Nurse Hospital Di KL

Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih admin kalau confession ni disiarkan.

Aku just nak luahkan rasa geram kat sini, sebab aku dah cuba salurkan aduan ke saluran yang betul tapi macam tak dilayan.

Ceritanya mak aku warded dekat hospital selama 10hari, dari hari first aku dah perhati perangai nurse² dekat ward ni tak berapa semenggah.

Nak marah tapi kena sabar. Aku tak mintak mak aku dilayan macam raja pun, but treat us like human.

Takde siapa paksa korang jadi nurse, korang yang pilih so dont give us that bullish idea “nak best pergilah hospital mahal”. Aku bayar kot, and walaupun kelas ke berapa pun kami masih manusia and kau dibayar gaji.

Back to story, masa hari terakhir, mak aku dah nak discharge, tengah tunggu doctor release je.

Aku sampai pukul 4lebih (waktu melawat bermula pukul 4.30-6.30) dalam keadaan kepanasan sebab baru balik kerja & jalan kaki dari parking bertingkat.

Sesampai je kat kat katil, aku tengok nurse² ni tengah huru hara swap katil mak aku dengan sorang lagi patient. Atas alasan mak aku dah nak discharge (walhal belum confirm lagi pun) and patient lagi sorang lagi critical.

Aku chill lagi walaupun cam menghalau.

FYI, after swap, cucu ke anak makcik tu datang kat kiteorang tanya “kenapa makcik tukar katil?”

Maybe dia ingatkan mak aku yang request padahal nurse yang alih. Makcik tu pun terpinga² actually kenapa dia diswap.

Ok sambung balik, semasa dia tengah huru hara alih katil, fon mak aku tengah charge and tercampak (literally tercampak atas lantai across the ward cubicle) sebab dia.

Not a single sorry dia cakap kat aku yang witness kejadian tu. Thank god no damage to my mom’s phone (hail V brand lol).

Dia just cakap kat aku acah² “eh caj fon ke?”. Aku berangin dah kat situ so aku pun amek wudhuk untuk asar. Habis asar mak aku cakap rupanya kabel yang dia rentap tu rosak. Aku dah berangin lagi sekali.

Fast forward, dia datang katil mak aku dengan muka selamba suruh aku settle bil untuk discharge,

Aku bersangka baik aku ingatkan dia nak one to one dengan mak untuk mintak maaf, rupanyaaaaa… dia cakap dengan sombongnya dia kata dia boleh bayar la and tak mintak maaf pun.

Lepastu mak aku terkejut reaction dia gitu mak aku cakap “cuba mak kamu orang buat centu”. Dia jawab “saya tahu la jaga mak saya”.

Mendengar apa yang berlaku, aku lagi la berangin.

Aku mintak mak aku packing cepat sebab aku nak mintak doctor bertugas detail budak nurse ni untuk lodge official report to kkm & hospital director sama macam isu pharmacist hospital yang cakap “not my problem” to a patient.

We’ll do it the right way but doctor bertugas mungkin nak save his *utt too so dia insist tak nak bagi

Aku ni dah tahan sabar dari awal so aku decide untuk amek sendiri nama nurse tu. Tahu dia kata apa “ameklah nama saya, ameklah”.

Mak aku sepanjang kat wad tu takde pun banyak cekadak menyusahkan memana nurse. Nak minum, gigih amek sendiri. Mak aku tak boleh makan solid food, so gigihlah mak aku bawak bekal soup instant sendiri,

Rupanya last day baru tahu rupanya boleh mintak susu dekat nurse (info dari nurse yang ok). Tu pun bila mintak nurse yang sama, dia pertikai ada diabetes ke nak mintak² susu?

Aku menulis sebab aku rasa mistreated gila la, and aku dah pun lodge official report to kkm dan hospital director.

FYI, mak aku takde powerbank, so charge jela fon kat plug katil, tu je cara nak contact aku (aku kerja and menetap nun jauh di hujung selangor).

And hari terakhir baru aku tahu rupanya boleh ade 1orang penjaga, masa mula² dorang kata takleh sebab new sop (asyik berubah²).

Harapnya nurse tu bacalah dan sedar yang tak semua orang boleh tolerate kau mistreat orang.

Kau yang pilih jadi nurse, kau yang accept padahal kau pun tahu kerja macamtu involve interaksi dengan manusia so jangan jadikan tu alasan untuk perangai buruk kau.

– Karen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *