Novel & Adaptasi. Anda Rasa?

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Pertama sekali suka aku nak berterima kasih kepada admin IIUMC ni jika confession aku ni disiarkan. Suka juga untuk aku ingatkan yang penggunaan ‘aku’ dan ‘korang’ di sini adalah untuk melancarkan penulisan confession aku ni sambil bagi feel sikit. heh. Selalunya aku jadi silent reader je kat IIUMC ni tapi kali ni aku terdetik nak hantar confession kat sini. Oh, aku bukan student IIUM apatah lagi alumni dari uni tersebut. Aku alumni sebuah IPTA di Shah Alam.

Apa korang rasa bila baca apa yang aku taip kat atas tu? Adakah yang bermain di fikiran korang hanyalah cerita ‘cintan-cintun’, kahwin paksa lepas tu lama-lama tersuka tanpa sengaja?

Aku tak hairan kalau itu yang korang fikir bila orang sebut je NOVEL ataupun ADAPTASI depan korang. Sekarang ni pun aku tengok rancak sangat orang condemn novel & adaptasi novel ni sampai snap gambar bahagian novel dan suruh bakar je novel-novel tu. Apa yang aku boleh nampak, ‘serangan’ macam ni sengaja ditujukan kepada novel cinta ataupun novel yang kau orang baru aje baca tajuk tapi beria nak kutuk-kutuk. Seriously guys?! Don’t judge a book by it’s cover. korang pernah dengar kan? Dalam konteks korang menyampah sangat dengan tajuk novel sekarang, meh kita tukar jadi don’t judge a book by it’s title. Please, look at the contents. Novel-novel yang korang beria kutuk tu sebenarnya banyak je pengajaran. Kebanyakan novel tu bukan sekadar cinta semata-mata; ada pasal keluarga, pasal persahabatan, pasal masalah sekeliling watak utama tu.

Okey, cuba angkat diri korang jadi hero/heroin satu cerita; for sure banyak benda sekeliling yang berlaku pasal korang kan? benda-benda itulah yang banyak penulis sampaikan. itu belum lagi masuk cerita kawan-kawan korang, cerita kawan-kawan kepada kawan-kawan korang. banyak benda sebenarnya boleh cerita dan percayalah penulis novel tu tulis cerita berdasarkan apa yang berlaku sekeliling dia. cumanya of course mereka akan ubah sikit-sikit. biasanya penulis takkan buat cerita 100% sama walaupun orang yang menghadapi dugaan tu (kawan-kawan atau saudara-mara) bagi permission 200% untuk tulis kisah mereka. [kita semua adalah hero/heroin kisah hidup kita]

katakanlah korang memang menyampah sangat nak baca sesebuah novel tu sebab rasa tajuk dia tak boleh blah, silalah diam dan bergerak ke genre yang kena dengan ‘selera’ korang. kalau makanan tak sedap pun kita perlu diam dan suka hatilah nak teruskan makan atau tak (kalau tak nak membazir teruskan ajelah makan); sama juga dengan konsep membaca novel ni. bila satu genre novel tu tak kena dengan ‘selera’ korang, tak bermaksud genre tu tak kena dengan selera orang lain. ada banyak jenis makanan dan cara masakan di dunia ni; samalah juga dengan novel. ada banyak jenis genre dan garapan dalam dunia penulisan ni. korang baca yang kena dengan ‘selera’ korang, tak perlu nak kutuk-kutuk genre lain yang tak kena dengan ‘selera’ korang. nampak tak? senang aje kan sebenarnya?

aku tengok yang ramai-ramai kutuk-kutuk novel cinta ni, dok bangga-bangga dengan novel RAM yang dia baca. jangan salah faham. aku tak cakap novel RAM tu tak bagus, confirm novel dia best untuk orang yang sukakan genre begitu. tapi korang yang beria kutuk ni takkanlah cuma baca novel dari tulisan RAM je? banyak lagi penulis novel dari pelbagai genre wujud kat Malaysia ni. kalau korang hanya kutuk novel cinta tapi novel genre lain korang tak baca, tak support; macam mana penulis-penulis untuk genre selain cinta ni nak berkembang mekar di Malaysia? percayalah, penulis novel yang korang kutuk-kutuk tu kebanyakannya baca banyak genre, bukan genre cinta sahaja. entah-entah kalau korang pergi rumah para penulis tu, nanges korang tengok koleksi bahan bacaan dia yang dari genre sains-fiksyen, fantasi, thriller bla bla bla so on and so forth. masa tu baru korang tahu malu; mengutuk je kerja korang tapi tak support pun penulis genre lain.

Adaptasi.. buat pengetahuan korang, adaptasi ni totally different story. maksud aku, bila sesebuah novel tu jadi adaptasi, penulis dah tak boleh nak buat apa dah melainkan kalau penulis tu sendiri script writer untuk cerita adaptasi tu. kebanyakan kes, penulis skrip adaptasi adalah orang lain, bukan penulis asal novel tu. ada je novel yang watak seorang arkitek, penulis cerita dengan details kerja arkitek watak tu. segala macam terms yang orang tak belajar architecture mungkin takkan tahu; ada penulis tu terangkan dalam novel.. tapi bila dah adaptasi? itu terpulang macam mana script writer tulis dan arahan pengarah. untuk kes macam ni, korang memang tak boleh nak salahkan penulis 100%. sebab kadang-kadang penulis sendiri terkejut cerita dia berubah lebih 50% dari novel asal bila diadaptasi. kasihan kan?

kalau korang bengang sebab cerita adaptasi tu tayang pukul 7, pergilah complain ke stesyen tv yang berkenaan. penulis takde hak pun nak tentukan cerita adaptasi novel dia nak muncul kat slot mana. kalau korang rasa hasil adaptasi tu tak bermoral, silalah juga complain ke saluran yang betul. kalau korang rasa cerita-cerita tu semua boleh membuatkan anak muda terikut-ikut; kat sini kita kena mainkan peranan sebenarnya. kita jaga keluarga kita, adik-adik kita. tengok dengan siapa dia bergaul. bila kita wali, besar tanggungjawab kita. jangan hanya nak tuding jadi pada kaca televisyen dan kata “ini semua salah tv yang tayang cerita entah apa-apa tu sampai budak-budak terikut-ikut!”. Mungkin kita takde ‘kuasa’ dan ‘suara’ untuk menghentikan apa yang ditayangkan di kaca televisyen, tapi kita ada tangan untuk ambil remote controller dan ubah channel lain atau tutup terus tv tu kalau ada ahli keluarga kita tengok cerita yang kita dakwa takde moral tu.. kuasa di tangan anda.. gituuuhhh..

If there’s a book that you want to read, but it hasn’t been written yet, then you must write it – Toni Morrison

So, instead of korang meroyan dengan tajuk-tajuk buku dan cerita adaptasi yang dah ada sekarang, ada baiknya korang tulis sendiri the kind of books yang korang nak baca. mana tahu dari situ akan wujud orang yang turut mencari bahan bacaan yang macam korang tulis tu? mana tahu aku salah sorang dari pembeli buku korang tu nanti? mana tahu buku korang tu nanti jadi bestseller? mana tahu buku korang tu nanti penerbit berebut-rebut nak adaptasi? jangan nak kutuk-kutuk sangat. korang yang single tu beria kutuk-kutuk novel cinta ni buatnya nanti dapat isteri penulis novel cinta macam mana? ataupun yang minat gila-gila baca novel cinta? Tak pasal-pasal penulis tu dapat idea buat cerita Suamiku ‘Anti’ Novel Cinta.. (nanti korang bengang lagi sebab banyak dah tajuk suamiku ni..) haha!

peace (^_^)v

nota kaki: aku takde masa nak semak ejaan aku kat sini so kalau ada typo error ke kesalahan tatabahasa ke harap maaf lah ye. kalau admin rajin silalah proofread confession aku ni dulu sebelum publish. heh. ok, aku dah lapar, nak pergi makan. akhir sekali, maaf kalau aku ter’emo’ dan terkasar bahasa tanpa sengaja.

nota kaki sebelah lagi: dari kita kutuk-mengutuk, baiklah kita berlapang dada dengan pilihan bahan bacaan masing-masing. kan orang kata appreciate the similarities, celebrate the differences tu lebih afdhal. (okey, part lebih afdhal tu aku yang tambah)

Yang Suka Membaca Pelbagai Genre & Masih Menulis,
SF

– SF

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit