Nota Untuk Mu Wahai Bekas Suamiku

Assalamualaikum semua pembaca setia IIUM Confession. Sebenarnya kisah saya ini adalah sambungan dari artikel saya, (https://iiumc.com/adakah-joint-loan-satu-kesilapan/).

Alhamdullilah selepas nasihat dan kata-kata positif dari pembaca IIUM Confession pada artikel saya yang sebelum ini.

Saya sudah pun mengambil tindakan untuk menuntut hak-hak saya di mahkamah. Saya terpaksa mengunakan duit pinjaman yang disimpan untuk menunaikan umrah.

Tetapi saya yakin rezeki ke umrah masih ada selepas ini.

Saya telah melantik peguam syariah untuk tuntutan harta sepencarian pada bulan June dan sekarang masih dalam proses sulh iaitu proses pendamaian cara baik tanpa proses perbicaraan.

Doakan urusan saya dipermudahkan dan diselesaikan secara baik.

Saya dengan rela hati melepaskan rumah yang kita beli bersama kerana saya tidak mampu untuk membayarnya tapi saya yakin dengan ketentuan Allah. Apa yang penting selepas ini hati saya semakin tenang.

Engkau duduk la dengan isteri barumu yang pernah dulu dengan angkuh berkata padaku yang dia tidak ingin sama sekali duduk dirumah itu. Sekarang, kau sudah berbahagiakan.

Wahai perampas, Engkau sudah dapat memiliki bekas suamiku, Engkau juga sudah memiliki rumahku, Engkau juga sudah memiliki keluarga mentuaku…

Engkau berbahagialah diatas penderitaan orang lain. Tapi aku sudah redha dengan penganiayaan kamu berdua. Tapi untuk melupakan tidak sama sekali.

Disini saya Ingin membuatkan sebuah nota untukmu wahai bekas suami ku:

1) Alhamdullilah, hidup aku kini lebih bahagia tanpamu. Hidup aku selama 7 tahun di kongkong olehmu. Tidak boleh keluar atau berjumpa dengan kawan-kawan walaupun dengan Kawan baikku sendiri.

Hidup aku selama ini hanya dikorbankan untuk mu. Sekarang, aku bahagia sangat. Ramai kawan-kawan aku kembali mencariku.

Dari kita bercerai Januari 2020, masa aku sangat terhad dengan aktiviti bersama kawan-kawan dan keluarga. YaAllah aku sangat bahagia dan aku baru tahu yang kita sepatutnya menyayangi diri sendiri

2) Aku boleh berdikari tanpa engkau wahai bekas suamiku. Dulu engkau selalu menghina aku dengan mengatakan aku tidak pandai berdikari disebabkan aku tidak berani membawa kereta.

Alhamdullilah, selepas 10 tahun aku tidak berani memandu kini aku mempunyai kereta sendiri dan aku sudah buktikan ketika aku hadirkan diri ke mahkamah dengan membawa kereta sendiri.

3) Aku mampu teruskan hidup walaupun seorang diri dikota KL ini sedangkan engkau yang tidak mampu berseorangan. Belum habis iddahku, engkau sudah pun berkahwin.

Sebab apa aku mampu, sebab aku sentiasa yakin Allah SWT ada bersamaku. Aku diuji beseorangan diKL Ketika PKP dan sehingga sekarang aku masih sendiri.

Jika aku lemah imanku, aku mungkin hampir menjadi gila tapi Alhamdulillah Allah sentiasa ada bersamaku.

4) Alhamdullilah sangat-sangat di sebalik ujian ini aku semakin dekat dengan Penciptaku. ALLAH YANG MAHA BESAR. Selama perkahwinan kita, aku selalu alpa dengan amal ibadatku.

Walaupun solat akan aku cukupkan 5 kali sehari tapi bila kita keluar ke mana- mana pasti aku akan meninggalkan solat aku dengan alasan sebab dalam keadaan tidak bersih dan pentingkan makeup ku.. ALLAHUAKBAR..

Jahil sangat aku rasa dirini.. Tapi Sekarang alhamdullilah, ke mana-mana aku pergi sekarang ini, perkara yang amat aku penting kan adalah solat walupun aku di dalam hutan(bukan niat riak).

Alhamdullilah, dulu aku sangat susah untuk aku bangun tahajud menyerah diri padaMu walaupun aku diuji bermacam-macam dugaan.

Ketika di duga dengan bekas suamiku tapi aku sombong dengan Allah untuk bangun tahajud meminta pertolongan daripadaMu.

Tapi sekarang, alhamdullilah aku hanya tidak bangun untuk bertahajud ketika aku dalam keadaan kotor. Alhamdullilah, aku masih dalam usaha perbaiki diri aku. Solat dan Al-quran peneman diriku.

5) Kini, banyak benda yang aku sudah berjaya buat. Aku sudah berjaya mendaki gunung yang tertinggi di sebuah negeri tau, hehe…

Aku sudah boleh buat dan cari hobi-hobi aku yang selama ini disekat oleh mu. Aku bebas bertemu dengan kawan-kawanku dan bercuti dengan mereka dan juga bersama keluarga tercintaku.

Dulu, aku memang tidak ada “me time” langsung. Bagi engkau, aku hanya ada kau dekat dunia ni. Kau racun fikiran aku.

Padahal, aku hanyalah hamba untuk mu. Semua kerja rumah aku yang buat. Sikit pun engkau tidak membantuku. Tapi sekarang aku bebas dan bahagia dengan caraku. ALHAMDULLILAH YAALLAH.

6) Pasal anak pula, aku sekarang tidak lagi senegatif dulu. Dulu aku pasti sedih bila datang kotor.

Dulu aku selalu menangis dan tertekan dengan manusia yang selalu bertanyakan berkenaan zuriat. Walaupun di perut aku masih ada parut pembedahan untuk usaha mendapatkan zuriat bersamamu.

Ia sentiasa akan menjadi kenangan. 6 tahun aku diuji tiada zuriat bersamamu. Aku selalu menangis dan menyalahkan Allah. Tapi hanya aku seorang yang berusaha.

Engkau mintak tempoh 3 tahun untuk tidak meneruskan perubatan dengan doktor dengan alasan engkau Ingin mencapai impian kau untuk menjadi seorang bodybuilder.

Badan kau penuh dengan steroid. Aku seorang sahaja yang masih berusaha dengan mengambil pelbagai jenis suplimen untuk mengandung.

Tapi aku percaya ini hikmahnya aku tiada zuriat dengan engkau. Dan sekarang aku dapat tahu yang wife baru kau sudah mengandung, bunting pelamin katanya.

Mesti engkau dan perampas itu banggakan. Aku masih ingat perempuan itu pernah menghina aku disebabkan aku tidak boleh bagi zuriat padamu.

7) Berkenaan rumah pula, sekarang engkau dan wife baru engkau yang duduk dirumah yang kita sama-sama tunggu dan beli pada tahun 2016.Lamakan kita tunggu tapi akhirnya rumah itu engkau dan wife engkau yang duduk.

Tapi tidak mengapa sebab bagi aku itu semua duniawi. Aku sudah redha walaupun hati aku kadang-kadang sakit saat aku melalui rumah itu.

Maklum la dekat sangat dengan rumah sewa aku sekarang. Tapi aku sangat gembira walaupun aku hanya duduk di rumah sewa, rumah tanpa lift, rumah kos rendah tapi aku bersyukur.

Rumah sewa aku sangat selesa dan lawa sebab aku sudah deco macam mana aku nak deco dekat rumah kita itu. Jiran-jiran dan suasana sekitar rumah sewa aku sangat tenang berbanding rumah yang kita pernah sewa dulu.

Ada sahaja ujian dengan jiran-jiran sehingga kan engkau pernah bergaduh dan hampir bertumbuk.

8) Alhamdullilah, aku mempunyai seekor kucing sebagai penemanku. Dulu engkau tidak suka aku membela kucing. Hampir tiap hari bergaduh disebabkan kucing. Sekarang kucing itula peneman diriku.

9) Akhir sekali, aku ingin mengucapkan ribuan Terima kasih kerana pernah menyayangi diri ini.

Terima kasih juga kerana pernah menghina diriku, membuka aibku, memburuk-burukkan aku dan memandang rendah pada diriku. Ini semua membuat aku lebih kuat dan menghargai diri aku sendiri.

Banyak sangat hikmah disebalik ujian dan keperitan hidup yang aku lalui.Tapi semakin hari aku semakin kuat. Cuma kadang-kadang aku juga rebah dan aku menangis.

Tapi sering aku ingatkan pada diri sendiri jangan menangis lama-lama. Bangkit dan bila kita rasa lemah ingat ada lagi orang yang diberi ujian yang jauh lebih hebat dari kita.

Wahai kaum hawa di luar sana. Apabila kita diberi ujian dalam rumah tangga, bangkitlah untuk diri sendiri, perbaiki diri dan sentiasa ingat Allah SWT sentiasa ada dengan kita.

Dan kaum hawa diluar sana, jika engkau diuji dengan suami orang, ingatlah semula yang itu semua PILIHAN. Cuba tempat kan diri kita di tempat si isteri atau kaum kita sendiri tu. Betapa sakit dan terlukanya hati mereka.

Untuk bekas suamiku, semoga engkau dapat capai kebahagian yang engkau inginkan pada wife engkau sekarang.

Aku ingat lagi ayat-ayat engkau padaku yang perempuan itu ada semua yang engkau inginkan. Janganlah lepas ini engkau masih menganiaya perempuan lain pula.

Sentiasa bersyukur dengan apa yang engkau ada. Engkau sudah memiliki rumah, sudah memiliki kereta H, sudah memiliki wife baru dan tidak lama lagi memiliki cahayamata. Sentiasa la bersyukur ye.

Para pembaca semua, doakan saya terus kuat untuk meneruskan kehidupan ini. Terima kasih.

– Ika (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *