Assalamualaikum… Terima kasih kalau siarkan confession ni. Mukadimah tentang diri saya, nama saya Pokemon (tak suka pun pokemon. Tapi saja nak letak nama tu. Hahaha), umur 20-an dan dah bekerja.
Saya nak cerita sikit pasal nyanyuk. Sebab saya rasa nyanyuk adalah satu penyakit yang masyarakat kita anggap biasa. Tapi bila dikaji semula, sebenarnya tak semua orang tua mengalami masalah nyanyuk.
Nenek saya telah dilabel sebagai orang tua nyanyuk semenjak 2-3 tahun lepas. Nyanyuk sikit-sikit, atau nyanyuk ikut mood. Dia ingat muka orang yang selalu dia nampak. Kalau orang tu dah lama dia tak tengok, dia tak ingat la orang tu. Tapi orang tu ahli keluarga. Mungkin sepupu arwah suami dia, anak sepupu dia dan sebagainya…
Kisah nyanyuk nenek bermula apabila sekali tu nenek tak tidur sepanjang hari, sampai ke malam dia berjaga. Kita dah tutup lampu, tapi dia masih aktif susun pakaiannya. Dan dia kejutkan kita yang tengah tidur, suruh bangun pergi sekolah atau kerja atau sembahyang subuh sebab nenek ingat dah pagi. Selagi kita tak bangun, selagi tu la nenek akan kejut kita bangun. Memang zombie la besoknya..
Dulu saya tak perasan sangat, tapi sekarang bila flashback balik, sebenarnya mungkin itu tanda-tanda awal nenek mengalami tekanan perasaan. Kalau bawak pergi jumpa doktor sakit jiwa, mungkin nenek akan dapat diagnosis ‘Bipolar Disorder Type 2’ ataupun ‘Manic Disorder’. Tapi kita, masyarakat melayu dengan stigma dan atas faktor usia nenek yang hampir mencecah 90-an, mudahnya diagnose sendiri nenek sebagai nyanyuk.
Situasi kedua, apabila nenek terlupa terus mana letaknya kunci rumah, duit dan barang kemasnya. Dituduhnya kita yang ambil barang-barangnya. Kalau datang angin dia, dia panggil kita pencuri. Tapi lepas dah korek-korek barang dia, ada terselit kat tempat sandar dia. Rupanya dia sendiri terlupa.
Kalau jumpa doktor, doktor mungkin akan diagnose nenek sebagai ‘dementia’. Tapi sekali lagi, kita…mudahnya mencari jalan keluar, label nenek dengan nyanyuk.
Fast forward beberapa tahun, keadaan nenek menjadi lebih tak tentu arah. Keadaan fizikalnya dah tak kuat, mudah jatuh dan cedera. Sebab risaukan keadaannya, anak-anak tak bagi nenek keluar rumah. Disebabkan tekanan tak boleh keluar rumah, nenek akan buat ‘kacau’. Malam nenek berjaga sampai 3-4 pagi. Tak tau nenek buat apa. Sekejap dia bukak beg A, dipunggahnya semua barang-barang, kemudian susun balik. Kadang-kadang, tak sempat habis susun barang beg A dipunggahnya barang dari beg B pulak. Habis bersepah bilik tu. Bila dah bersepah, nenek akan stress. Kadang-kadang dia akan sumbat ja semua barang-barang tu dalam beg. Lepas tu, berjaga sepanjang pagi tu sampai pukul 7, sebab dia nak keluar. Kalau tak dapat keluar, nenek akan menjerit minta tolong dari jiran-jiran. Dituduhnya kita menyeksa dia, pukul dia. Asalkan dia dapat keluar rumah.
Makan minum ikut mood. Mood okay, dia makan. Mood tak okay, siaplah… dia akan cari gaduh pukul 12 tengah malam. Menangis menagih simpati. Dulu, saya tak faham kenapa nenek berperangai macam ni. Nenek tak sedar yang nenek banyak menyukarkan hifup kami. Sebab nenek, tidur kami entah ke mana. Malam-malam risau, takut-takut nenek buat hal, buka pintu menjerit panggil jiran.
Tapi bila fikir balik, nenek mungkin tengah mengalami tekanan perasaan yang teramat. Kebebasan dia disekat. Dia tak dapat buat aktiviti dia yang sebelumnya, tak boleh lagi ke pasar, tak boleh keluar berjumpa kawan2 lama, naik turun bas, sembang dengan pekedai tempat dia beli barang…
…tapi ada sebab nenek dikurung dalam rumah. Sebab nenek pernah tunggu sorang-sorang kat stesen bas, tunggu seseorang yang dikenali untuk menghantarnya pulang. Nenek tak tau di mana dia waktu tu. Dan nenek keseorangan.
Banyak lagi kisah nenek, kalau diceritakan semuanya, memang tak cukup satu confession. Tapi… apa saya nak highlight kat sini ialah… nyanyuk dalam erti mudahnya ialah dementia. Tapi masyarakat kita klasifikasikan semua benda sebagai nyanyuk. Asalkan ada orang tua di rumah buat “perangai”, berubah sikap tak macam dulu, akan dilabelkan sebagai nyanyuk. Sedangkan orang putih tak de pula tinggalkan saja orang tua mereka macam tu. Dibawa mereka berjumpa doktor, makan ubat.
Sebenarnya, saya terkilan. Mungkin apa yang nenek perlukan adalah ubat, untuk “shut down” brain activity dia yang ligat memikirkan cara untuk dia memperoleh kebebasannya. Siang malam nenek tak berehat, bukan sebab nenek tak.nak berehat, tapi otaknya tak benarkan nenek berehat. Akibatnya, nenek buat macam-macam hal di rumah.
Saya tahu tak ada jalan penyelesaian kepada confession saya ni. Just sekadar nak meluahkan perasaan sahaja. Thanks sebab sudi baca sampai habis.
– Pokemon
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit