Nurse Is Not Our Level

Assalamualaikum. Sekarang panas dengan isu ‘not our level’. Ok terlebih dahulu saya ingin perkenalkan diri saya. Saya Nur bekerja sebagai pembantu pegawai perubatan di sebuah Hospital kerajaan.

Pasal isu Linda Rafar saya tak berada ditempat kejadian so saya tak berani nak cakap siapa salah siapa betul. Sepanjang bertahun2 saya berada dalam bidang ni, pelbagai kerenah pesakit, pelawat, penjaga, nurse, doktor yg saya lihat. Terutamanya Nurse, Memang 10% daripada mereka yang tak ikhlas, jujur dan amanah dalam melakukan kerja. Saya faham nurse2 semua letih. Tapi tu kan bidang kerja korang. Bukan kerja nurse je yg letih, polis askar bomba guru guard buruh nelayan semua ada bahgian masing2.

Satu lagi, pasal statement Zizan, kita tak tahu dia nak bagitau yg dia tak sama level dari segi kerjaya, wang ringgit ataupun adab. Buat pengetahuan semua tak semua Nurse dekat malaysia ni tak cerdik ya. Adik saya straight A spm, belajar luar negara dapt offer course Medic tapi dia tolak sbb tak minat. Dia lagi minat jadi Pegawai Farmasi. Kakak saya hanya 2A spm tetapi rezeki dapat jadi Guru setelah ambil KPLI dulu. Abang saya lepasan degree UM tetapi menjadi usahawan online dan paling kaya antara kami semua. Saya sendiri 6A spm masuk matrik sekejap tetapi keluar matrik untuk belajar dikolej pembantu perubatan demi kerjaya yg tetap dan puaskan hati mak ayah. Kadang2 orang luar terlalu menilai kecerdikan seseorang berdasarkan kerja. Jadi cikgu je cerdik. Nurse je tak cerdik. Macamana Malaysia nak maju kalau mindset ni pun tak boleh nak ubah?

Lepastu lagi satu mindset. ‘Nak layanan first class kenapa tak pergi swasta’. Apelah korang ni. Memang macam tu eh Malaysian ni? Kalau bayar murah kena layan second class? Buat pengetahuan semua, kebanyakan Hospital Kerajaan lagi bagus dari swasta kerana ia adalah Hospital Penyelidikan. Dan sesetengah Hospital kerajaan ni mempunyai equipment dan kepakaran yg tinggi dalam bidang2 tertentu. Tak termasuk pakar2 perubatan yang mahir dalam bidang tertentu yg masih berkhidmat di Hosp Kerajaan. Korang patut bersyukur kerana meraka masih setia berkhidmat di Hospital Kerajaan. Ada ramai ye kawan2 saya request nak bersalin di Hospital swasta tetapi terpaksa refer pada Hospital Kerajaan atas sebab2 tertentu. Kadang2 mereka bukan tak mampu dari segi wang tetapi mereka akur dgn tuntutan doktor.

Satu lagi yg saya nak ulas, kalau sesetangah orang yg pernah lalui pengalaman buruk dengan Nurse Kerjaan pastu mereka suarakan pengalaman mereka, semua Nurse2 dekat Malaysia ni nak marah2. Terus viral. Cakap orang tak hargai kerja Nurse, tak paham kerja Nurse la. Nurse tu mulia la. Kerja Nurse paling letih dalam dunia. Macam2 lagi lah. Korang, apakata buka sikit mata tu. Nurse pun manusia kan? Manusia mana sempurna. Bukannya Malaikat. Normal la kalau buat salah. Kalau dah betul dia buat salah kenapa kita nak tegakkan lagi benang yang basah. Kita sepatutnya jadikan iktibar. Kenapa nak terasa kalau kita tak buat?

Macam saya kalau orang post dekat MedSoc pasal MA herdik patient sesuka hati, MA tak hormat aurat patient, MA curi tulang. Saya tak pernah melenting. Buat apa nak melenting kalau kita tak buat. Saya ok je. Dan saya rasa saya patut jadikan contoh teladan agar tak buat perkara macam tu. Betul tak ? Dan buat Nurse2 yang ikhlas jujur amanah diluar saya, saya doakan awak semua kuat dan teruskan tunjuk contoh yang baik kepada semua.

– Nur

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *