mostly aku bawa watak pasangan-pasangan. Sedih la macam normal tapi tak HaHa.
Aku pernah cerita benda ni kat kawan aku, dia cakap benda ni normal sebab kadang dia pun suka cakap sorang. Hm, okay…
Tapi kan, masa kecik. Seingat aku, masa aku demam, aku akan terdengar bunyi-bunyi bisikan. Pastu aku cepat-cepat pergi tempat ramai orang sebab taknak dengar suara tu. Suara bergema-gema.
Aku tak tahu mungkin sejak tu aku suka bercakap sorang T.T Ada kaitan ke dengan semua tu?
You know what, aku pernah di diagnosis kemurungan dan ditegah untuk menonton cerita atau drama berunsur sedih sebab bila aku tengok orang sedih, aku juga turut sedih, padahal tengok orang-orang sekitar sedih akan bagi kesan pada aku.
Tapi, ketika itu aku tak suka pun tengok drama. Aku sendiri yang ‘buat’ drama sedih T.T
Family aku tak tahu pun pasal ni. Lebih-lebih lagi kawan-kawan. Mereka mungkin takut bila dengar cerita aku HaHa. Tapi sorang je kawan yang aku cerita. Dia mempunyai masalah yang lebih kurang sama.
Aku rasa benda ni tak elok untuk diri aku sebab kadang mengganggu fokus untuk aku buat kerja, assignments, kadang tiba-tiba in character “Dah makan?” “Belum, jom makan sekali.” HaHa.
Kadang aku rasa mungkin aku kurang diberi perhatian sebab tu aku ‘create’ watak yang caring dsbgnya. Entah la. WaAllahu’alam.
Hm, aku ada nama untuk watak-watak ni. Lain-lain drama pun, kadang nama watak tak berubah. Kalau Faris yang hero, dan Farah yang heroin. Most cerita pun diorang la. (Tapi bukan nama tu la yang aku letak).
Apa patut aku buat ya? Aku rasa macam tak tahu benda ni patut stop dan bagaimana caranya? Kalau ada yang berpengalaman sama dengan aku, share lah macam mana nak atasi masalah ni.
Aku dah cuba sibukkan diri. Tapi, before tidur ke aku acah la in character cakap-cakap dengan bantal. Hmm Allah.
Kalau rasa cerita ni takda point atau samar, maaf ya. Harap dapat beri pandangan. Terima kasih. Semoga urusan kalian dipermudahkan Allah.
– Helia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit