Not Your Fault, Its Okay

Hai semua. Trigger warning. Aku nak ceritakan pengalaman bagaimana aku hampir-hampir terkena s3xual harassment.

Suatu petang, aku sedang menunggu bas bersama kawan-kawan aku. Berdepan bus stop tu, terdapat gerai-gerai yang menjual makanan, barang runcit dan banyak lagi.

Sementara nak menunggu bas kami datang, aku singgah ke kedai untuk membeli air. Maklumlah tengah panas. Aku pun lintas jalan.

Sebelum memasuki kedai, seorang lelaki tinggi berkulit sedikit gelap mendekatiku. Dia memakai beg sandang yang talinya terletak kemas di bahunya. Bajunya juga kemas iaitu kemeja dan berseluar slack.

“Excuse me? Where is the shop to fix the telephone?”

“Oh, just right there. You can use a shortcut to get there faster. Use this alley” kataku sambil menunjukkan lorong yang dia boleh guna.

“What? Where’s the shop? How can I know?” Tanya dia kebingungan.

Aku pun bergerak sedikit mendekati lorong yang betul2 selang dua kedai. Mulut ku masih menerangkan lokasi kedai telefon tersebut untuk menyakinkan dia bahawa kedai itu sangat dekat. Betul-betul bersebelahan lorong ni.

Disebabkan lelaki itu teragak-agak nak memasuki lorong tu, aku pun bersungguh nak menjadi tour guide dia ni. Sebabnya, lorong tu pun luas dan pendek sahaja jaraknya.

Depan gerai-gerai ni, ada je orang lalu lalang. Sumpah tak terfikir apa pun masa tu. Ketika kaki aku hampir memasuki lorong, kawan aku menepuk bahu aku.

“Intan! Jom! Our car has arrived” kata kawan cina ku. Aku kebingungan. Zaman bila pulak kitaorg naik kereta ni.

“Oh, but this man need navigation. Maybe we can .. “

“Our. Car. Has. Arrived. Come!” Kawan aku berkata sambil menarik tangan aku ke arahnya.

Aku sangat keliru tetapi aku percaya kawan aku. Maka, aku pun mengikut kawan aku melintas jalan. Lelaki itu pula terus berlalu pergi ke lorong tersebut.

“Intan. You buat apa dengan lelaki tu?” Tanya dia penuh kerisauan. Aku pun menjelaskan lah apa yang terjadi.

“Masa you sibuk tunjuk jalan tu. I dah nampak tangan dia dekat zip seluar. Tapi dia tutup dengan beg dia supaya you tak nampak.”

“Ya, Jia Li berlari macam tak cukup tanah ni.” kata kawan ku seorang lagi.

Aku betul-betul terkejut ketika itu. Kemudian kawan-kawan aku pun memeluk aku. Berulang kali aku mengucapkan terima kasih pada Jia Li. Aku melahirkan penyesalan aku pada mereka.

Malam tu, aku termenung memandang siling. Bodohnya aku. Kenapa aku begitu naif? Kalau betul-betul terkena ‘flash’ tu, memang salah aku. Akulah penyebabnya.

Selama seminggu, aku asyik menyalahkan diri sendiri sahaja. Oh ya, sehari selepas kejadian, kami pergi ke post security guard berdekatan dan memaklumkan kejadian tersebut.

Nak dijadikan cerita, dua minggu kemudian. Aku baru saja selesai membeli roti kegemaran aku.

Ketika keluar kedai, aku ternampak lelaki yang sama sedang bertanya arah pada gadis cina yang aku pun tidak kenal. Tetapi, gadis itu cuba mengelak. Mulutnya terkatup rapat. Nampak sangat tak selesa.

Api kemarahan ku mula menggelegak. Lelaki itu masih lagi berpakaian serupa macam kali terakhir aku nampak dia. Ya, dengan beg tu juga.

“Hey you!” Jerit aku kuat. Kaki aku terus melangkah ke arah lelaki itu.

“What are you doing here?” Tanya ku berang. Gadis cina itu cepat-cepat menyorok di belakang ku.

“I’m looking for a telephone shop. My phone is..”

“AH! DON’T YOU LIE TO ME? I ALREADY TOLD YOU THE LOCATION LAST 2 WEEKS. ARE YOU THAT DUMB? HOW COME YOU NEVER FIND THIS SHOP? BE HONEST, YOUR PHONE IS NOT BROKEN, RIGHT?” Tengking aku lagi.

Lelaki itu menggelengkan kepala. Seboleh-boleh menegakkan benang yang basah.

“Did you do this to any girl you met? We met last week. I remember you. I remember your face. And I will report you to the police.” Muka lelaki itu berubah cuak.

Aku pun tak tahu mana keberanian tu datang. Lelaki tu sudahlah tinggi sasa mcm 180cm, kalau dia apa-apakan aku. Memang masuk hospital.

Tetapi agaknya, perasaan aku lagi kuat. Aku tahan segala kemarahan ku dan kini aku lemparkan semuanya pada lelaki itu.

Walaupun aku paling pendek antara kawan-kawan aku, tetapi pada saat itu. Aku memang tak takut apa dah. Akulah gergasi ketika itu. Yang aku tahu, aku kena selamatkan gadis itu.

Entah macam mana tiba-tiba ramai pulak orang lalu lalang. Semua pandang-pandang aku sebab terjerit2.

Lelaki tu boleh pulak memandang orang ramai sambil menunding ke arah aku lalu berkata, “Crazy”. Dia cuba berlalu pergi tapi aku terus-terus membuka aib dia. Biar satu dunia tahu.

Nak dipendekkan cerita, dia berjaya melesapkan diri ke lorong. Aku pun tak beranilah nak ikut dia. Lagipun keutamaan aku adalah perempuan tu.

Benda pertama yang aku cakap pada gadis itu,”It’s okay, not your fault. You could never know this is going to happen”. Aku jadi sebak. Sebab aku rasa, aku tengah cakap dekat diri sendiri jugak. Dan saat itu, aku pun memaafkan diri aku.

Kes kami menjadi viral di group whatsapp Uni. Security guard menampal kertas “Awas” pada kawasan gerai.

Kini, sudah 5 tahun berlalu, tak ada lagi kes sebegitu rupa. Aku bersyukur kerana Allah melindungi aku. Ada orang lain, nasibnya tidak berapa baik.

Dan aku tahu, ramai victim yang menyalahkan diri sendiri. Apatah lagi, ada di kalangan masyarakat yang victim blaming kan.

Sebelum aku tutup cerita ini. Aku nak pesan, jaga diri selalu. Sentiasa berwaspada. Jangan percaya orang yang tidak dikenali. Update keberadaan korang pada kawan atau ahli keluarga. Kalau boleh, pergi ke mana-mana biarlah berteman.

Jika ditakdirkan anda terjumpa dengan lelaki tak guna macam yang aku ceritakan, dan dia telah pun menayangkan alat sulit dia. 

Nasihat aku, jangan panik. Kekal tenang. Imbas sekeliling, mana laluan keluar yang boleh terus ke kawasan awam dan lari tanpa toleh.

Muka tu kalau boleh, jangan takut. Sebab orang-orang macam ni, dia insecure dengan private part dia. Dia rasa puas dan ghairah bila ada gadis2 ‘takut’ tengok dia punya tu. Aku pun.. Haih, tak fahamlah.

Aku ada baca statistics yang 1 daripada 4 orang seluruh dunia pernah terkena/ hampir terkena s3xual harassment/ assault. Men and women. Adult and kids.

So guys, jaga diri elok-elok okay. Moga Allah melindungi kita semua.

– Intan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *