Aku dengan husband berjumpa kali pertama selepas tunang. Berkahwin sebab family arrange. Masing-masing dah berumur masa ni. Aku 29 tahun, husband 33 tahun. Dan dua2 bekerja.
Aku tak pernah couple. Ye la, sebab rupa kita kurang sikit. Yang husband pun tak pernah couple. Dia ada rupa tapi pemalu. Nak bercakap dengan orang tunggu orang tegur dia dulu. Selagi orang tu tak tegur, tak bercakap la dia. Yang aku pulak, mulut tak berhenti. Nasibla dapat aku jadi bini dia.
Alhamdulillah, aku selamat diijabkabul. Selepas dua bulan kahwin, dapat duduk rumah sendiri. Walaupun tak kenal hati budi lagi, kami plan beli rumah semasa tunang. Fikir duduk bandar menyewa, bayar sewa dah macam bayar loan. So kami berdua tutup mata.
Process loan semua uruskan semasa tunang. Duit deposit rumah kami kongsi. Alhamdulillah Allah permudahkan. Rumah kecil je. Bolehla untuk kami berdua berteduh. Nama atas nama aku. Tapi dia yang bayar. Dia tak ada hutang. Kereta pon dah habis. Tinggal aku je, kereta lagi setahun je.
Masa perkenalan tu masing-masing bagitahu commitment. Kami straight. Tak ada basi-basi. And kami berdua masing-masing ada cover insurans.
Allah bagi rezeki anak selepas setahun menikah. Alhamdulillah comel anak aku. Tak sangka aku boleh berkahwin dan sekarang dah ada anak. Semasa pregnant aku resign, tapi Alhamdulillah dengan duit gaji aku, aku masih mampu bayar kereta sendiri.
Sekarang aku dah kembali bekerja. Aku keluar rumah pukul 5am. Anak aku hantar pengasuh. Husband yang uruskan hantar dan ambil anak.
Setiap malam, aku akan check keperluan anak dekat pengasuh. Paling awal aku sampai rumah pukul 8pm. Kalau sempat berasap la dapur tu. Kalau dua-dua dah penat, order je. Alhamdulillah, husband tak pernah merungut.
Tapi untuk kembali bekerja, aku ada buat deal dengan husband. Bekerja sampai aku achieve target aku. Bukan untuk selama-lamanya. Aku minta empat tahun.
Husband bagi aku tiga tahun untuk kumpul simpanan. Dapat husband yang support target aku, Alhamdulillah. Husband cakap kesian anak. Iye, aku pun kesian. Kesian anak ibu. Nanti dah achieve target ibu resign ye sayang.
Untuk perbelanjaan rumah, husband support 100% untuk keperluan. Aku volunteer bayar pengasuh anak sebab aku yang nak kerja. Kalau semua husband bayar, kesian.
Untuk topup barangan tambahan dekat rumah, aku cover. Apa yang aku nak makan, aku masak sendiri. Rezeki dapat husband yang tak memilih makanan, bersyukur. Asalkan ada nasi ok dah.
Selepas kahwin ni aku baru tahu hobi husband aku bercucuk tanam. Memandangkan rumah dekat bandar, memang tak ada tanah. Dia beli tanah dekat shopee.
Aku gelak je dia beli tanah. Aku dapatla merasa tanaman dia daun sup, daun pandan. Yang lain tanam tak hidup pun. Aku malas sikit. Aku petik rajinla. So untuk support hobi dia, aku beli rak untuk susun pasu. Bolehla dari dari letak pasu tu dekat simen.
Penjagaan anak Alhamdulillah husband aku tahu mandikan anak, tukar pampers, bagi anak makan, buat susu, masak bubur. Kalau aku busy dekat dapur, tugas husband layan anak.
Pernah sekali husband bawak anak pergi klinik, aku kerja. Pertanyaan doktor semua husband aku boleh jawab. Alhamdulillah dia jalankan tanggungjawab dia dengan baik.
Semua appointment klinik husband tahu. Kalau husband cuti, dia tak hantar anak dekat pengasuh, dia uruskan sendiri. Alhamdulillah, aku lega. Pengasuh aku bayar je full. Rezeki dia.
Rezeki orang lain-lain. Alhamdulillah mak aku bagi tanah dia dekat aku. Aku plan nanti nak tanam apa-apa dekat situ.
Baru-baru ni sebelum aku masuk kerja, aku beli sebidang tanah lagi. Tanah adik beradik. So jual murahla. Tanah ni ada hasil. Dapatla makan hasil tiap-tiap bulan walaupun tak banyak.
Rezeki aku. Alhamdulillah. Aku tak bangga. Tapi aku bersyukur sangat apa yang Allah aturkan untuk aku. Husband memahami, anak comel, cukup makan pakai, ada kerja. Collegue dekat office pon tak toxic.
Aku tengok berita tentang Palestin, aku nangis. Nampak anak kecil menggigil, menitik air mata aku. Kesiannya. Aku hari-hari doa Allah hancurkan Israhell. Susahnya diaorang. Macam mana la nak hidup keadaan macamtu.
Aku compare dengan hidup aku. Selesanya la. Beza dengan diaorang.Harapan aku semoga ada sinar untuk diaorang.
Panjangnya aku taip. Terima kasih sudi baca kisah aku. Rezeki semua datang dari Allah. Bersyukur. Jangan compare hidup kita dengan hidup orang. Tak sama. Jangan jadi toxic people. Jangan buruk-burukkan orang lain. Sedekah jangan lupa.
Sebelum sedekah dekat orang lain, tolong adik beradik dulu. Jangan berkira kalau bagi duit dekat parent. In shaa Allah luas rezeki korang. Solat jangan lupa ye.
Doakan aku dengan husband aku berkekalan sampai Jannah..
– Maya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alhamdulillah seronok baca perkongsian awak, banyak benda yang positif dan bermanfaat. nukilan yang sangat membina dan best
comel je cerita sis ni. smooth je, mungkin sis selalu tengok life dari the good side. semoga happy ever after, sis!