NPD atau Baran?

Assalamualaikum buat para pembaca semua. Tujuan aku menulis hanyalah untuk meminta sedikit pandangan dan nasihat dari kalian semua.

Aku perkenalkan nama aku Nurul (bukan nama sebenar) berusia 27 tahun telah berkahwin dan mempunyai seorang anak istimewa berumur 3 tahun.

Aku dan suami berbeza umur 14 tahun. Kami sama sama bekerja di dalam bidang minyak dan gas. Okay cukup itu sebagai pengenalan.

Aku mahu meminta pandangan adakah suami aku ni ada Narcissistic personality disorder (NPD) ataupun penyakit mental. Entahlah aku sendiri tak tahu.

Aku perasan banyak benda yang pelik dekat suami aku ni. Contohnya bila kami keluar jalan2 ataupun ke mana saja lah.

Suami aku mesti akan bermonolog sendiri macam “boleh lah buat duit, ambil banyak lagi”.

Bila aku tanya kenapa? Dia akan cakap yang ada orang ambil gambar dia dan orang tu akan dapat duit.

Mula mula dulu aku boleh consider yang mungkin dia saje nak bergurau. Tapi lama lama dia selalu cakap begitu.

Aku jadi malas nak layan. Bila aku tak layan dia marah aku pulak. Marah bukan sikit2 ya. Dia akan bawak kereta laju laju secara merbahaya. Walaupun masa tu ada anak aku yang masih kecil. Kadang2 macam dia berhalusinasi sendiri.

Oh ya, dia pernah bergaduh dengan abang aku sebab katanya aku dengan abang aku ketawakan dia.

Ceritanya masa aku dengan suami balik rumah lepas keluar berjalan. Aku bergurau dengan abang aku. Biasalah adik beradik kita cakap sikit pun boleh ketawa.

Tapi suami aku ni tak semena mena cakap yang aku dengan abang ketawakan dia. Apa lagi malamtu bergaduh lah. Habis termos anak aku yang aku baru beli.

Aku tak tahu perkahwinan aku ni akan sampai kemana sebab aku tak nampak jalan untuk bahagia lagi. Aku rasa semua nya palsu. Aku pun semakin tawar hati lepas hadap segala perangai dia yang tak kena dengan usia dia sekarang.

Pernah sekali anak aku cirit birit lepas tukar susu. Aku kejut dia ajak pergi klinik. Dia bangun terus nak marah macam aku yang minta semua jadi macam ni.

Jadi esok nya aku sendiri yang bawak anak aku ke klinik dan terus refer hospital sebab anak aku dah dehydrated. Duduk hospital dalam lapan hari, bila boleh balik aku suruh suami aku ambil.

Selepas tu kereta dia mati dekat highway aku juga dipersalahkan. Aku ni anjing lah katanya, arwah abah aku keturunan anjing lah.

Aku cuma mampu menitiskan air mata je lah waktu tu sebab aku takut kena pukul. Sebab aku kesian kan anak aku yang belum sihat sepenuhnya.

Pernah anak aku menangis suami aku terbalikkan anak aku kaki ke atas kepala ke bawah. Waktu tu aku baru je habis pantang. Aku pernah diterajang di belakang badan semasa berpantang.

Dia selalu sengaja tarik rambut anak aku sampai menangis. Dia selalu bawak anak aku naik kereta lepastu drive laju laju.

Bukan aku leka anak aku pada ayahnya. Tapi dia bawak anak aku waktu aku tengah sibuk berkemas dan memasak. Maafkan umi nak.

Suami aku sangat mengongkong. Mula mula dulu aku tak boleh keluar bekerja padahal waktu tu dia pun tak bekerja. Jadi aku terpaksa tolak offer yang aku dapat. Sampai sekarang aku dah berani bantah apa yang dia suruh.

Sebab aku dah bosan dilayan seperti manusia tiada hati dan maruah. Bila dua dua tak bekerja siapa yang nak beli barangan keperluan anak aku. Lagi lagi anak aku istimewa dan memerlukan setiap bulan ke hospital.

Maaflah ayat aku sedikit berterabur. Aku mahu minta nasihat dan pandangan. Bertahan atau pergi?

– Nurul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *