Nota Hati Si Penganggur

Sebelum ni aku ada terbaca beberapa confession pasal cari kerja; ada dari HR people yang share tips untuk interview which I think is really good dan juga aku baca keluhan graduan dengan lambakan pekerja asing yang seakan menutup periuk nasi graduan tempatan, yang aku kira ada relevannya juga. Jadi aku nak share jugalah pahit getir pengalaman aku cari kerja yang memang mencabar tahap kesabaran level yang paling maximum.

Introduction sikit, (maaf mix malay english ) umur aku 30an, jadi aku bukan junior atau fresh grade yang baru cari kerja. Aku dah ada experience dan aku berhenti kerja last year sebab nak fokus buat cert full time dan dengan duit lebih sikit, aku plan boleh la aku travel ke tempat yang dekat2 je dengan bajet ala kadar atau backpacker style. Kenapa aku boleh come out dengan plan ni? Sebabnya selama aku kerja 5 tahun sebelum ni, aku penat gila. Bayangkanlah hari-hari kerja dari 9 pagi sampai 8 malam dan kadang2 balik pukul 10 malam. Kalau balik rumah pun wassap masih on dari bos, dan dari colleagues. Sabtu kerja lagi, bukan half-day pun, sampai petang. Hari Ahad je rehat itu pun datang Isnin dengan letih tak hilang lagi. Hirup la kopi pagi2 tak nak bagi mengantuk. Hari2 hadap file dan laptop je. Management level pulak suka buat kerja suka hati, tekan report, request itu ini. Task ni urgent task tu urgent. HOD tekan KPI, kerja memang nak tip top, dengan tight timeframe, aduh aku jadi sangat exhausted.

Memang la dapat bonus, 4-5 bulan gaji tapi aku takdak life. Dah jadi macam zombie. Kadang2 tertidur dekat meja kerja. Balik kampung pun bawak balik kerja. Tapi aku tetap solat sibuk macam manapun. Tak tahan, aku decided to take break sekejap. Dan, Alhamdulliah aku berjaya dapat cert dan travel dengan budget ala kadar. Aku pergi Seoul, Busan, Jeju dan ASEAN countries jelah, macam Bandung, Jakarta, Bali, Lombok, Krabi, Phuket, Bangkok, Vietnam, plus Sabah Sarawak. Alhamdulillah sangat, dapat tengok alam semulajadi, snorkeling tengok batu karang, main pasir dekat beach and having fun. Syukur syukur syukur. Baru rasa nampak dunia hehe.

Bila dah abis cert and travel semua tu, cabaran cari kerja pun bermula. Time belajar tu pun aku dah start cari. Tapi Masya Allah, walaupun aku dah ada experience, dan cert sebagainya tu tapi bukan senang weh! Serangan makcik2 dan pakcik2 bawang pun bermula bila tahu aku menganggur. Ada sekali tu dekat satu jamuan makan2 ada makcik tu cakap “Hmmm sekarang ni memang susah nak cari kerja. Ambik borang cikgu tu mintak jadi cikgu. Anak makcik tu baru dapat jadi cikgu permata. Gaji 3 ribu!.” Aku senyum, percaya rezeki Allah tu ada. Dan satu hari, aku terdengar jiran aku tanya abah aku, “Eh, lama budak tu duduk rumah, tak kerje ke?” Abah aku jawab dia nak berehat tu.

Kawan aku menambah luka. Ada seorang tu, hari2 telefon aku tanya ‘harini kau dapat interview tak” Esok dia call lagi, esok call lagi, dan lagi, hari2 dia tak letih tanya aku dah dapat interview ke tak, dah dapat job ke belum. Aku nak block nombor dia tak boleh sebab dia pakai no office yang berbeza tiap2 hari. Aku angkat ingatkan interview. Bila dengar suara dia, terdetik Ya Allah kenapa manusia ni suka menyibuk hari peribadi orang. Kakak2 yang aku kenal umur lebih 35 tapi tak kawin lagi pun aku tak pernah tanya, kawan aku yang 12 tahun kawin tak dapat anak pun aku tak pernah tanya sebab aku tau itu semua rezeki yang datang dari Allah. Jadi kenapa manusia ni sibuk suka hal orang? Kenapa nak cari kekurangan orang? Sampai nak berdiskusi, bagi solution entah apa2. Stress ya amat.

Bulan berganti bulan, aku masih mencari kerja. Ada interview satu dua, tapi lepas tu senyap. Duit tabung dan semakin kurang. Nak beli pad pun terpaksa cari syiling2, dan kadang duit abah aku letak merata aku kutip. KFC, Secret Receipe kek yang biasa aku makan, aku lalu je, malu nak mintak duit abah nak beli tu semua. Nak jumpa orang pun malu sebab aku tak kerja. Sedih dan kecewa, rasa rendah diri, rasa mcm loser dan kadang rasa nak tamatkan riwayat hidup ni je. Gila kan. Hari2 aku tengok phone tunggu panggilan interview tapi takdak. Aku terduduk, letih dan pandang langit, aku sebut Allah. Allah beri aku kekuatan. Aku solat 5 waktu, solat sunat, solat dhuha, solat tahajjud, solat hajat, aku berzikir, baca surah al-waqiah, surah yassin mintak rezeki dengan Allah, tapi rezeki masih belum sampai. Akhirnya air mata aku gugur. Aku terlalu lemah dan lesu. Dan kemudian hati aku terdetik, ni ujian dari Allah. Aku lap air mata, ambil wudhu dan solat. Minta ampun dengan Allah dan terus berzikir.

Teringat kata2 Dr. Maza, “Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Sedangkan permintaan dari Iblis Allah makbulkan apatah lagi doa dari hamba yang sujud padaNya.” Dan aku teringat lagi kata-kata mutiara “there is no sad endings for those who trust Allah.” Aku baca buku Dr Aidh, Jangan Bersedih, banyak kata2 semangat yang aku dapat dari buku tu antaranya “Janganlah bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi; Dzat yang menghidupkan, yang mematikan dan yang memberi rezeki itu adalah Allah, jangan bergantung kepada selain Allah.” Dan aku baca buku Hassan Mia ‘Zikir Asma Ul Husna’ yang banyak beri guidelines tentang zikir Asma Ul Husna, 99 nama2 indah Allah dan aku amalkan. Selepas solat hajat tiap2 malam aku amalkan (44 kali atau 100kali) selawat nariah. Selawat nariah tu aku amalkan juga selepas solat fardhu (11 kali) bersama zikir Surah At-Taubah ayat 129 (7kali).

Aku sentiasa ingat dalam hati aku, bukan salah company2 tu tak panggil kau interview atau tak ambik kau bekerja, Allah menguji sebab kita hamba yang selayaknya di uji; semuanya dalam aturan Allah, Dia yang memberi rezeki, dan Allah bersifat maha Pengasih dan Maha Penyayang, kepada hambaNya. Bila aku solat dan amalkan zikir2, rasa tenang datang, harapan datang, rasa diri tak berguna hilang, aku percaya kesusahan ini ujian dari Allah. Walau aku takda kerja, aku bersyukur famili aku baik2 je dengan aku. Abah aku bagi duit, bayar duit kereta aku, kadang2 abang aku belikan breakfast, kalau pegi pasar malam, aku nak makan apa, kakak aku bayarkan. Aku masih ada tempat tinggal, tempat tidur, dan makanan cukup, Alhamdulillah. Diorang tak tanya aku pun bila nak kerja takut aku stress, and they know i’m looking for it.

Dan walaupun aku duduk rumah je, aku tak duduk je, aku improve english tgk pronounciation lesson kat youtube hari2, baca pasal materials dalam bidang aku securities and investments, aku follow hal ehwal global market macam Brexit, current capital market issues dan aku buat benda yang tak bagi orang menyampah. Macam pagi2 aku masak breakfast, kemas2 rumah, masak untuk lunch, kemas dapur, bagi makan kucing, mandikan depa dll lah jadi takde sapa nak membebel pasal aku hehe. Dapur bersih, makanan terhidang, kucing2 kenyang.

Aku senyum sendiri. Allah Maha Besar, aku baru sedar selama ni aku solat je, tapi lupa untuk menggandakan amalan lain macam mengaji, berzikir, bersedekah, kiranya macam buat yang patut aje, tapi doa nak masuk syurga hari2. Allah nak aku berubah untuk jadi lebih baik, dan dekatkan diri denganNya. Manusia tu sombong jika dia tidak berzikir kepada Allah dan Rasul. Allahu, betapa kerdil dan hinanya kita ni. Allah, Allah, Allah. Aku tersedar bahawa kita hidup setiap hari ni adalah peluang yang Allah beri untuk perbaiki peribadi kita sebagai Muslim dan Allah uji sebab Dia sayang.

Selepas 3 bulan aku menganggur aku dah terfikir nak cari kerja biasa2 je, macam kerja kilang ke KFC ke, buat dropship dsbnya tapi finally aku dapat juga kerja yang relevant dengan bidang aku. Dapat je offer tu aku sujud syukur, Allah dengar rintihanku. Dapat rasa kasih sayang Allah, Subhanallah. Sahabat2 semua kalau kita nak apa2 minta dengan Allah, kita jangan salahkan keadaan atau orang sekeliling. Kita takde kerja itu masalah kita, deal with it. Macam kurang peluang pekerjaan sebab kemasukan pekerja asing tu betul tapi kita jangan salahkan sistem sebab kita bukan YB atau orang berpengaruh untuk tukar dasar. Whatever it is kita kena survive. Samalah kita nak jodoh ke, nak beli rumah, nak anak, nak bertaubat, gaduh dengan mertua, gaduh dengan ipar, anak degil baliklah pada Allah.

Apapun masalah kita banyakkan solat sunat, berzikir dan semestinya membaca Quran, mukjizat yang teragung. Rugi besar kita tak baca. Allah beri kita ujian dalam pelbagai bentuk, tapi kita jangan lari dari Dia, balik dan bertaubat insha Allah kita diberi jalan keluar. Kalau perasan kita banyak mencari kesempurnaan luaran, nak cantik, nak handsome, nak kurus, nak putih, nak kereta besar, nak rumah besar tetapi kita mungkin lupa untuk mencari kesempurnaan agama dalam diri kita. Manusia tak sempurna tu betul but we have to keep improving. Maaf membebel panjang, saja nak kongsi pengalaman, dan jauh sekali aku nak menunjuk nunjuk. Lepas pengalaman ni aku lagi yakin to dream big, nak capai higher level lagi dan nak improve life dengan agama dan banyak lagi. Terima kasih bagi peluang aku share pengalaman dan mintak maaf kalau ada kekurangan dalam penulisan aku ya. Buat yang ada kekusutan sekarang, ambillah wudhu dan solat. Remember, dont lose hope, you never know what tomorrow may brings. Pain is real and so is hope.

Wassalam

– Rina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *