Nota Buat Bakal Suami Isteri

Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau post confession saya. Basically apa yang saya nak sampaikan kat sini boleh lah dibuat rujukan untuk bakal parents. Tak adalah expert sangat. Saya cuma nak share pengalaman je dengan awak-awak semua.

Sepanjang saya mengandung, Alhamdulillah saya lalui dengan jayanya. Kandungan 5 bulan baru habis mabuk. Mabuk biasalah tu, tak boleh bau orang menggoreng, tak boleh bau aircond kat office, tak boleh bau kereta sendiri, pening bau jerebu (Masa tu jerebu kuat kat Malaysia) dan paling teruk saya tak suka bau suami. Haha sorry husband.

Baiklah straight to the point, ini lebih kurang macam persiapan dari segi mental dan fizikal untuk bakal parent. Masa mengandung suami kena ambil tahu beberapa perkara antaranya:

1. Si isteri akan bertukar menjadi super-sensitive. (Saya tak sure orang lain) So, kalau sebelum ni gurau-gurau kasar, cakap pedas-pedas, suami tolong beware ye sebab silap cakap kadang-kadang boleh sentap si mak buyung tu. Lepas tu jangan pelik kenapa mak yong tu asyik muncung je.

2. Bila mengandung, memang kebanyakan si mak buyung akan menambahkan berat badan mereka dengan jayanya. Ada orang naik berat sikit je. Ada orang sampai 20kg naik (macam saya.hehe). So para suami please JANGAN cakap “Awak dah gemuk” atau “Eh takkan seluar kecik pun dah tak muat?” atau “Ni berat lemak ke berat baby?” Sila rujuk point nombor satu.

3. Perempuan mengandung tak boleh perut kosong. Kalau perut masuk angin, Tuhan saja tahu betapa seksanya. Tu belum kalau silap makan. Pedih ulu hati Ya Rabbi. Part ni suami dan orang sekeliling akan lihat mommy-to-be ini akan sentiasa mengunyah. Jangan sesekali cakap “Awak ni asyik makan je dari tadi” atau “Eh tadi kan dah makan nasi. Takkan sekarang lapar lagi?”

4. Mengidam. Ya ini mesti semua suami akan rasai. Isteri mintak makanan bukan-bukan lah, mintak ayam kampung masak rendang pukul 3 pagi lah. Macam-macam ok. Tabahlah ye suami. Tak lama pun nak layankan isteri tu. Esok dah beranak takde nye nak makan rendang ayam bagai.

Dulu saya nak makan apa semua cari sendiri. Kami PJJ. Bila suami balik, saya pernah ajak makan abc aiskrim. Dia kata saya mengada-ngada je. Saya kecik hati. Lepas tu semua benda saya nak makan saya beli/buat sendiri. Tak mintak dah. Nampak tak betapa hati tisunya kat situ? Orang tua-tua kata, anak akan meleleh je air liurnya kalau masa mengandung tak dapat makan yang kita nak walaupun jamah sikit. Yeke? Sebab anak saya air liurnya ya ampun basah-basah baju.

5. Ada orang mengandung kerjanya nak marah orang aje. Macam bos saya. Sebelum mengandung, dah lah memang suka cari pasal dengan orang. Masa mengandung ni lagi teruk perangainya. Mujur masa mengandung dulu saya tak suka marah orang. Takut membawa sifat tu ke anak.

6. Berboraklah dengan anak anda walaupung anak anda masih kat dalam perut. Baby dah boleh cam dah suara parents dia. Kadang-kadang kalau kita panggil, kita boleh tengok respon baby tu macam mana. This is a very valuable moment. Please don’t miss it.

Masa bersalin dan berpantang pulak:

1. Si suami kalau boleh/sempat sila teman isteri anda dalam labour room. Pengalaman saya, Alhamdulillah suami saya sempat balik sebelum saya bersalin dan dapat teman saya masa dalam labour room. Percayalah. Mana-mana isteri hanya nak suami je waktu ‘berperang’ tu.

2. Waktu berpantang, spend time masa sebanyak boleh dengan isteri. Waktu ni pun isteri hanya nak suami/mak dia je, nak-nak lagi yang baru pertama kali bersalin. Kalau orang gomen ni dapat 7 hari cuti isteri bersalin. Kalau tempat kerja saya (swasta), dapat 3 hari je. Ok lah daripada takde langsung kan?

3. Tatanglah isteri bagai minyak yang penuh pada 2 minggu pertama selepas kelahiran. Isteri tu dah lah bertarung nyawa keluarkan zuriat anda, jadi apa salahnya untuk waktu tu suami tolong isteri pulak masa berpantang. Biar isteri rehat sepenuhnya untuk recover semula badan tu. Suami boleh tolong mandikan baby, bawakan baby checkup kat klinik, basuhkan baju-baju baby dan isteri, sediakan makanan berpantang untuk isteri. Eh banyak jugak kalau nak sebut satu-satu. Pokok pangkalnya, isteri perlukan rehat secukupnya pada 2 minggu pertama tu.

Ni antara perkara yang suami kena ambil tahu. Bukan semua ye. Lain orang lain caranya. Ok, Panjang sangat dah ni. Bye. Nak sambung kerja

– Akak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit