Salam admin dan warga pembaca
harap admin sudi siarkan sedikit perkongsian dari aku, bekas pelajar dan juga seorang guru biasa. Sedikit latar belakang tentang aku.
Aku bekas pelajar salah sebuah universiti di Selangor tp bukan UIA.., tetapi aku suka baca IIUM Confession. sebab tu aku ade di sini. Umur 25, belum berkahwin. Dah habis belajar. Sepanjang aku hidup ni, aku pernah bekerja di nursery2, dan juga sebagai guru ganti di sekolah-sekolah rendah. Sepanjang aku bekerja jaga anak orang, jadi guru aku suka jadi pemerhati. Benda ini masih banyak berlaku. maka disebabkan aku perhatikan “benda” ni sangatlah kerap berlaku, aku terpanggil untuk menulis di sini.
Benda apa tu?
Benda yang aku nak cakap adalah sikap ibu bapa yang banyak menyerahkan tanggungjawab mereka kepada nursery dan sekolah. dan kita juga termasuklah bakal ibu, bakal menjadi ayah juga, semoga kita tak terlepas pandang, agar tidak melakukan hal ini di rumah.
kepada ibu bapa, bakal ibu, bakal bapa dan aku sendiri
Sebelum hantar anak-anak ke nursery/sekolah, aku tahu, pagi yang dingin, tak sesuai untuk bagi anak-anak (bayi) untuk mandi. Tapi kalau anak-anak dah berusia 5 tahun ke atas, berilah anak-anak mandi. tukarlah lampin anak-anak. mereka juga manusia, perlukan keselesaan. Aku pernah sambut anak-anak dekat nursery, berbau hancing. Ibu ayah ny pulak wangi bukan main. Lampin si anak aku confirm, memang tak tukar pagi-pagi sebelum hantar ke nursery. Memang bukan setiap hari, tapi ada kalanya si anak memang gunakan lampin yang dah penuh pagi-pagi hari. Kami pengasuh memang tukar lampin anak-anak, tapi itu menggambarkan diri kita. Kita nak anak kita dihantar ke rumah wangi-wangi, kita pulak hantar anak kita hancing-hancing? nursery tu kilang minyak wangi ke? Tapi, ada ibu bapa yang hantar anak-anak mereka siap pakai bedak sekali. Yang tu aku tabik 1000 kali.
wahai ibu bapa, bakal ibu bakal bapa
satu hari, aku pernah disoal oleh si ibu,
“dah 2 thn saya hantar anak saya di sini. Kenapa anak saya tak jga pandai-pandai?”
aku jawab
“puan, anak puan tak mahu bercakap”
sebenarnya aku nak je cakap banyak. nanti tak pergi keje pulak puan tu.
Memang pihak tuan bayar kami pengasuh. Mereka, anak-anak adalah amanah tuan. Tapi adakah disebabkan Allah bagi free anak-anak tuan, tuan lupa anak tu amanah tuan. Tuan lupakah diluar sana, tak semua merasai nikmat menjadi ibu. Apakan lagi menjadi isteri. Ada yang masih membujang tak jumpa jodoh mereka yang masih sesat. Oh kesian.. berdasarkan pengalaman aku tadi, si anak memang tak mahu bercakap ketika belajar. Bukan tak pandai tapi tak mahu. Sebagai ibu bapa, adakah pihak tuan tanya khabar mereka selepas mereka balik nursery/sekolah? Ibu bapa adalah mata telinga anak-anak. Hebat mana seorang guru, guru pertama anak-anak adalah ibu bapa mereka. Ibu bapa lebih memahami rentak anak-anak. Di nursery/sekolah, kami ada 20 orang dan lebih budak-budak untuk diberi perhatian.
(1) pernah tak tuan tanya mereka belajar/aktiviti dibuat di nursery/sekolah?
(2) pernah tak tuan tanya mereka mereka makan apa, sedap tak?kenyang tak? (nursery bukan kilang makanan)
(3) pernah tak tuan tanya kerja sekolah mereka?
(4) pernah tak tuan tanya nama kawan-kawan/teacher mereka?
(5) pernah tak tuan perhatikan badan mereka/beg sekolah mereka?
soalan ini wajib tanya setiap hari. Aku rasa, sebab parents tak tanya soalan2 ini, sebab tu anak-anak tak berkembang. Maaf sebab aku cakap tak berkembang. Sebab anak-anak tak faham mengapa mereka dihantar ke nursery/sekolah. Mereka menganggap, itu adalah sekadar rutin harian yang mereka perlu lalui setiap hari. Aku jelaskan satu-satu berdasarkan pengalaman, dan pemerhatian aku.
(1) pernah tak tuan tanya mereka belajar/aktiviti dibuat di nursery/sekolah?
10% sahaja, budak yang aku ajar boleh jawab soalan aku ” semalam kita belajar apa?”
selebihnya masih di alam mimpi.
Cuba bayangkan, anak di hantar ke nursery/sekolah. Hari ini mereka belajar tentang cara ambil wudhu.
Masa balik, parents jemput, parents tanya pula, anak belajar ape hari ini. Parents yang prihatin, akan tanya lebih lanjut seperti, belajar amik wudhu tu macamane? niat wudhu mcmane? kenapa perlu amik wudhu? bila perlu amik wudhu? – di sinilah anak-anak akan belajar untuk memahami. Mereka ke nursery/sekolah untuk belajar. Mereka perlu fokus (walaupun mereka tak tahu apa makna fokus), mereka tahu: “hari ini aku kena ingat belajar apa. kalau tak nanti mak tanya”
Esok Parents hantar lagi ke nursery/sekolah. Dan cikgu tanya pagi, hari semalam belajar apa.
ok nampak tak? Aku bukan mak orang. Tapi macam aku cakap, aku cerita sebagai position aku sebagai pengajar. Cuba bayangkan pulak kalau parents tak tanya soalan tu. Lepas amek je anak-anak, bagi anak-anak makan, anak-anak tido. esok….. (agak-agak ape berlaku?)
(2) pernah tak tuan tanya mereka mereka makan apa, sedap tak?kenyang tak? (nursery bukan kilang makanan)
Kenapa aku cakap nursery/sekolah bukan kilang. Kite tolak cite nursery bagi nasi berkuahkan air masak. Bagi 2 ekor ikan bilis bagai. Asyik-asyik nak salahkan nursery. Parents sendiri tahu, anak-anak tak semua makan mi. Tak semua makan sambal dan sebagainya. Pihak nursery/sekolah hanya menyediakan 1 menu untuk semua. Melainkan yang allergic sahaja dikecualikan. 1 menu je. ok. bukan nak masak 10 menu untuk anak-anak semua.
Aku bagi contoh kisah anak buah aku sendiri – 4 tahun. Anak kakak aku. Masa kakak aku amik ank nya dari nursery.
“along dah makan belumm”
“belum.”
“kenapa tak makan. ade makanan tak kat sekolah?”
“ada. tapi tak sedap”
“Makan ape kat sekolah?”
“along tak suka mi. along tak makan lah”
ok di sini aku belajar sesuatu. Nak tanya budak-budak kene detail. Kalau aku, tak terfikir pun nak tanya kenapa tak makan. Mesti aku cuma tanya dah makan ke belum, tu je. Point nye, budak-budak kadang-kadang ade yang suka makan nasi. Ade yang suka makan mi. Ada yang tak nak pedas. selera budak-budak. Ingat orang dewasa je ke ade tekak?? Sebagai parents, mbil tahu perut anak-anak. lapar ke kenyang. Ade je parents marah bila anak-anak cakap lapar. Lepastu parents hentam anak-anak, tadi kan dah makan kat sekolah. Anak-anak diam kerana mereka tak tahu nak menjawab. Jadilah perents yang teliti.
Macamane pulak kalau situasi lain. parents tak tanya langsung anak dah makan ke belum. Alamat anak kelaparan lah sampai malam. Aku pernah juga bekerja sebagai admin. Dimana anak boss suka sangat mintak makanan aku. Last2 aku tanya, dah makan belum. Anak boss cakap tak. Duit belanja hilang. Duit kawan pinjam. Duit beli mainan. Tak cukup untuk beli nasi. Dan macam-macam. Ade je parents anggap budak-budak faham. Rase nk je mintak gaji lebih, adoi waktu tu.. Anak sendiri tak terjaga sebab sibuk sangat dengan keje. Parents, bakal parents.. tolong tanya soalan ni pada anak-anak. Mereka belum cukup dewasa untuk memahami. Mereka dalam proses belajar.
(3) pernah tak tuan tanya kerja sekolah mereka?
Kerja sekolah adalah untuk mendisiplan anak-anak, untuk mengasah fikiran mereka terus belajar. Kadang-kadang, anak-anak tak tahu pun mereka ada kerja sekolah. Itulah tugas parents. bukan sekadar hantar anak-anak ke sekolah/nursery. Helaian kertas yang diberi oleh guru disimpan buat rojak dan belacan dalam beg.
Parents yang prihatin, bukan sekadar tanya, tapi buat. Check buku mereka satu persatu.Buka beg sekolah anak-anak. Parents yang rasa nak salahkan guru-guru, tanya diri sendiri dulu. Pernah tak check buku anak-anak. Adakah buku mereka disemak oleh guru2? Adakah buku mereka macam belacan sebab rajin menulis atau bersih sebab tak terusik? Dari situ parents boleh kenal sikap anak-anak sendiri. Bukan salahkan guru-guru yang mendenda anak-anak. Itu org kata, melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau dah jadi budak wechat, tu yang payah. Aku tak rase guru tak bagi kerja sekolah pada ank-anak. Tak puas hati, tengok buku kawan anak-anak. Bandingkan buku-buku mereka. Kalau semua kosong, haaa baru boleh tanya cikgu tu. Cikgu buat apa kat kelas.
Nursery/sekolah bukan kilang A B C, 1 2 3, Anak-anak tuan bukan sampel. Tujuan anak-anak dihantar ke sekolah bukan untuk jadikan 1 product yang berjenama dan disjilkan. ok.
Bagi aku, apa salahnya ibu bapa ajari anak-anak ABC….Z 1 2 3 ….10. Alif ba ta sampai ya semenjak kecil lagi. Tidak kah tuan rasa bangga kerana tuan telah mengajar asas ilmu kepada anak-anak tuan? yang mereka gunakan untuk mendapat ilmu yang lain. Ajari mereka al-fatihah yang bakal mereka baca dalam setiap solat mereka, sepanjang hidup mereka. Malah ketika tuan diiringi ke kubur, itulah surah pertama yang tuan ajarkan kepada mereka, yang mereka baca untuk tuan pula satu hari nanti. Insyallah, boleh tuan. Alhamdulillah, aku cakap boleh kerana aku kenal ABC dan alif ba ta pada usia 3 tahun. Mula membaca buku cerita dan al quran usia 4 tahun. Dan khatam pada usia 6 tahun. Alhamdulillah, aku dan adik-adik aku semua khatam alquran usia 6 tahun. Tuan, ajari mereka asas ilmu itu. Bukan guru mereka. Guru mereka hanya meneruskan perjuanganmu.
Kadang-kadang, parents tak sedar anak-anak bermasalah. pernah tengok cerita aamirkhan (taare zameen par)? Kisah anak murid nya yang dyslexia. tengok sendiri lah.
(4) pernah tak tuan tanya nama kawan-kawan/teacher mereka?
Macam tak penting. Tapi dari sini kita tahu siapa kawan mereka. Dengan siapa mereka berkawan. Dari sini, tuan boleh bercerita lebih seronok dengan anak-anak, kerana tuan kenal kawan-kawan mereka. Mereka juga rasa dihargai kerana, tuan boleh menyebut nama kawan-kawan mereka. Sebagaimana tuan rasa boss kenal nama tuan, itulah anak-anak rasa bila kawan rapat mereka, tuan sebut nama mereka. Kalau ada masalah, tuan juga tahu, dengan siapa tuan boleh bertanya jika anak tuan berubah sikap.
Aku bukan nak cakap ape, kadang-kadang, ade je budak aku ajar dah 4 bulan. Tak tahu nama kawan.
“teacher dia kacau saya”
“teacher dia cubit saya”
Bila aku tanya siapa dia tu. amek kau… tak tahu nama kawan sendiri. Parents, ajar anak-anak untuk tahu nama kawan. Dari sini mereka belajar communication skill yang mana sekarang ramai generasi sekarang a.k.a budak wechat panggil oi oi dalam masyarakat. Santun bahasa hilang ditelan zaman. Nenek moyang kita ajar untuk santun berbahasa. Panggilan encik, tuan, puan, kakak, abang semakin hilang. Liberalisme meracuni fikiran. Hipsturrrr la sangat.
Kenapa perlu tahu nama teacher/guru? Dulu aku pernah belajar masa duk sekolah agama. Hari-hari tazkirah. Ustaz pernah cakap, antara adab belajar, tahu nama guru. Latar belakang guru. Sebab tu ulama zaman dahulu hebat. Tahu nama guru antara cara menghormati guru. Itu orang panggil keberkatan. Percayalah, kalau tuan tak ajar anak-anak untuk tahu nama guru, nescaya jadilah nama guru tu, teacher pendek, teacher gemok, teacher cantik takpa lah kan. Nampak tak dimana hilangnya keberkatan seorang murid?
(5) pernah tak tuan perhatikan badan mereka/beg sekolah mereka?
Sebagai tenaga pengajarr, kami ada 2 mata untuk melihat 20 lebih orang pelajar. Kadang-kadang kami terlepas pandang. Mungkin ada anak-anak tuan tercalar kerana gaduh dengan kawan-kawan. (nampak tak??, kalau tuan ajar anak-anak kenal nama kawan, anak tuan boleh memberi maklumat jelas sekiranya berlaku perkara begini) tiada istilah kawan yang gemuk tumbuk. kawan yang sumbing cubit, kawan yang begitu dan begini. Kalau anak tuan pelaku, adakah tuan suka budak lain memanggil anak tuan si gemuk, si sumbing? jika berlaku begini, boleh berbincang dengan elok bukan.
Perhatikan (check) beg mereka. Kalau tadi, buku mereka. Tuan, kalau tuan hantar anak-anak sampai petang, tuan bekalkan baju bukan? adakah tuan sentiasa bekalkan baju yang sopan pada anak-anak tuan? terutama anak perempuan? Aku sendiri rasa malu melihat anak-anak memakai baju skirt paras lutut. Ber seluar dalam tapi tak seluar panjang. (ada je yang parents tak bekalkan seluar dalam) – lupa agaknya. sebabtu aku cakap check lah.. yang ni memang berhuhu aku. Aku malu tengok. Ajari anak-anak pakai pakaian longgar dari kecil. Biar lah anak tuan nampak macam langsir tuan, daripada anak tuan macam sarung nangka. Nampak lekuk badan.
Check alat tulis mereka. Kadang-kadang mereka terambil pensel kawan. Ajari mereka pulangkan hak kawan. Kita tak tahu, mungkin anak kita pembuli atau mangsa buli.
Itulah serba sedikit yang aku perhatikan…. yang aku fikir. Aku tahu, aku bukan seorang ibu, seorang isteri. Mungkin aku tak tahu dan tak rasai lagi bagaimana menjadi seorang isteri dan juga seorang ibu. Tapi aku menulis sebagai position aku as a teacher. Tenaga pengajar. Maaf kalau tersilap bagi pandangan, tapi ini pandangan aku je.
Lastly,, aku cuma nak cakap nursery/sekolah bukan kilang papan, bukan kilang kayu. Tuan nak hantar anak-anak tuan dan harapkan nursery/sekolah “proses” anak tuan menjadi “product” dan keluarkan “sijil tamat belajar”. Kalau gagal, Nursery/sekolah dipersalahkan.
Kami pendidik meneruskan perjuangan untuk menjadikan anak-anak tuan generasi yang bijak pandai. insyallah
– teacher N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit