Nota Buat Bakal Pengantin

Assalamualaikum dan hai.

Seperti tajuk di atas, sukacitanya harini saya ada cerita dan tips yang nak dikongsi buat bakal pengantin muslim terutamanya, sebelum menjelangnya hari bahagia korang nanti. Saya maklum korang mesti dah tahu prosedur untuk nikah,isi borang, dan semua yang berkaitan kan. Apa yang saya nak kongsi ni benda kecil je dan nampak remeh tapi kalau jadi juga, kesan ya boleh memberi impak besar buat orang sekeliling. Moga menjadi ingatan dan pengajaran bersama.

1. Kes 1- korang tahu kan, dalam borang tu ada tandatangan saksi dan wali kan, jadi korang carilah pendaftar nikah @ tok kadi (istilah biasa kita kan) dekat tempat tinggal korang. datang bawa wali dan saksi tu sekali seeloknya. janganlah kau melenggang datang sorang je. mentang mentang kau yang nak kahwin.

2. Kes 2- wali dan saksi. wali tu ahli keluarga. bukan nama orang ye sayang. wali seperti ayah,abang, adik lelaki, pakcik, atuk dan (okay korang boleh google yang seterusnya) . saksi yang jadi kes selalunya. korang bawa saksi yang dikenali. jangan lah main rembat je sesiapa T_T ok, pastikan kau kenal saksi tu, saksi pun kenal korang. haa gitu. sepupu boleh, kawan baik pun boleh. pakcik saudara lagi baik. Ada kes , bawa kawan sebagai saksi untuk borang maklumat diri. siap dah tandatangan lagi . tok kadi acah sikit je, “hang kenai betui ke kawan hang ni. entah entah dah kawin dua ke, tiga ke.”

Hang kan kawan dia, confident la sikit. “ye pakcik ! saya memang kenal dia. baik dan jujur lagi. Terlajak bujang” . Bukannya cakap ” err..saya kenal macamtu je. baru je kenal tok bulan lepas, tapi kami memang sekepala gitu ” . Ada juga kena sekeh dengan tok kadi kau ni. kang jadi apa apa, kau pun kena sekali juga tau.

3. Kes 3- 2018 bakal tiba melabuhkan tirai. semoga kita menjadi muslim yang semakin baik akhlak dan iman ya. Kita nak tawen mestilah seronokkan hahahaha. Nak jumpa tok kadi pun excited tau, lagi lagi anak tok kadi sendiri pun tak nikah lagi, kau yang dah sampai jodoh dulu. Alhamdulillah dan tahniah la kan. Dalam ramai ramai tu, ada juga yang datang dengan niat bernikah kerana nak buat cina buta. Tahu tak apa tu, malas aaar nak terang. Sesiapa mohon terang kan ya nanti kat komen.mekasih, sayang korang. >_<

Tapi syukur juga, dia bertanya. yes,at least she ask first. and tok kadi like, “what !’ okay, itu aku je over sendiri. sebab dia dah bercerai, of course la talak tiga. kesian kat anak anak katanya dan nak kembali bersama bekas suami. talak tiga korang, jangan buat main main. tak tahula idea sendiri atau ada orang lain cadangkan cina buta tu.ingat drama tv ke. tapi drama sekarang pun ada yang dah semakin alert dengan benda sensitif macamtu. takut ni lah, jadi pengaruh ke masyarakat balik. Allah…semoga kita dikurniakan kesabaran dalam melayari rumah tangga ni. Mari belajar lagi ilmu rumah tangga sama sama, hukum hakam munakahat semua tu. please, kita sama sama belajar.. sedih dan takut rasanya. semoga Allah ampuni kita semua.

4. Kes 4- (PALING BANYAK JADI) khusus buat PENGANTIN PEREMPUAN. dah siap jumpa tok kadi, tandatangan saksi semua, korang kena ke pejabat agama pulakkan. lepas dah selesai hal pejabat agama, korang BAGI balik borang nikah korang ke Tok kadi yang korang jumpa mula mula tadi. Tujuannya Untuk tok kadi semak balik semua ya supaya lengkap dan siap diisi, tinggal nak bawa masa akad nikah je. Bukan SIMPAN di rumah sampai esok hari korang nak nikah. Bukan korang sorang je pengantin tau, tok kadi tak Ingat pun semua. Okay, macamni . Mesti kena maklum ke tok kadi tarikh nikah, masa akad, kat mana bernikah. Semua tu ada tulis dalam borang kan. At least, korang call tok kadi, maklumkan awal. korang call lagi masa hari akad nikah lagi baik. Supaya tok kadi alert. Kes yang jadi ni, lepas siap tandatangan korang senyap sunyi sepi hilang tanpa khabar berita. KORANG NAK KAWEN KE TAK NI. tahu tahu hari nak nikah baru call tok kadi, tanya napa tak datang lagi, hahahahhahahahahahhadoi.

Aku cerita ni sebab benda ni jadi tahu tak. JADI. yang paling hebat tok kadi sendiri call pengantin tanya bila nak nikah ya, pasai tak maklum waktu nak nikah dan borang tak hantar balik ke tok kadi. tok kadi tahu pun pasai nampak khemah dah pacak, kad kahwin dah edar satu kg, satu taman. korang nak ke majlis kenduri dah berjalan tapi korang terperuk kat bilik je pasai malu belum akad nikah, sebab pengantin laki tak siapkan borang. dia ingat buat last minute sempatlah hantar. sudahnya sampai nak kenduri tak siap lagi. tetamu semua dah jemput, makanan dah order. nak cancel pun tak sempat. korang, Bukan ya tok kadi nak menyibuk sangat pasal korang tu, tapi bila fikir fikir balik siapa pula nikahkan kalau bukan tok kadi. Memang ada yang wali nikahkan. tapi apa apa tetap kena rujuk ke tok kadi okay. Sama sama mudahkan. Settle.

Oklah last buat siapa yang pernah alami sendiri dan tersilap, saya Mohon maaf salah silap. Niat hanya untuk jadikan ilmu dan ingatan bersama je. Dan sebenarnya sedih, mengenangkan kesilapan yang berlaku tapi orang lain yang pun terima kesannya.

– Tok kadi pun ada life juga. kenduri belah sedara pun tak dapat pegi. sebab tahu tu tugas tok kadi untuk selesaikan dulu akad nikah. kalau tarikh cantik, lagi ramai yang kahwin kan. kena pula ada kenduri sedara kita. kadang uh memang tak sempat nak datang. Jadi, tolong sentiasa ingatkan tok kadi. takut terlepas pandang kang tak kahwin pulak korang.

– Tok kadi lewat sikit je. bukan sengaja. yelah kalau belah pagi tok kadi nikahkan orang lain, solat lepastu nak bekejar ke akad petang pulak. sabar korang. sabar. yang bising ni selalu ya keluarga atau org luar. pengantin relax je. kena pula pengantin laki dah sampai, lagi bising dorang. ohhh, kalau tok kadi pulak dah tersampai dulu, pengantin laki pula belum, korang tak bising pulak. tok kadi takde hal la, boleh minum2 ayaq kopi cicah biskut kan. janganlah kerana lewat korang call banyak kali, sekali cukuplah. tok kadi dah sampai pun korang boleh sergah “awat la tok kadi pun lewat..” kecik hati orang tua tu tau. pasai kebanyakkan tok kadi ni pangkat ayah atok kita kan..betoi ke idakkkk. kita sama sama hormat dan tolak ansur ok.

– Ada yang bising nak nikah pun payah. borang la, jumpa itu ini. da cukup syarat nikah, settle jela kan. betul korang, betul.dari segi Islam, sah. tapi kalau jadi kes suami orang mengaku bujang, pengantin perempuan belum tamat eddah nak nikah lagi, anak luar nikah, talak tiga dan banyak lagi, siapa yang nak tanggung masalah masalah tu. takkan nak jadi orang Islam yang jahil dan fikir nak nikah mudah je. sebab ada kes diatas la kena borang semua tu, siasat betul2. korang tak buat salah, jangan risau. Kita sama sama sokong institusi agama, sama sama ambil tahu dan belajar. Benda kecil, kesan ya panjang dan besar. korang fahamkanlah.

Jika ada ustaz ustazah yang baca ni, sila komen dan mohon betulkan jika saya ada tersilap. Sama sama belajar. Ok, sori kalau ada typo ayat etc, penat nak betulkan. Orait, terima kasih korang sudi baca !

Yang benar,

– SS (bapakku tok kadi).

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *