Terlebih dahulu, aku perkenalkan diri aku, aku bumiputera dari Borneo, aku merupakan seorang kaki hartanah, pernah membeli lebih 200 hartanah sepanjang aku bergiat dalam dunia hartanah ini. Hampir kesemua aset aku menjana keuntungan baik dari “flip” atau positive cashflow dari sewa. Tak boleh jadi billionaire pun main hartanah ni, paling kuat cecah aset ratusan juta je.
Aku ingin tegaskan, aku bukan Oligopoli kaki hartanah yang jual e-book, kutip duit melalui 1-on-1 coaching atau seminar. Aku tak pernah cari duit melalui cara begitu. Then, Aku tak pernah guna sentimen bumiputera, islam untuk cari duit.
Aku mengakui mungkin orang macam aku ni merosakkan pasaran hartanah, oleh itu hari ini aku nak kongsikan sedikit sebanyak mengenai ilmu hartanah terutama kepada anak-anak muda. Hopefully for market stabilization in our property market.
INI NASIHAT AKU:
1. BELI KERETA IKUT KEMAMPUAN. Nasihat aku untuk permulaan, beli kereta yang biasa sahaja. Jangan beli kereta yang bebankan kewangan kau. Kereta penting, kalau kau ada family, mudah nak mobilise. Kalau boleh beli kereta yg ada bonet terus macam Saga dan Bezza. Jangan terus angkat Honda melainkan keluarga kau kaya raya. Jika tak mampu, beli motor dahulu tapi berhati-hati. Aku tak galakkan sangat, sebab ramai kawan aku meninggal accident motor. Penunggang motor paling ramai mati akibat kemalangan di Malaysia.
2. JANGAN TERGESA-GESA BELI RUMAH. Beli rumah yang salah boleh menyebabkan negative cashflow, kadang-kadang tak beli lagi baik dari beli hartanah yang salah. Setiap orang ada MOF 100% untuk first house dan 90% second house dan 70% for third house. Gunakan sebaiknya terutama penjawat awam yang dpt kelebihan loan lppsa.
3. BELI UNTUK PELABURAN ATAU KEDIAMAN? Rumah yang beli tu kena justify betul-betul sama ada pelaburan atau kediaman (duduk sendiri). Pelaburan perlu ada positive cash flow atau break-even. Kalau negative cash flow pun, pastikan ada justifikasi. Kalau beli untuk Kediaman, pastikan kita mampu membayarnya setiap bulan (max 35% daripada jumlah kasar gaji/pendapatan)
4. ELAKKAN PINJAMAN PERIBADI. Elakkan personal loan kalau boleh kerana boleh menjeratkan kita.
5. CANTIKKAN CCRIS SEBELUM BUAT LOAN. Cantikkan ccris kita dengan langsaikan hutang-hutang sedia ada dengan baik, baru Bank yakin nak bagi pinjaman. Belajar cara-caranya, google je, atau search kat FB.
6. BUAT ANALISIS RUMAH YANG DIBELI. Buat cost-benefit analysis, apa kelebihan dan kekurangan, apa booster dll. Rumah undercons, lelong atau subsale. Title freehold, leasehold, malay reserve, bumi lot n etc. Buat analisa betul2. Jangan tersilap langkah.
Ini sahaja buat masa ini, aku akan share lagi nanti. Korang tak perlu habis duit beli e-book, pergi coaching etc. Sila tinggalkan komen, nanti aku baca aku jawab dalam next post.
– Fariz
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit