Sebelum nie ada yang tanya kenapa lagi suka duduk jauh? Tak takut ke, parent bagi ke or tak risau ke? Macam mana nak survive duduk jauh dari family?
For me, semua keadaan depends on setiap orang. Tak semua situasi kita boleh samakan. And for me too, memang bukan mudah nak cabar diri keluar dari zon selesa.
Siapa cakap boleh tenang ja duduk jauh, awal2 dulu masa masuk sekolah menengah berasrama, menangis setiap hari, asal call ibu ayah ja leleh air mata.
Merayu minta dipindahkan sebab nak duduk dekat dengan mereka, sampai ibu kata kalau call semata nak menangis, jangan call ibu lagi. Deep betul.
12 tahun membesar depan mata ibu ayah, lahir dan membesar di Sarawak, masuk form 1 ibu ayah buat keputusan pindahkan aku bersekolah asrama di Perak sementara ibu ayah adik2 tinggal di Sarawak.
Again, siapa cakap mudah ja nak berdikari? Nak mula dari bawah yang biasa manja, semuanya diurus ibuayah tetiba kena hadap sendiri, uruskan diri sendiri tanpa mereka.
Mau tak melalak, setiap kali tengok family kawan2 datang every weekend melawat, while me menangis tunggu kelibat ibu ayah yang tak datang2.
Cuti hujung tahun, naik flight sorang diri ya ketika 13 tahun semata nak jumpa keluarga di sana.
2 tahun ambil masa nak bangkit tau. Dari tak tau apa2 nak uruskan diri sendiri sampailah ke tahap yang bolehlaa mahir.
5 tahun duduk di asrama sekolah banyak ajar cara survival secara asas dan sederhana.
Sejak tu, mula rasa enjoy bila duduk jauh, bukan sebab nak berjauhan dgn keluarga, nak panjang langkah. Big no ok, tapi sebab jauh perjalanan, banyak pengalaman. Sumpah betul.
Masuk diploma, terus serah diri duduk di Melaka 3 tahun ketika family sudah pindah duduk di KL and tak lama tu ayah pencen terus pindah ke Perak.
So again, survival mode pun bermula, bila mana cuti mid sem yang seminggu dua ramai balik, dan aku lebih memilih untuk stay di asrama sendirian sambil me time. Kah!
Sebenarnya malas nak naik bas berjam, plus ada banyak assignment nak settle and nak kumpul rindu banyak2 baru balik. Campur masuk part intern kat Kedah and Selangor lagi.
Masa degree dapat pulak member yang on sentiasa pergi mana saja lebih2 lagi bab makan, makin tambah panjang langkah tu.
Lagi satu sebab kenapa ibu ayah percaya dan izin, sebab mana saja aku pergi, aku akan inform mereka. Tu wajib!
Dan sehingga soal jodoh pun memang nak orang jauh sebab nak feeling jalan2 balik kampung, dan akhirnya memang dapat pun, lagi jauh di Sabah sana haha.
Tapi kat sini nak suluh lagi terang, ibu ayah hantar sekolah jauh dari mereka bukan sebab benci. Dulu memberontak jugak, salahkan ibu ayah bina gap, rasa macam dipinggirkan tapi akhirnya faham sebab kukuh mereka begitu.
Antara yang aku tahu, mereka tak nak anak perempuan mereka membesar jadi anak yang tak boleh dikawal, fahamkan susah nak jaga anak perempuan lagi meningkat remaja nie.
Mereka tahu aku nie mudah terpengaruh, jadi sebelum aku berubah jadi susah nak dikawal dan dibentuk (pendidikan agama dan tingkah laku), mereka cepat2 bertindak hantar aku ke sekolah agama di kawasan kampung untuk teruskan membesar di sana.
Paling penting, mereka nak anak perempuan mereka berani hidup tempat orang, tahu nak buat apa dan apa, yang penting ke mana pun pergi, jaga diri dan nama baik keluarga.
Mereka nak anak perempuan mereka terpelihara dari noda2 ujian dunia disaat mereka lagi berusaha mencari rezeki untuk keluarga.
Bukan ibu ayah nak lepaskan tanggungjawab dalam mendidik anak, jujurnya mereka dah buat lebih dari itu.
Buktinya hingga sekarang, aku memang boleh berani langkah kaki untuk pergi mana2, boleh berdikari tapi aku tetap jaga batas aku sampailah aku dah kahwin.
Ibu ayah betul2 jaga pergaulan aku sehingga mereka lepaskan aku di bawah tanggungjawab seorang lelaki iaitu suami, barulah mereka tarik nafas lega.
Mereka cukup takut ya kalau aku berkongsi tentang perasaan aku untuk ada berhubungan dengan lelaki (macam trend sekarang couple dll),
Tapi still aku kagum mereka layankan ja perasaan aku, dengar ja story aku and pada masa yang sama nasihat aku fokus belajar sampai masa nanti adalah jodoh yang akan datang.
Sebab tu aku cakap mereka dah buat lebih tentang mendidik aku, dalam mereka usaha hantar aku jauh2 untuk teruskan hidup dengan lebih baik,
Mereka lebih berendam air mata lagi dari aku, menahan rindu tapi demi anak dibesarkan menjadi baik dan dipelihara sentiasa dari sudut agamanya dan tingkah lakunya, mereka berkorban dan berlagak untuk keraskan hati.
Mereka cukup takut dengan keadaan sekarang, lihat lah kes2 yang melibatkan anak gadis dari sudut pergaulan yang melebihi batas. Mereka takut aku jadi sebahagian seperti itu.
Sebab itu sedaya upaya mereka jaga aku serapi yang mungkin walaupun pada masa tu aku rimas, rasa terkongkong. Rupanya besar makna di sebalik segala perasaan rimas dll.
Jujur aku cakap, bila aku lihat kes2 tentang anak remaja perempuan yang viral sana sini, hati aku sayu dan empati dengan keadaan mereka.
Benar, salah tetap salah perbuatan mereka. Cuma aku tahu, disebalik salah yang mereka lakukan, ada kisah tersembunyi yang menjadi asbab mereka bertindak begitu.
Mungkin isu broken family, kurang kasih sayang dan perhatian keluarga, sumbang mahram dll.
Yang pasti mereka sendiri tak nak pilih jalan akhir macamtu untuk hidup mereka. macam kes buang anak luar nikah, aku yakin mereka sendiri ketakutan saat tahu hamil,
Lepastu proses nak melalui fasa kehamilan tanpa sokongan keluarga, dibuang pasangan yang tidak mahu bertanggungjawab, melahirkan seorang diri, buntu nak handle masalah nie.
Mungkin ramai yang cakap, pandai buat pandai tanggung. Ye macam aku cakap salah is salah. Tapi tulah sampai bila nak hukum kan, benda dah jadi.
Yang jadi persoalan, apa yang perlu kita buat supaya benda nie tak berulang lagi? Mana pergi kita sebagai orang tua, adik beradik dan masyarakat yang sepatutnya bimbing mereka? Paling penting, adakah mereka saja yang perlu pikul kesalahan dalam hal ini?
Bila aku fikir semua benda tu, aku tenung wajah ibu ayah sekarang, lihat mereka senyum nampak kelegaan yang sangat2 membahagiakan mereka, mereka cukup yakin sudah selesai mereka menjaga aku untuk jadi seseorang yang boleh jaga nama baik keluarga.
Ye merekalah jadi sebab aku yang sekarang.
Andai aku tak jadi sekarang sekalipun, aku tak salahkan mereka sebab ibu ayah aku dah usaha untuk besarkan aku dengan cara yang sangat baik. Nak jaga lembu sekandang lagi mudahkan dari jaga seorang anak dara.
Aku harap aku dapat lakukan tanggungjawab dengan cara yang sama untuk anak gadis aku kelak dengan bantuan suami aku, cinta pertama setiap anak perempuan.
Semoga kita yang jadi orang tua, dapat pelihara mutiara kita sebaiknya sebelum diserahkan pada pemilik mutiara yang sebenar.
Untuk adik2 perempuan luar sana, mahalkan dirimu wahai sayang, apa saja kemanisan di luar sana yang mungkin kau tak pernah dapat dari keluargamu, janganlah kau lalai dan hanyut.
Percayalah, itu hanya perangkap yang akan membinasakan dan akan kau sesalkan selamanya.
Jaga diri baik2, bukan sebab nama baik keluarga dan maruah diri semata tapi sebab kau sangat2 berharga yang tak layak untuk tangan2 murah sentuh kau begitu saja.
Pada kesayangan saya, adik2 perempuan saya yang pernah atau sedang dalam kemelut ujian ini, saya harap awak dapat jalan penyelesaian yang terbaik untuk keluar dari segala apa yang awak lalui.
Ingat, apa yang jadi itu adalah kisah lepas, yang ke depan teruskan melangkah dan jadikan pengajaran.
Jika mereka keluargamu dan orang terdekatmu, tidak jalankan tanggungjawab sepatutnya dengan baik, tidak menjadi pelindung buat kamu dari mereka yang bertopengkan syaitan, janganlah kamu terus berpeluk tubuh dan berdiam diri.
Selamatkan diri kamu walau tiada apa yang kamu rasa patut diselamatkan lagi.
Keluarlah, dan lihatlah masih ada ramai yang sedang tunggu kamu untuk teruskan perjalanan. Percayalah sayang, peluang masih ada. Yang pasti jangan diulang lagi. Okay?
– Kakak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit