Nota Hartanah Percuma IV

Hi Guys.. Amacam Nota part 3? Terkejut tak semua harga rumah pun akan turun? Well, tiada yang kekal melainkan Tuhan. Apapun, jangan risau, kalau korang beli rumah yang betul lepas buat kajian, insya Allah semuanya okay.

Seperti yang aku bagitahu dalam part 3, harga rumah suatu masa nanti akan sampai harga siling atau normalisation, maksudnya dah maksimum dah harga hartanah tersebut. Paras harga siling itu ditentukan oleh “standard” kawasan rumah yang dibeli dan demand. Harga siling rumah di Mont Kiara, KL lagi tinggi berbanding dengan Segambut, KL walaupun hanya dipisahkan satu jalan sahaja. Kenapa? Nanti lain kali aku cerita.

Kali ini, aku nak bercakap mengenai permintaan@Demand hartanah/rumah. Dalam ekonomi, ada permintaan yang anjal (elastic demand) dan permintaan tidak anjal (inelastic demand). Boleh google yer. Study sket.

Apa maksud elastic demand ? Maksudnya Demand tu mudah berubah, demand rendah, demand tu tak kuat. Contohnya, rumah yang terlalu mahal tapi lokasi tak bagus. Elastic demand ni, harga naik sikit, demand@permintaan terus jatuh teruk !

Apa maksud inelastic demand? Maksudnya demand tu tak mudah berubah,demand tinggi, ramai nak, demand kuat. Contohnya rumah landed tepi MRT, semua orang nak kan? Inelastic demand ni, harga naik, demand@permintaan tak berubah sangat. Oleh itu, belilah rumah yang inelastic demand (permintaan yang tidak anjal!)

Okay guys, macam mana nak pilih rumah yang betul? Rumah yang demand inelastic. Susah jugak nak bagitahu. Tapi aku boleh bagitahu apa yang perlu dielakkan semasa membeli rumah.

1. ELAKKAN MEMBELI RUMAH DI KAWASAN YANG PADAT. Rumah tepi MRT pun, kalau 20 ribu unit berhampiran MRT, semua berebut nak guna stesen yang sama. Contoh, dijangka 20 ribu unit rumah baru dibina di Kepong, KL sebab ada MRT2. Aku dah beli beratus buah rumah guys, nasihat aku, elak beli high density macam ni. Ada MRT sebelah pun aku tak suggest beli apatah lagi takde MRT atau booster lain, bunuh diri terus. Satu lagi, elak membeli kondominium lebih 1500 unit. Padat !

2. ELAKKAN MEMBELI RUMAH DI KAWASAN JENAYAH. Sila semak dahulu kawasan persekitaran rumah yang dibeli. Aku pernah beli satu apartment medium cost di Selangor , tapi banyak unit merupakan port proses & hisap dadah, banyak kali kena raid dengan polis.

3. ELAKKAN BELI UNIT RUMAH TINGKAT TINGGI JIKA LIF TAK BAGUS/ TIADA LIF. Elakkan beli rumah tingkat tinggi kalau lif tak reliable, jenuh kalau lif rosak. Tapi kalau lif okay reliable, okay je beli unit tinggi. sesetengah kondo, unit makin tinggi makin mahal sebab parking makin rendah. Kalau kondo, aku rela parking rendah, tak sanggup kalau parking kereta tingkat 5 ke atas. Seksa. Elak juga beli unit rumah tingkat terlalu rendah jika tempat lalu lalang.

4. ELAKKAN BELI RUMAH TEPI KAWASAN KUMBAHAN, LOJI RAWATAN AIR DAN SEBAGAINYA. Faham-faham la ye.

5. ELAKKAN BELI RUMAH YANG SUSAH NAK DIJUAL. Kalau boleh elakkan beli rumah rezab Melayu yang lokasi tak bagus, takde booster, kalau untuk duduk sendiri takpe, tapi nanti nak jual memang takde orang nak beli.

6. ELAKKAN BELI RUMAH JAUH DARI JALAN BESAR. Nanti nak ke jalan besar tu jenuh lagi-lagi kalau kawasan bandar yang padat. Rumah tepi jalan besar nilai tinggi sebab direct access.

7. ELAKKAN BELI RUMAH YANG VIEW MENGHADAP KE RUMAH LAIN. Permandangan tiada, anda stress nanti. Nanti susah yang perempuan (muslim) nk buka tudung etc.

8. ELAKKAN MEMBELI RUMAH TEPI HIGH TENSION CABLE (HTC), SUBSTATION TNB ATAU TANAH PERKUBURAN. Kalau boleh elakkan, sebab benda2 ni ramai yang particular.

9. ELAKKAN MEMBELI RUMAH TERLALU DEKAT DENGAN LRT. Bising gila guys ! Haha… Kalau MRT takpe, ada noise barrier dah, senyap je.. LRT bising, korang kena tunggu habis service tengah malam baru boleh tidur.

10. ELAKKAN MEMBELI RUMAH MAHAL TETAPI BERJIRAN DENGAN RUMAH MURAH. Contohnya rumah mahal tapi berjiran dengan rumah subsidi, seperti rumah selangorku rumawip, ppr dan etc. harga jatuh nanti. Baik beli selangorku jika boleh ataupun elak terus !

Setakat ini sahaja buat kalini, kalau sesiapa ada cadangan lain atau pertanyaan. Boleh kemukakan di ruangan komen.

– Fariz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *