Buat Kaum Wanita Yang Suka Berhias
Assalamualaikum semua. Terima kasih kat admin page IIUM Confession nie sebab sudi approve confession aku nie. Aku bukan ex IIUM. Tapi aku terpanggil utk tulis kepada IIUM Confession since aku rase page nie ramai perminat n dan pembaca yg setia.
Tak dinafikan.. wanita memang suka pada kecantikan. Suka berhias..suka nampak cantik. Aku tak nak bahaskan isu boleh atau tak bertabarruj ni. Nnt lari topik. Hehe. Ade beberapa teguran aku nk bgtahu kepada semua wanita yg suka make up kat luar sana.
Sebelum tu. Aku nak bgtahu yg ak pun suka make up. So harap xde la judge ak ckp ak ni bukan tahu ape2 pasal make up.
1. Foundation
Sekarang nie ak banyak tgok syarikat2 bumiputra yang berlumba2 keluarkan produk kosmetik sendiri terutamanya foundation. Kan semua nak nampak glowing and ploless gitu =)
Cuma ak perasan. Ade sesetengah syarikat nie market kan foundation diorg sebagai blh menyerap air, bukan water proof.. ade yg lebih berani market kan foundation diorg blh serap kalau kite nak ambil wuduk ye. Setahu ak bile air campur ngan make up2 ni.. dah hilang sifat menyucikan air tersebut. Mohon la sis2 yang cantik x terpengaruh dengan marketing mcm nie. Sebab nie melibatkan solat kita.
2. Mascara
Yang ni ak tujukan kat semua peminat mascara. Mmg cantik kalau pakai mascara nie. Tp ak mintak tlg sangat2.. kalau nk pakai mascara, before solat, tlg la pastikan semua mascara yg sis2 pakai tu dah completely removed dari bulu mata korang. Sebab sifat mascara nie kebanyakannye waterproof sebab xnak nanti mascara tu smudge bile kite berpeluh or menangis or kene hujan. Nnt dah jadi panda eyes. Hihi
Ini ak ceritakan berdasarkan pengalaman ak. Beberapa tahun lepas.. ak ade tlg kawan makeup kan die yg nak g dinner nie. Die datang selepas solat asar dengan muka tanpa make up(bare face). Mase ak nak apply eyeshadow (pembayang mata) ak terperasan, dekat bulu mata bawah die still ade saki baki mascara yg dia pakai pagi td.
Dalam hati ak terdetik.. mcm mana kawan ak nie solat yea. Die perasan tak yea. Ak pun cuba lah tegur die. Bgtahu die ape pandangan ak. Alhamdulillah. Kawan ak nie dapat terima teguran ak dengan baik. Die serta merta qada semula solat zohor dan asar. Alhamdulillah =)
3. Ukiran inai (especially pengantin)
Yang ni yg paling kritikal ak nampak lately. Sabar.. jangan judge ak dlu. Nie ak ceritakan berdasarkan pengalaman ak dengan adik ak.
Mase tu sepupu kitorg kawin. So kitorg mmg excited la nak pakai inai segala. Pulak tu mase malam berinai tu, sepupu ak sponsor inai utk kitorg. Ak dengan adik ak nie kira first-timer lah nak pakai inai ala2 bollywood nie. Memang excited. Hasilnye pun cantik. Henna artist nie mmg antara yg dikenali dekat negeri ak nie.
Masalahnye timbul lepas hampir seminggu ak ngan adik ak pakai inai. Ak terperasan inai ukir nie boleh kopek warnanye. Jadi mcm kalau kita sapu gam kertas, pastu boleh tarik2. Waktu tu ak dah terdetik, rata ke wuduk ak selama ak pakai inai nie?? Astaghfirullah hal azim. Ak terus bgtahu adik ak tentang ape yg ak perasan. Dan kitorg serta merta rujuk dengan seorang ahli saudara yg mahir tentang ilmu2 agama.
Kata mak sedara ak, kalau begitu lah sifatnye, memang la menghalang air sebab kita boleh tarik sisa warna inai tu daripada kulit tangan. Seolah2 warna inai tu menutupi kulit.
Katenye lg, kawan die yg berbangsa India pernah cakap, inai ni bukan budaya org India. Tp budaya orang Hindu. Inai ni di percayai blh buang halang perkara buruk daripada berlaku.
lepas dengar penjelasan mak sedara ak tu, maka bermula lah sesi meng qada’ solat. Lepas tu dah serik dah nak pakai inai ukir.
Segala yg dikongsi nie hanyalah pendapat ak. Wallahualam. Ak mungkin salah. Tp ak hanya berkongsi berdasarkan pengalaman dan pengamatan ak sebagai perempuan yang suka kan make up.
Wallahualam.
– Hamba Allah
– Make Up Lover
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit