Assalamualaikum. Semoga perkongsian aku ni bermanfaat.
Aku anak bongsu. Ayah dan mak sudah bercerai. Aku masih berhubung dengan ayah. Tapi jarang sekali aku bertemu dengannya. Mungkin kurang dari 7 kali setiap tahun. Dan kalau bertemu pun, sekejap sahaja, bukan berjam atau bermalam. Aku tinggal dengan mak.
Di sini, aku bukan hendak mengadu nasib. Tapi aku mahu ibu bapa di luar sana supaya sedar dan jangan sia-siakan perasaan dan emosi anak-anak. Ayah is another part of story. Kali ni cerita aku lebih banyak tentang mak. Aku nak cerita macam mana background family boleh membentuk personality dan sikap anak-anak.
Aku sebenarnya rasa marah, kecewa dan sedih dengan mak. Mak terlalu ‘dipenuhi’ dengan mengenangkan nasibnya sampai hilang perhatiannya terhadap anak-anak.
Ya aku tahu, mak lalui zaman kesedihan yang melampau. Mak juga mungkin depressed. Tapi mak tak mahu consult counselor. Dia selesa dengan dirinya yang sekarang. Tidak mahu berubah mahupun mendapatkan rawatan. Tapi aku sebagai anak, ikut terdera secara emosi dengan kata-kata, expectation dan tingkah laku mak.
Sebagai anak bongsu, aku sempat merasa menjadi tunggal sementara adik beradikku yang lain tinggal di asrama/berada di universiti. Jadi, aku banyak spend masa dengan mak. Aku menjadi pendengar segala luahan mak tentang ayah dan adik-beradikku yang lain.
Pernah juga dalam kegelapan, sebelum kami melelapkan mata untuk tidur, mak akan bercerita tentang apa yang pernah dilaluinya dahulu disebabkan sikap ayah. Dalam aku mendengar, aku sebenarnya menangis kerana aku kesiankan mak. Walaupun mak banyak kali pesan jangan benci ayah disebabkan cerita yang aku dengar, aku terbenci ayah buat seketika.
Aku depressed ketika aku berumur 17 tahun. Aku banyak persoalkan kenapa ayah jahat. Aku persoalkan kenapa hidup family aku tak gembira. Ayah juga pernah menyalahkan aku atas perceraian mereka. “Salah adik lah ni.” Ya, aku ingat kata-kata ni. Sebab terlalu pahit dan sukar untuk aku mengerti kenapa aku yang dipersalahkan.
Sepanjang aku membesar, aku mengalah dan aku maafkan ayah. Aku cuba faham apa yang dilaluinya. Dan aku bersyukur, aku tidak lagi benci ayah. Tapi perkataan ‘ayah’ masih kurang bermakna di sisi aku. Sebab aku jarang nampak secara zahir peranan beliau sebagai seorang ayah dalam kehidupanku. Tapi tak apalah, boleh menerima beliau kembali tanpa rasa benci sudah memadai buat aku. Kerana benci itu merosakkan diri. Aku tidak sanggup merosakkan diri aku hanya kerana itu.
Setelah beberapa tahun perceraian, mak berkawan dengan suami orang. Adik-beradikku yang lain tidak suka. Aku hanya act neutral sebab aku tak mahu menyedihkan hati orang tua. Jadi, mak banyak bercerita kepada aku. Mungkin kerana mak fikir aku menerima.
Semenjak itu, kakak aku menjadi pendiam. Mak banyak meluahkan rasa tak puas hati tentang kakak aku. Katanya seolah-olah kakak aku itu menyanyangi ayah melebihi dirinya. Menjadi aku, aku sedikit geram dengan tindak tanduk kakak aku. Tapi aku sebolehnya mahu mengerti kenapa dia bersikap begitu. Lama aku fikir, dan aku rasa aku tahu jawapannya.
Jadi aku beritahu mak supaya have a deep conversation dengan kakak aku. Aku tahu kakak aku memendam rasa dengan sikap mak. Mak tak boleh ditegur, tak boleh mendengar luahan anak-anak, pasti akan berkecil hati. Mak juga selalu compare anak-anaknya.
Mak selalu bercerita tentang kakak aku kepada adik-beradik yang lain. Aku tahu kakak aku terasa. Bila kau dah tak punyai ayah, mak lah segala-galanya. Bayangkan mengetahui mak sebenarnya tak suka kau? Mestilah kau rasa kau loser, tak guna. Ibarat ugly duckling. Kesian kakak aku.
Setelah menasihati mak supaya ada deep conversation dengan kakak, mak masih meluahkan ketidak puasan hatinya tentang kakak. Dari situ aku tahu, mak sebenarnya takut untuk mendengar dan menerima pandangan anaknya. Jadi dia tak pernah memulakan sebarang conversation yang berat. Hubungan mereka masih keruh.
Kami adik beradik membesar untuk tidak express apa yang kami rasa. Masing-masing berlagak seperti semuanya ok. Memendam itu perkara biasa, sebab memang tiada tempat bercerita. Aku melalui depresi dua siri. Setelah siri yang kedua, aku banyak recover.
Insha Allah sehingga ke hari ini, aku masih boleh cope dengan apa yang jadi. Aku sebenarnya jauh lebih positif berbanding aku yang dulu. Setelah aku belajar apa itu depresi, aku membayangkan, alangkah kesian adik beradikku yang lain. Mungkin mereka juga melalui depresi seorang diri tanpa bantuan keluarga.
Semenjak recover dari depresi, empati aku bertambah. Aku juga ubah diri untuk menjadi lebih penyayang. Kerana aku merasakan, adik beradikku kurang kasih sayang, kurang penghargaan dan tidak pandai meluahkan rasa.
Namun, usahaku kadang-kadang seperti tiada sambutan. Haha. Mungkin kerana semua ahli keluargaku ralat menerima perhatian dan kasih sayang. Kalau aku randomly beritahu aku sayang mak dalam whatsapp, mak reply “Emmmmm…” je. Kalau aku send quotes yang bagitahu “I’ll be there for you” dekat adik beradik, krik krik je yang jadi. Lama-lama aku rasa nak give up lah juga. So aku kurangkan sikit efforts aku ni supaya aku tak kecewa.
Sambung tentang mak. Sebenarnya aku sedih dengan sikap mak. Mak terang-terang buat salah bila berkawan dengan suami orang. Bertahun kami nasihat dan doa supaya mak berubah. Tapi masih berkawan juga. Aku dapat rasa, inilah sedikit sebanyak turning point anak-anak tidak mahu mendengar mak lagi.
Mak persoalkan anak-anaknya yang semakin liat untuk membantu. Mak seorang yang pemarah. Mak hanya ceria apabila dia bercerita tentang diri atau harinya. Tapi apabila anak-anak respon atau bertanya lebih lanjut, mak membalas dengan nada yang seakan-akan menyampah dengan soalan kami. Aku banyak berkecil hati. Mak tak pernah minta maaf walaupun mak tahu kami terasa. Mak..sangat complicated. Aku tak pasti ini simptom orang tua atau sebenarnya mak dibentuk oleh masa lalunya.
Sebagai seorang anak, apa yang aku boleh katakan ialah, tak ada anak yang tak sayang mak ayah. Dan begitu juga sebaliknya, tak ada mak ayah yang tak sayang anak-anak. Keluarga adalah asas kepada pembentukan diri seseorang. Komunikasi adalah kunci. Bila tak beritahu apa yang kita pendam, rasa tu akan menggunung. Bila ada sesuatu yang trigger, mula lah meledak dan sembur mana-mana orang sekeliling.
Ketahuilah wahai ibu bapa, kami anak-anak sering rasa bersalah dengan kalian. Redha Allah terhadap kami bergantung dengan redha kalian terhadap kami. Please don’t make it difficult on us.
1. Kalau ada expectation terhadap kami contohnya ada house chores, beritahulah kepada kami dengan jelas, “Mak harap kamu dapat tolong bersih rumah, sidai baju, sapu rumah dan masak”. Anak-anak akan bantu bila ibu bapa sampaikan mesej ini dengan penuh kasih sayang.
Kebanyakan ibu bapa bila dah balik kerja, tengok anak-anak tak buat apa yang ibu bapa rasa anak-anak sepatutnya ada common sense untuk buat, mula melenting dan bebel seakan kecewa dengan anak-anak. Bila sampaikan dengan nada kecewa, anak-anak akan jadi lebih kecewa sebab dipersalahkan.
Kami masih membesar, memang sebenarnya tak ada 100% sense of responsibility terhadap SETIAP urusan dalam rumah tangga. Maka, didiklah kami. Mungkin pada awalnya sahaja ibu bapa perlu memberi arahan yang jelas. Setelah sudah jelas, anak-anak sendiri yang akan volunteer dan sesuaikan diri untuk buat urusan yang lainnya.
2. Jadilah pendengar kepada anak-anak. Kami tahu kerja ibu bapa memenatkan. Tapi kepada siapa kami hendak luahkan rasa kalau bukan keluarga sendiri? Daripada siapa sepatutnya kami dapatkan nasihat kalau ibu bapa tak pernah ambil tahu masalah anak-anak? Dalam kes aku, mak ayah tak pernah tahu jatuh bangun hidup aku. Mak ayah tak tahu aku pernah depressed. Tapi kawan-kawan banyak bantu. Alhamdulillah kawan aku baik-baik, aku masih menjadi ‘orang’. Bayangkan kalau anak-anak dapat nasihat yang entah apa-apa?
3. Bila buat salah, belajarlah minta maaf dengan anak-anak. Tak jatuh pun respect kami kepada kalian. Malah kami akan rasa lebih respect dan sayang.
4. Luangkan masa dengan anak-anak. Cuba perhati apa yang sudah berubah dalam kehidupan anak-anak. Dengan siapa dia berkawan? Solatnya baik ke tidak? Quran boleh baca ke tidak? Depressed ke dia? Takut ke dia? Ramai ibu bapa yang terlalu sibuk sehingga terlepas pandang current state anak-anak.
5. Jadilah supportive dan positif dengan impian anak-anak. Jangan patahkan semangat mereka. Bila mereka berkongsi cita-cita, jangan cakap, “Hm boleh ke kamu ni? Buat xxxxx pun tak pandai.” Only Allah knows how painful those words are especially when it comes from parents.
6. If you feel you might need help on your mental/emotional condition, go to seek for assistance. Please. Anda sebenarnya memberi kesan yang sangat besar kepada kami dengan emosi anda yang tidak stabil :( Those expectations that you give, words that you utter; they matter a lot in our minds.
7. Kalau ada sesuatu yang ibu bapa lakukan sebenarnya melanggar syariat Tuhan, tolong hentikan. Anak-anak terutamanya yang sudah remaja dan dewasa, mereka tahu apa yang ibu bapa lakukan itu adalah salah. Kami tahu tak ada orang yang sempurna. Namun, itu bukan alasan untuk ibu bapa meneruskan kelakuan itu. Percayalah, kalau ibu bapa tidak berubah setelah anak-anak menyatakan tidak suka, anak-anak akan hilang respect sedikit demi sedikit. Dan seterusnya, anda tahu apa yang boleh berlaku…
—-
Aku tahu aku tak layak sebenarnya nak nasihat lebih-lebih pasal parenting. Aku sendiri pun belum pernah jadi parent. Belum rasa perihnya mengandung dan beranak, sukarnya cari rezeki, sakitnya bila anak-anak melawan cakap. Tapi aku harap, apa yang aku kongsikan ini boleh beri awareness kepada ibu bapa di luar sana untuk jadi lebih baik.
Anak-anak adalah amanah Allah. Maafkan aku seandainya perkongsian aku membuatkan para ibu bapa merasakan beratnya tanggungjawab mempunyai anak. Aku kongsikan sebuah hadis sebagai suntikan:
“Sesungguhnya apabila mati seseorang anak Adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara: (1) Doa anak yang soleh (2) Ilmu yang bermanfaat (3) Sedekah amal jariah”
Semoga anak-anak membesar dengan selalu mendoakan kesejahteraan buat kedua ibu bapanya.
Tolong doakan keluarga aku juga ya. Semoga mak aku lembut hati. Semoga adik-beradik aku selalu ingat pengorbanan mak ayah kami. Semoga kami berkumpul kembali di syurga Allah kelak.
Assalamualaikum…
– Belon Merah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit