Semua orang sukakan kecantikan. Yang mana dah dilahirkan cantik dan kulit mulus nak bertambah cantik manakala yang sudah kacak nak bertambah kacak. Tak salah sebenarnya tapi apa yang nak aku ceritakan ini adalah tentang kisah roomate aku yang terlampau obses dengan produk kecantikan sampai memudaratkan diri.
Biarkan aku bahasakan roomate aku ni sebagai miss A. Aku akui miss A ni seorang yang sangat cantik sebab dia ni mix malay+siam. Rupa pun ala-ala artis Siti Saleha. Pada peringkat awal aku tinggal sebilik dengan dia memang kami tak ada sebarang masalah. Cuma dia ni seorang pendiam sikit manakala aku ni jenis mulut becok.
Aku tengok dia ni obses sikit dengan produk kecantikan. Tak sampai sebulan mesti dia bertukar produk kecantikan yang lain. Dia tak pernah kekal guna satu jenama yang sama. Pantang saja terbaca atau tertengok produk kecantikan yang baru di majalah atau tv pasti akan dibeli.
Wang bukan menjadi isu buat miss A sebab dia bekerja sebagai pegawai bank. Sehinggalah miss A terpengaruh untuk beli satu set produk kecantikan dari negara seberang secara online. Selepas pakai saja produk tersebut aku dapati kulit wajah miss A mengelupas teruk dan wajahnya yang sebelum ni bebas dari jerawat dan jeragat mula ditumbuhi jerawat besar berisi nanah hampir di keseluruhan wajahnya. Aku yang tengok pun kesian dan aku nasihatkan dia untuk berhenti menggunakan produk tersebut dan dapatkan rawatan doktor kulit.
Masa tu aku lihat miss A mula menyesal. Dia pergi berjumpa dengan doktor dan diberitahu bahawa kulitnya alergik dengan bahan yang terdapat dalam produk kecantikan tersebut. Yang membuatkan aku geram dengan miss A ni,belum habis guna ubat yang doktor beri,dia dah beli produk kecantikan yang lain pula untuk hilangkan jerawat di mukanya. Aku tegur sikap miss A dan suruh dia teruskan rawatan dengan doktor kulit tersebut tetapi dia marah aku kembali. Langsung dari situ dia tidak mahu bertegur sapa dengan aku lagi.
Aku pun mengambil langkah berdiam diri dan melihat sahaja perlakuannya.Aku lihat setiap minggu ada sahaja krim kulit yang berlainan jenama yang dibeli dan diguna oleh miss A namun wajahnya tetap tiada perubahan. Sehinggalah satu hari aku lihat miss A mula berkelubung kepala dengan tuala kecil yang melindungi sebahagian wajahnya. Sehinggakan housemate yang lain jadi pelik dengan miss A yang dichop sebagai alim secara tiba-tiba sedangkan hakikatnya miss A dan aku saja yang tahu mengapa dia berbuat demikian.
Dia berkelubung boleh dikatakan 24 jam termasuklah ketika tidur. Aku pun jadi pelik. Krim produk kecantikan kini bercampur pula dengan krim-krim kulit dari farmasi. Takut pula aku dengan miss A ni. Sehingga satu malam ketika dia tidur (Miss A ni jenis tidur awal manakala lampu bilik selalunya dia biar terpasang) tuala kecil yang melindungi mukanya tu terselak dan tahulah aku jawapannya kenapa 24 jam asyik berkelubung ja dan asyik mengelak jer dari berdepan dengan aku. Aku tengok di pipi dia macam ada sejenis penyakit kulit yang ala-ala kulat hijau..memang dah tahap kronik dah..
Esoknya aku cuba lagi slow talk dengan dia tentang rawatan dengan doktor kulit tapi dia punya marah macam aku ni buat salah besar. Salahkah aku mengambil berat tentang diri dia sebab aku fikir kami berkawan dan duduk sebilik. Sampai saat aku menulis ni sepatah haram dia tak bertegur sapa dengan aku. Tak apalah miss A, aku redha. Aku doa semoga ko cepat sembuh.
Kepada wanita-wanita di luar sana jangan terlampau obses dengan produk kecantikan. Jadikan ini sebagai pengajaran, seandainya anda ada masalah kulit seperti miss A dapatkan rawatan dari pakar kulit yang bertauliah dan teruskan rawatan sehingga sembuh. Tak pasal-pasal disebabkan kes ni juga aku terputus silaturahim dengan kawan merangkap roomate aku.
– Sofi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit