Nota Buat Suami

Assalamualaikum, nama aku Ira, seorang isteri dan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Aku rasa terpanggil untuk berkongsi di ruangan ni sebab confession seperti berikut, Bukan Lelaki Lindungan Kaabah.

https://iiumc.com/bukan-lelaki-lindungan-kaabah/

https://iiumc.com/bukan-lelaki-lindungan-kaabah-ii/

Comel je tajuknya dia kan?

Well, apa yang menarik sgt minat aku dlm ni bila penulis kata dia diuji apa bila datang si gadis manis yg ada chemistry dengannya. Oklah, aku tulis kisah aku dulu, then aku apply dengan kisah istimewa dari Bro Zhaf ni.

Untuk pengetahuan suami2 sekelian, isteri yang bekerja ni, terdedah juga dengan risiko ‘Ujian’ seperti yang Bro Zhaf alami. Diganggu manusia2 durjana yang mencari jalan kebahagiaan dalam kesesatan.

Aku sendiri pun diuji. Aku tak ‘Hot’ macam kawan2 aku. Cuma yelah ujian itu tetap ada.

Aku kongsi sikit ye. Ada dua hamba Allah dalam hidup aku yang selalu untuk ‘mencuba’. Sorang bujang dan sorang lagi suami orang. Mereka kawan sepejabat aku.

Bro, could you imagine, sebagai isteri, kitaorang spend masa kat pejabat lagi lama dari rumah. 8 hours minimum every day.

Berapa pula masa di rumah? Bagun pagi 1 jam bersiap. 2 jam drive pergi balik sorang. 3 jam malam sebelum tidur. So ni adalah rutin aku.

Masa di rumah hanya 4 jam value time dengan family. Tapi value ke? Tak kan? Dengan terkejar2 nak siapkan anak2, uruskan rumah tangga dan lain2 hal. Kalau maid buat semua kerja pun, 4 jam je isteri2 ni dengan suami dan anak2 mereka.

So, berbalik kepada pejabat, siapa agaknya yang selalu spend time and listen to our problem? Siapa yang selalu bagi sokongan setiap kali ada presentation? Siapa yang selalu encourage untuk career development?

Terus terang aku katakan, kalau aku dah tentulah dua hamba Allah itu yang selalu memotivasikan aku.

Kenapa bukan suami? Sebab bidang kami berbeza, dia tak faham kerjaya aku, aku pun kurang arif dengan kerjaya dia. Jadi nak kongsi isu tempat kerja agak merumitkan. Kalau isu semasa, atau perihal dalam rumah Insyaallah ok je.

So tergugat tak iman bila ada orang lain so caring?. Alhamdullilah langsung tak.

Setiap kali mereka datang dengan agenda luar biasa, akulah wanita ‘terkasar dan biadap’ pada mereka. Malah, biasanya aku akan call suami dan borak2 sekejap untuk mem4tikan rasa bersalah kerana berbual dgn ajnabi.

Kenapa berbual juga dgn mereka? Sebab satu pejabat, satu tugasan dan satu position, apa boleh aku buat.

So kenapa masih kerja kat situ? Sejak mereka mendekati, dah ratusan kerja lain aku pohon, namun belum rezeki.

Tak suka ke pada apa yang mereka lakukan. Maksudnya caring tu? Gila tak suka, perempuan kan suka di pujuk2, dimanja2 dan dilayan2. Tapi yang membezakan pilihan kita adalah iman.

So, kat sinilah selalu syaitonnirajim akan masuk jarum. Nasib aku baik sebab dapat suami yang sangat caring dan penyayang. Kalau kebetulan suami aku bermasalah, agak2 mesti aku juga terbabaskan?

Ada tak isteri yang tak kuat imannya? Banyak, dalam office aku ni, boleh kata hampir 50% perempuan ada scandal. Dengan sepejabat, bekas boyfriend, dengan client, dengan supplier dan macam2 lagi.

So tak terkantoi ke? Ok jawapan sama mcm Bro Zhaf bagi dalam episode ke dua, pandai makan, pandailah simpan. Sebab isteri2 orang ni pun saling backup tau.

Ada yang scandal level suka2 je, ada yang level sederhana (sampai keluar dating) ada yang level extreme. Nak kongsi sikit, ada sorang rakan sepejabat aku lahirkan anak tak muka suami dia, tak juga muka dia, yang mengejutkan baby tu muka scandal dia.

Walaupun itu cuma satu gossip, namun ia merupakan satu pengajaran buat aku. Anak tu perempuan, dan di bintikan dengan suami kawan aku.

Aku tak tuduh tu anak scandal dia, sebab pemikiran positive aku kata, mungkin terkenan muka scandal sebab selalu keluar dating bersama. Tapi entahlah. Wallahualam.

Ok bro Zhaf. Awak kongsi cerita tu tak salah bro, but bila awak melayan, kat situlah nampaknya awak hampir gagal dalam ujian.

Aku malas nak cakap isu hak berpoligami. Panjang aku nk komen tapi cukuplah seperti yang semua suami2 tahu, kebanyakan isteri2 ini memang tak nak berpoligami.

Bagi aku, dugaan dalam kehidupan adalah perkara yang tidak mampu kita kawal. Contohnya kemalangan, kecurian dan lain2.

Kalau boleh memilih, itu bukan dugaan, tapi keb****han. Bila isu scandal ini dikatakan ujian pula, maka kita kena lalui dan hadapi untuk berjaya, bukan untuk gagal.

Bro, kalau awak cakap awak diuji, takkanlah kita kena kalah dalam ujian itu kan. Ramai lelaki suka gunakan perkataan ujian bagi setiap keb****han mereka.

Kalaulah isteri awak juga diuji dan gagal dalam ujian itu, mampukan suami2 ni memaafkan seperti mana kaum wanita selalu memaafkan suami2 mereka.

Ok semua, takat ni jelah aku nk share. Ingat, isteri2 ini juga bukan wanita lindungan Kaabah. Be careful Mr Husband, isteri awak mungkin juga idaman banyak lelaki diluar sana.

– Ira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *