Assalamualaikum
Aku tak tahu kalau confession ni disiarkan, cuma aku nak kongsi cerita aku.
Aku perempuan, lingkungan umur 25-30. Sepanjang aku hidup ni, aku betul-betul treasure beberapa kawan aku yang sekarang ni. Diorang semua perempuan. Eh biasalah kan? Tapi kawan2 aku ni Allah bagi kat aku bila aku dah tak percayakan siapa2, bila aku dah selesa bersendiri, bila aku dah tak percayakan true friendship.
Aku dari kecik lagi tak pernah ada kawan baik. Aku macam orang lain jugak, nak ada kawan baik, BFF kononnya. Budak-budak, mestilah seronok berkawan kan? Tapi entah kenapa aku terasa dibenci. Tapi aku budak-budak sangat masa tu, cuba jugak get along dengan diorang walaupun asyik gaduh. Oh ye, mungkin sebab aku tak cantik, riak muka aku sentiasa nampak garang. Buat muka biasa pun orang cakap aku tengah marah weh. Sedih betul.
Then bila aku masuk sekolah menengah, aku rapat dengan sorang kawan (N) yang aku kenal dari sekolah rendah lagi. Masa tu aku dah masuk asrama, N pun sama. N selalu sakit-sakit, selalu pengsan. Jadi aku yang syok sendiri yang aku rapat dengan dia selalu cuba tolong semampu aku. Sampailah dia keluar dari asrama tahun yang sama jugak. Tapi kami masih lagi satu kelas. Tapi, ada seorang lagi kawan (M) seperti tak suka aku rapat dengan si N. Macam berebut kawan gitu. Kelakarkan? Aku budak-budak lagi masa tu. Otak dangkal lagi. Masa tu aku betul-betul nak ada kawan yang ada susah senang dengan aku. Sebab tu masa N sakit aku cuba tolong mana yang patut. Akhirnya aku mengalah. Aku biarkan je.
Bila dah masuk sekolah menengah, aku jumpa lagi ramai orang. Tambah-tambah aku tinggal di asrama. Tapi biasalah, perempuan kan suka berpuak-puak. Aku mula rapat dengan salah seorang dari puak-puak perempuan ni. Ada dua puak yang tinggal kat asrama ni. Setiap puak ada sorang yang aku rapat, A dan B. Aku rapat dengan A sebab aku satu bilik dengan dia, then aku rapat dengan B sebab aku selalu practice math dengan dia dalam kelas.
Semua macam okay, sampailah ada satu masa aku ditanya kakak senior bilik aku kenapa aku sorang je tak hadir perjumpaan kawan sekelas yang tinggal di asrama. Aku cakap aku tak tahu pun ada perjumpaan. Then aku biarkan je sampailah malam pada hari yang sama aku dipanggil kawan sekelas aku untuk hadir ke perjumpaan.
Guess what?Perjumpaan sebelumnya adalah sesi meluahkan rasa tak puas hati dengan aku. Then perjumpaan yang aku hadir tu, adalah sesi dari hati ke hati. Semua orang meluahkan rasa tak puas hati pada aku. Ya, pada aku sorang. Korang mesti nak tau sebab apa kan? Sebabhya aku seolah merampas A dan B dari puak diorang dan macam-macam tuduhan dilemparkan pada aku. Tapi semua berakhir dengan sesi bermaafan. Sampai hari ni semua orang tak pernah timbulkan hal tu lagi.
Tapi, apa yang berlaku ni yang merubah aku selamanya. Aku mula tak percayakan siapa-siapa dan aku sangat berhati-hati bergaul terutamanya dengan perempuan. Aku lebih selesa berkawan dengan lelaki dalam kelas aku, aku mula menyendiri. Pada aku, lelaki lebih simple, berkawan dengan semua orang dan tak berpuak-puak. Aku jalani hidup seperti biasa, tapi tiada siapa yang tahu, setiap hari selepas dinner, dan tunggu waktu maghrib, aku menyendiri dan menangis di bilik belajar. Sebab waktu tu je aku boleh berhenti berpura-pura tak ada apa yang berlaku.
Bila aku dah selesa menyendiri, mereka yang mengecam aku mula berkawan dengan aku dan seolah lupa apa yang pernah jadi. Mungkin diorang makin dewasa, sedikit matang. Diorang masih berpuak, tapi tak seperti awal dulu. Bagi aku, walaupun aku dah maafkan semua orang termasuk diri sendiri, aku masih tak lupa. Aku sangat berhati-hati. Tanpa aku sedar, aku mula sensitif dengan perubahan riak wajah, nada suara, dan perubahan emosi seseorang.
Bila aku pindah sekolah, aku harapkan aku dapat mulakan hidup baru dengan kawan yang baru. Tapi aku masih sama, aku selesa berjalan sendiri. Tapi perkara yang hampir sama berlaku dan aku dipulaukan sekali lagi. Tapi aku dah makin kuat, walaupun setiap hari dikecam, aku masih ada kawan yang lain. Aku abaikan semua, hidup dengan cara aku. Kadang-kadang aku terfikir, benda yang sama berlaku pada aku, dan aku cari silap aku. Aku ke yang sebenarnya bermasalah?
Tapi aku ada kawan-kawan lelaki yang betul-betul ambil berat pasal aku. Tak pernah lost contact. Berbanding dengan kawan perempuan, aku lebih treasure diorang ni.
Bila aku masuk universiti, aku nekad aku takkan cari kawan. Aku dah pandai berdikari, aku dah sangat selesa berseorangan. Aku dah taknak bebankan otak aku berfikir pasal kawan perempuan yang tak pernah anggap aku kawan baik sedangkan aku sebaliknya. Tapi Allah kurniakan aku seorang kawan perempuan di hari pertama kelas bermula. Kawan yang sentiasa ada dengan aku waktu susah dan senang. Cukup aku namakan dia S. Mulai dari hari tu, aku dengan S macam belangkas. Kemana-mana berdua. Tapi perempuan berpuak-puak masih wujud. Cuma semuanya dah dewasa dan matang, jadi kami berkawan dengan semua orang. Aku dan S berkawan dengan semua orang.
Waktu akhir-akhir pengajian di universiti, aku dan S masih sama. Macam belangkas. Tahu kenapa? Aku sangat-sangat jaga hubungan kami ni. Aku ada bagitahu aku makin sensitif dengan perubahan orang kan? Benda tu yang menolong aku sebenarnya. Aku boleh elak dari cakap benda2 yang menyakitkan hati(walaupun mesti ada yang terlepas cakap), aku jadi lebih berfikir tentang akibat yang akan jadi. Tipu kalau aku tak pernah ada berkecil hati, tapi aku abaikan je. Aku dan S sama, tak tahu tunjuk perasaan sendiri, tapi kami tahu kami ada untuk satu sama lain. Kami tak pernah tulis atau cakap ‘friend forever’, ‘BFF’ , ‘ Sayang sahabat till jannah’. Tapi kami sentiasa ada waktu susah dan senang. Sepanjang aku survive di universiti, S yang banyak support aku. Thanks S.
Oh, aku tak berkawan dengan S je, ada lagi beberapa orang yang aku rapat dan aku sayang sangat kat diorang ni. Korang tau, sepanjang aku hidup, kali pertama aku rasa diterima sebab diorang semua ni. Paling aku tak lupa, buat kali pertama dalam hidup aku,
kawan-kawan aku buat suprise hari jadi aku. Pada usia aku 22 tahun. Dorang buat kek dan datang ke bilik aku nyanyikan lagu hari jadi. Sumpah aku tak tahu nak buat muka apa. Aku tak pernah tunjuk perasaan aku, tak pernah sebut sayang-sayang, tapi diorang hargai aku.
Setiap apa yang diorang buat mesti ajak aku sekali. Makin tambah rasa sayang aku kat diorang. Macam aku cakap, muka biasa aku nampak garang, tapi sebab diorang kenal aku yang sebenar macam mana, diorang berani berkawan dengan aku. Sampai hari ni, diorang tak pernah buat aku terasa tersisih. Aku sayang korang tau (walaupun aku tak pernah cakap).
Allah tak bagi aku setakat tu je. Allah bagi aku seorang lagi kawan dunia akhirat aku (K) bila aku sambung master. K ni banyak sangat Allah bagi dugaan kat dia dan aku sentiasa cuba support dia walau kadang-kadang aku rasa give up nak tolong sebab K macam taknak tolong diri sendiri. Pernah aku mengadu kat kawan aku yang aku dah tak nak tolong dia dah. Tapi kawan aku cakap, ‘ Kau cakap je sekarang ni, tapi nanti kau tolong dia jugak. Aku tau lah kau macam mana..’. and yes, aku tetap cuba tolong dia. Haha. Sampai sekarang kalau aku susah dia tolong, dia susah aku tolong. Dan banyak persamaan aku dengan K dari segi kisah hidup dan cara kami berfikir.
Selama ni aku tak pernah ada kawan baik yang aku boleh cerita macam-macam. Aku simpan sendiri semua masalah aku. Aku masih sama sebenarnya, pemendam, menangis sorang2. Berapa kerat je orang pernah tengok air mata aku sebab sebolehnya aku taknak tunjuk yang aku bermasalah. Aku pernah gaduh dengan sorang ni sebab dia kecik hati aku tak pernah bagitahu apa masalah aku sedangkan dia selalu bercerita pada aku dan aku selalu tolong dia. Katanya dia pun nak support aku.
Buat kawan2 dunia akhirat aku, walaupun kita bawa haluan masing-masing, aku sentiasakan doakan korang bahagia dunia akhirat. Thanks sebab selalu ada dengan aku, bagi aku rasa perasaan yang aku tak pernah rasa sebelum ni, bagi aku kenangan terindah dalam hidup aku.
Maaflah korang, mesti boring cerita aku kan. Cuma aku nak pesan, pengalaman lalu buat kau lebih appreciate apa yang kau ada sekarang. Aku dah maafkan semua orang dan aku harap diorang pun maafkan aku.
– Yuzuyu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit