Nota Hartanah Percuma III

Assalamualaikum wbt.

Maaf semua sebab lama ambil masa untuk part III, kebelakangan ini agak sibuk.

Sebelum itu, dalam penulisan aku part II, ada sedikit ralat, yang betul ialah apabila jangka panjang, Freehold lagi perform dari Leasehold. Satu lagi bab markup loan rumah untuk bayar hutang kereta tu, untung kalau sewakan rumah tu, kalau tak, letak je duit cashback dalam tabung haji atau ASB, lagi untung haha.

Dalam part III ni, aku ingin memberikan jawapan dan pendapat aku mengenai beberapan luahan dan persoalan di ruang komen yang aku sempat baca dan aku ingin bagitahu terus cara beli rumah pertama untuk duduk sendiri. TOLONG SHARE SELUASNYA !

1. Pakar Hartanah mengatakan harga rumah akan turun dalam masa 1-2 tahun lagi ?

Harga rumah setiap hari ada yang turun, sejak zaman purba lagi. Tak perlu jadi pakar untuk mengatakan sedemikian, cukuplah tahu basic economics iaitu permintaan@demand (D) dan penawaran@supply (S) dan Harga@Price (P). Mengikut hukum Ekonomi, apabila supply naik tapi demand kurang, maka harga akan jatuh. Apa supply yang berlebihan tapi demand kurang? Jawapannya ialah rumah yang terlalu mahal, tak padan dengan harga. Contohnya ada rumah di Cyberjaya, undercons RM800K, bila siap asking price jadi RM700K, jatuh terus RM100K. Kalau rumah harga juta2 tapi location tak bagus, booster seperti mall, mrt takde, lagi banyak la jatuh.. Hehe.. Faham tak?

2. Betul ke ada hartanah yang harga akan naik selamanya dan takkan jatuh ?

Tak, apa-apa hartanah, harganya akan jatuh jua suatu hari nanti. Susah sikit nak explain, harap korang faham. Manusia sentiasa berinovasi guys, sentiasa ada idea untuk kelangsungan hidup. Suatu hari nanti, mana tahu kebanyakan rumah ialah rumah bawah tanah. Haha, apa aku merepek ni.

Macam ni, aku bagi contoh, katakan korang beli satu kondo tepi MRT, harga RM350K.. Lepas 8 tahun, harga kondo tu naik jadi RM600K sampailah satu ketika harganya stagnant (mendatar), tak naik-naik dah, keadaan ini dipanggil Normalisation ! Harga rumah dah sampai invisible ceiling price ! Jual cepat-cepat, lepas ni harga rumah tu akan jatuh dengan sangat perlahan sampailah normalisation baru dan harga rumah tu sangat-sangat susah nak naik balik dah. Oleh itu, mantra “harga sesetengah rumah takkan jatuh” tak boleh pakai ye guys, cuma normalisation setiap rumah kita susah nk predict. Setiap tahun ada rumah baru, mestilah ramai nak rumah baru, hehe.. Korang boleh usha Putra Villa Kondominium tepi LRT Gombak dan ITT Gombak, jalan kaki 5 minit.. 1000++sqft, freehold, landscape cantik. Korang tengok trend harga dia kalau tak percaya.

3. Manusia di Negara barat dan Hong Kong bahagia hidup menyewa?

Aku belajar di US dan UK. Apa yang aku nak cakap, kehidupan dan matlamat diorang secara umumnya berbeza dengan kita. Mereka mostly bila start dating someone, terus ke arah tinggal bersama dalam satu rumah, mostly apartment. Lepas tu anak-anak muda suka travel. Hal kahwin ke, hal rumah ke, itu kemudian punya cerita. Bagi diorang, nak mencuba banyak benda sebelum settle down. Banyak la masalah yang timbul dalam kalangan muda mudi, isu kahwin, isu penjagaan anak luar nikah, malas la nak ulas. Kesimpulannya, tatacara budaya mereka lain dengan kita.

Ada yang kata penduduk Hong Kong bahagia hidup menyewa. Ini kenyataan paling kelakar. Anak muda Hong Kong yang majoriti hanya mampu menyewa ruangan seluas reban ayam hidup bahagia. Sinis ke apa ni ? Sila guna google maps, tengok tanah kat Hong Kong, banyak gila lagi tak develop! Aku tak rasa Kerajaan Hong Kong yang berniaga tanah ni membahagiakan rakyatnya (boleh tengok youtube, berlambak video pasal penduduk Hong Kong merungut rumah terlalu mahal). Untuk rekod, Hartanah Hong Kong adalah yang termahal di dunia.

Budaya kita lain, kalau dalam Islam, sebagai suami, menyediakan tempat tinggal itu satu kewajiban. Tujuan aku share mengenai ilmu hartanah ni, aku nak orang-orang susah pun berikhtiar beli rumah, satu keluarga satu rumah dah cukup, aku bukan nak ajar korang semua jadi kapitalis, beli berpuluh2 buah rumah. Sekurang-kurangnya ada sebuah rumah milik sendiri, boleh renovate, buat apa yang disukai. Rumah kecik pun takpe.

4. Cara beli rumah pertama?

Guys, aku bagitahu direct la. Jika korang nak beli rumah pertama untuk duduk sendiri “own stay”. Aku suggest beli rumah subsidi dari kerajaan, tak payah pening kepala. rumah baru, murah dan tunggu cari yang berkenan je. PH kata nak bina 1 juta rumah mampu milik, kalau betul 1 juta, kalau korang tak beli rumah lagi tak tahu la. Sia-sia aku membebel ! Haha.. Berikut ialah rumah korang boleh usha:

a) Rumawip (Kondo sahaja)

– Harga RM169K – RM300K (mostly RM300K)

– Hartanah Kuala Lumpur (bernilai tinggi)

– Sekatan jualan selama 10 tahun.

– link: https://rumawip.kwp.gov.my

– Sesetengah rumah, boleh berhubung terus dgn developer, yang lain pakai website, contact developer dulu.

b) Rumah Selangorku

– harga RM24K – RM250K

– Sekatan Jualan 5 tahun

– rajin-rajin la bukak facebook page Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor untuk tawaran terkini. Contact terus !

– link : http://lphs.selangor.gov.my/55.html

c) Rumah PR1MA

– harga RM100K -RM400K

– Sekatan Jualan 5 tahun

– link: https://www.pr1ma.my/about.php?lang=bm

d) PNB Value Homes (landed sahaja)

– Rumah mampu milik PNB

– Harga RM180K-RM250K

– Teres, Semi-D dan Banglo

– Sekatan Juala 5 tahun

– link: http://www.pnbvh.com

Beli la, tunggu apa lagi. Rumah subsidi untuk korang jugak. Haha.

Setakat ini dulu guys. Nanti ada part 4. Jangan risau, aku tak tinggal korang. Bye.

– Fariz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *