Kenapa ya lelaki obses sangat dengan handphone?
Waktu 24 jam tu banyak habiskan dengan HP.
Yela, memang la kerjanya pon banyak guna HP tapi bila aku tengok, banyak spend kat video, TikTok, FB, Whatsapp group dengan kawan². Walhal aku what’sapp dia bagi blue tick je.
Aku minta monitor anak study, dia tidur. Minta pergi pasar cakap tak reti beli lauk.
Aku tau tu sekadar alasan. Sebab aku bodoh, hambakan diri untuk orang yang tak reti nak appreciate aku.
Awal2 kahwin aku buat sebab aku rasa perkahwinan tu adalah toleransi antara 2 individu. Tapi apa yang aku tengok banyak yang aku kena handle.
Mentang2 aku tak bekerja. Dia bagi duit and aku manage everything.
Bayangkan aku pregnant pon kena kena panjat tangga tukar bulb lampu terbakar. Tunggu laki yang tukar bergelap la rumah.
Paip yang rosak aku la pegi naik motor ke hardware cari alat ganti tukar. Suruh dia, jawab nya nanti, nanti.. bodoh kan aku?
Banyak kali aku tanya, apa best sangat HP berbanding manusia betul depan mata, dia cakap takde apa.
Aku dah cakap aku tak suka, aku sampai dah tawar hati. Sebab bersembang pon tak dilayan, anak² bertanya pon taknak menyahut.
Entah la. Tak tahu la kemana hala tuju perkahwinan ni. Kalau stay pon maybe sebab anak2 sebab untuk diri aku.. aku dah takde alasan.
Bila aku suarakan, dia cakap aku tak bersyukur dengan apa yang diberi.
Masalahnya aku bukan tak bersyukur, aku meluahkan dan ajak berbincang tapi… Dia salah faham. End up tak bercakap untuk beberapa ketika.
Aku penat. Penat hidup dalam tekanan, takde teman untuk meluah.
– Boolat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ajar balik laki kau tu.. lepas ni biarkan je lah. Rumah bergelap pun bergelap la.. Korang pakai lilin je. Tangki bocor.. biarkan je.. Tutup terus pili. Nak guna air p takung dalam baldi sendiri.
Laki aku pun sampai dalam jamban pegang telefon. Aku sampai sumpah biar telefon dia jahanam. Depan2 dia aku ckp mcm tu. Kalau mengadap telefon tu.. duit masuk/kerja dalam rumah ni settle tak pe jgk.