Kalau Coretan ini disiarkan, Alhamdulillah la, kalau tak pun aku dah cuba, mungkin bahasa agak sedikit kasar tapi Ikhlas aku tulis.
Untuk perempuan diluar sana,
Assalamualaikum, aku menaip ini sebab aku rasa perempuan patut tahu perkara ni dan aku rasa semua pun dah tahu, samada pilih untuk buat tak tahu atau kau orang memang dilahirkan bodoh,
Maaf la aku cakap keras, tapi aku rasa inilah cara paling berhikmah, keras.
Pertama sekali perempuan kena dengar ini, kalau lelaki tak boleh menghormati kau sebelum dia kahwin, dah minta nak pegang tangan, pegang buah dada, kemaluan, minta ringan ringan, kau rasa lepas kahwin dia akan hormat kau ke?
Melainkan kau memang jenis perempuan jenis jalang dan sesuai la lelaki tu untuk kau.
Jangan cakap “saya tersalah pilih” “Tipah tertipu” “saya tak tahu” ” Saya ingat dia beriman” “saya fikir dia boleh berubah” sedangkan kau orang yang cari bala.
Yang kedua, yang tengah buat maksiat bersama, bersenggama bersama tanpa akad nikah yang sah, atau apa apa aktiviti tak bermoral la…..
Kalau teman lelaki kau nak rakam lepastu dia cakap nanti dia akan padam, delete… come on la.. jangan jadi bodoh boleh tak, pertama dah la benda yang dibuat tu salah, kedua kebodohan kau yang nak bagi dia merakam tu aku tak boleh brain….
Dia tak boleh nak hormat privasi kau dan kehormatan kau sendiri… dan kau rasa dia akan honour ke janji dia akan delete video tu,
Lepas kau orang clash percayalah video kau orang tu akan berjalan di internet, kalau Hp dia kena hack pun sama video kau orang akan berlegar di internet juga ….
Once it out in the cloud you cant get it back..
Ketiga, kau orang perempuan sebenarnya nak cari batang balak ke nak cari suami sebagai pemimpin kau orang, kalau nak cari Balak… kau orang memang dapat Balak je la…
Digunakan macam tandas, orang cari tandas bila dia nak melepas je….. bila habis melepas dia tinggalkan la tandas tu, faham ke tak ini…. tak ada sapa nak duduk dalam tandas lama lama tanpa sebab sebab…
Kau orang jangan jadi macam tandas, kesian dekat mak bapak yang jaga kau orang daripada kecik, menatang macam minyak yang penuh, lastly kau orang jadi tandas…
Ke empat, Kalau kenalan lelaki kau tu Drug Addict atau kaki judi ini BIG BIG Red Flag k… jangan la berharap dia akan berubah lepas kahwin ke, dia akan bertaubat ke even semanis mana percakapan dia, sekacak manapun wajah dia,
Dua golongan ini sangat susah nak berubah, bukan tak ada yang berjaya berubah tapi berapa biji sangat, pergi la perhati pusat serenti tu,
Mostly kes berbalik, maksudnya orang lama yang drug addict, kalau teman lelaki kau orang tu Tahi Dadah dan Tahi Judi cari la orang lain,
Jangan cari bala diri sendiri, berapa ramai yang aku perhati berkahwin dengan dua golongan ini menyesal lepas ada anak dua tiga orang, bercerai…..
Mangsa pada anak anak, kalau kau orang memanng bodoh tak kesian pada diri sendiri pun kesian la pada anak yang bakal lahir pada masa akan datang.
Kalau tahi judi ini pula, duit memng akan sentiasa kurang, duit kau orang pun silap silap dia rembat sekali, dia ketagih berjudi, tak ada bezanya dengan penagih dadah pun
Cinta ini macam yang kau orang tengok pada mak ayah kau orang, mungkin spark berahi tu dah hilang, dah kedut tak cantik, tapi they with each other dalam susah dan senang.. itulah cinta..
Its not about intensity its about endurance, aku tahu melalui zaman remaja dan young adult adalah mencabar, banyak onak dan duri, dipenuhi nafsu dan pelbagai kesilapan,
Tapi berfikirlah, jangan jadikan kebodohan kita beban yang meruncing pada orang sekeliling kita dan pada yang akan lahir nanti
Lelaki yang baik banyak sebenarnya diluar sana, jangan la tersalah pilih, mereka datang dalam pelbagai pakej dan perasa serta warna…..
Pilih la dengan baik, gunakan panduan agama dan gunakanlah akal yang waras dengan sedikit sentuhan nafsu yang betul, bukan songsang k, we are human after all.
Sekian daripada,
– Seruling Maghrib (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit