Not Worth It

Assalamualaikum semua, aku Flora (bukan nama sebenar), berumur awal 30-an.

Aku baru bercerai bulan Ogos 2023 tahun lalu disebabkan isu yang sama macam confession yang sebelum ni yang tajuk “tidak disayangi suami”, (https://iiumc.com/tidak-dicintai-suami-sendiri/).

Bagi aku, perkahwinan aku yang sebelumnya hanyalah sebagai pengajaran untuk aku. Jangan pernah bergantung dengan manusia disebabkan perasaan sendiri.

Ada hikmah dari perkahwinan ku sebelum ini yang hanya bertahan selama 2 tahun 7 bulan. Memang kita menang sebab disukai oleh keluarga si suami tapi susah kalau suami sendiri tak ada perasaan yang sama.

Memang betul, bukan sebab cinta yang boleh bertahan. Tapi, kalau satu pihak je yang beria ria usaha. Tiada guna. Not worth it.

Aku berkahwin dengan ex husband yang aku namakan Z, masa aku umur 28 tahun jugak. Kami pun PJJ.

Ramai yang suruh aku berhenti, tapi jangan lah memperjudikan benda yang tidak pasti.

Dah dapat kerja tetap kerajaan, tak semudah itu nak pindah. Dan masalah utama kami bukan sebab isu perasaan yang tidak sama tapi masalah komunikasi.

Bila suami memang tak sayang kita, dia memang fail bab komunikasi. Dia tak akan cuba untuk faham apa yang kita nak. Sebab apa? Sebab bukan kita, perempuan yang dia nak.

My past wedding is the biggest lesson for me. Jangan lah syok sendiri hanya sebab menang di tangan keluarga dia.

Dari awal perkahwinan pun memang aku dah tak boleh go. Lagi lagi bila aku dapat tahu Z masih berhubung dengan ex dia tu. Aku baru tahu yang Z tu rupanya sambung study master sama sama dengan ex dia.

Tapi aku tak salahkan diri dia. Aku yang selfish pada mulanya. Bagi aku, itulah perbuatan bodoh yang aku pernah buat hanya sebab rasa sayang dan cinta kan Z masa tu.

Kenapa aku decide untuk give up? Penat weh kalau hati pasangan tu bukan untuk kita. Kau ubah lah perangai, ubah penampilan kalau hati dia tak nak, memang tak nak. Dari aku kena poligami, better cerai. Aku tak nampak hala tuju perkahwinan kami.

Aku tak setuju sebenarnya untuk dia sambung study master tu sebab ex dia pun study master di tempat yang sama. Tapi dia tetap nak sambung study.

Dia tak pernah cerita apa pun pasal nak sambung master ke apa. So, end up memang kami tak ada sefahaman.

Masa buat keputusan nak cerai tu, kami senyap je. Lepas bercerai baru kami inform keluarga masing-masing. Family saya mulanya marah jugak tapi lepas saya explain semua kenapa. Dorang ok je.

So sis, please do the right thing. Bukan nak menggalakkan perceraian. Cubalah dulu setahun dua macam aku. Kalau memang tak boleh, you know what is the next step.

Tak best sis kalau dalam perkahwinan sebelah pihak je berusaha. Kena ingat balik tujuan perkahwinan tu apa. Aku ingatkan diri aku sendiri. Aku tak bincang dengan jelas pun tujuan perkahwinan kami dulu. Dia pun sama.

Sepatutnya aku nampak dah red flag dari awal bila dia tak pernah ambik tahu pun progress urusan wedding tu macam mana.

So, itu je lah. My past marriage really one of the biggest lesson in my life. Carilah orang yang sayang kita. Saling menyayangi.

Sekarang pun, aku dah berkenalan dengan orang lain yang lebih menerima aku. Jangan takut untuk bercerai kalau itu pilihan terakhir. Tak salah pun kalau nak restart balik. Jangan peduli cakap orang lain. Fikir pasal diri sendiri.

Kalau perkahwinan tu dah tak ada sakinah, Mawaddah dan warahmah orang kata memang susah. Fikir fikirkan.

– Flora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *