Nota Untuk Mak Bapak Luar Sana

Assalamualaikum. . .
Terima kasih admin jika post ini di publish kan. Saya merupakan seorg guru di boarding School. Sebelum itu,maaf kan saya jika penulisan seorang guru agak teruk sbb saya bukan guru bahasa dan maaf kan saya jika post ini agak memboringkan.

Baru sahaja keputusan SPM 2016 dikeluarkan dan sekolah saya memperoleh keputusan di tahap “average”. walaupun jika dibandingkan dengan sekolah biasa di sekitar kawasan, mereka lebih cemerlang drpd skolah saya. Terdapat segelintir ibubapa yang update status di FB meluahkan perasaan ketidakpuashatian terhadap sekolah saya dan beliau juga menyatakan keputusan sekolah ini agak memalukan. Beliau juga turut menyatakan supaya guru-guru sekolah ini agar membuang sikap ego para guru dlm mendidik anak beliau.

TBH, guru-guru sekolah ini sudah pon all out untuk anak-anak di sekolah ini dan melakukan pelbagai kaedah untuk mencapai target sekolah. Namun apabila keputusan keluar, para ibubapa terus menunding jari kearah guru-guru yang mengajar.

Dekat sini saya cuma nak kongsikan bagaimana sikap anak- anak anda di sekolah ini dan saya rasa sikap ini dari sikap anda sendiri.
Sekolah ini mempunyai pelajar2 yang pintar, aktif, dan disiplin yang tip top? TIDAK!! hanya segelintir sahaja yang bagus dan berdisiplin. Boleh dikira tanpa menggunakan kalkulator! Yang ramai disini hanya anak2 yang berlagak disebab kan passion parents lebih bagus daripada kerja seorang guru. Sikap hormat pelajar secara tidak langsung hilang terhadap guru. Melanggar peraturan sekolah contohnya membawa “smartphone” ke sekolah terlalu ramai. Ibarat mendapat sokongan daripada Ibubapa. Saya percaya Ibubapa tahu membawa smartphone tanpa kebenaran adalah salah! Namun sikap tutup mata ibubapa demi anak2 tersayang, mereka membenarkan anak2 mereka membawanya secara HARAM! see? adakah ini juga salah seorang guru? Masalah kecil sebeginilah yang akan terus menjadikan anak anda untuk melanggar peraturan peraturan yang lain.

Di sekolah saya, diwajibkan untuk lelaki sembahyang secara berjemaah di surau untuk setiap waktu. Sekiranya ada pelajar yang tidak turun surau akan kami kenakan denda dan boleh JDM (jawatan kuasa disiplin peljar) terhadap pelajar terbabit. Kami sebagai pendidik ingin mendidik pelajar2 supaya mementingkan solat jemaah dan main point kami adalah solat adalah penting baru lah akademik akan bagus. “agama nombor satu, akademik bukanlah nombor dua”. TAPI!!
Ada segelintir Ibubapa yang kerjaya nya lebih bagus daripada guru membantah apabila anak2 nya di hukum! kami sebagai guru disini agak terkejut dan hilang semngat untuk terus mendidik anak bangsa. Saya turut bimbang untuk generasi akan datang jika ibubapa terus bersikap sebegini. Para warden pun hampir fed up untuk mengejutkan Subuh dan menasihat pelajar sebab takut jika tersalah cara tetiba dapat surat mahkamah. Sekiranya sikap ibubapa berterusan sebegini, percayalah generasi ini akan terus LEMBIK dan BIADAP.

Sedar lah wahai ibubapa. Kembalikan lah kuasa Guru untuk mendidik para pelajar dan berhentilah mencampur tangan dalam kerja guru!Biar lah guru membuat kerja mereka. Anda yang bukan kerjaya sebagai guru, anda tidak tahu apa yang kami lalui. Sekarang ini, pelajar2 bukan sahaja di sekolah ini, tapi seluruh Malaysia sudah pun hilang rasa hormat terhadap guru. Ingat lah adab mereka sebenarnya datang dari rumah. Bukannya di sekolah. Anda sebagai ibubapa, jangan 100% percaya akan sikap anak emas anda dirumah. Itu sahaja yang dapt saya nasihatkan.

Selain itu juga saya turut merasakan sistem M*** juga harus di murnikan balik. Seperti sekrang ini, sekiranya pelajar telah melanggar peraturan sehingga kes berat, M*** hanya lah menukarkan peljar tersebut ke sekolah lain yang sama jenis. (mungkin anda pernah dengan kes ini sebelum ini). Disekolah saya juga selalu menerima pelajar2 sebegini dan ini lah anatara faktor kenapa masalah disiplin tidak dapat dibendung di sekolah. Malah pelajar juga tidak takut untuk melakukan masalah disekolah kerana mereka tahu, paling terut pon mereka hanya di tukarkan ke skolah lain dan masih di boarding school. percaya lah sekiranya Anda rasa hukuman sekadar menukarkan ke tempat lain anda SALAH!
lagi satu, sistem reject pelajar pointer rendah sudah pun dilupus kan di sekolah bersistemkan M***. Ini juga merupakan faktor kenapa budaya bersaing antara pelajar di dalam akedemik semakin pudar. Sebab mereka selesa untuk sentiasa di zon selesa tanpa perlu berkerja keras untuk mendpat keputusan yang cemerlang. secaranya jujurnya setiap kali peperiksaan dijalan kan. kebanyakkan pelajar bawah 3.0 dan mereka tidak merasa sedih pon sebab kawan2 mereka juga sama dan tidak perlu takut kerana mereka masih di dalam sistem M***. Dan keputusan ini akan terus berterusan sehingga big exam.

– Mr Guru Stress

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit