Obses Nak Cantik

Assalamualaikum dan salam ramadhan untuk semua pembaca IIUM Confession. Terima kasih jika admin siarkan luahan hati aku yang ini, dengan harapan semoga bermanfaat kepada semua pembaca terutamanya golongan wanita.

Aku ni bukan nak cantik macam Nelofa ke apa, cuma mahu sembuh dalam masalah “Resdung” sahaja. Resdung aku mungkin tahap teruk. Tak boleh makan budu, kacang , belacan dan seafood dan ayam juga. Kalau aku makan tu, cari nahaslah jawabnya. Aku memang cemburu dengan adik beradik aku, cemburu sayang katakan. Hahaha. Cemburu tengok skin dorang. Licin! Xda jerawat langsung. Parut jerawat lagilah tak ada. Guna sabun mandi untuk muka pun tak ada masalah. Jeleskan? Huhuhu

Bermulalah episod aku nak kulit aku cantik. Jerawat aku lagi meragam bilik dalam persekitaran berhabuk. Bukan setakat gatal muka, hidung gatal, dalam tekak pun gatal. Aku cuma mahu sembuh dari resdung saja. Allah, tolong aku. Aku dah guna macam-macam skincare dah, yang orang cakap elok untuk kulit sensitif macam aku. Semuanya tak jalan. Allah belum izinkan aku lagi untuk sembuh. Aku tak berhenti berdoa setiap hari untuk kesembuhan ni.

Aku ikhtiar lagi dengan makan ubat resdung islamik. Sebab kalau tak silap founder produk ni memang warak. Jadi aku menaruh harapan kat situ. Silap aku! Menaruh harapan kat produk buat apa, menaruh harapan dengan Allah la kan. Itu saja ikhriar aku untuk sembuh. aku makan ubat resdung tu, habis berbotol juga. Mahal tu tak payah nak cakap. Sanggup simpan duit nak beli. At last tak jadi apa juga. Aku stop makan, stop beli.

Aku cuba pula produk aiken. Alhamdulillah, ok lah juga dengan skin aku. Keradangan dah kurang. Save bajet pasal produk aiken murah saja. Dalam beberapa bu;an guna aiken, jerawat nanah tak keluar sangat, tapi kulit aku memang jadi kering sangat-sangat. Padahal dah pakai pelembab aiken. Aku stop sekejap. Guna cleanser saja.

Lepas tu, ramai kawan aku cakap mungkin aku ni tak cukup vitamin dalam badan. Sayur pun macam musuh ketat. Aku fikir, betul jugak. Jadi aku pun ambil lah satu supplement ni. Supplement ni memang cukup terkenal di Malaysia walaupun bukan produk Malaysia. Aku consume supplement n, dah nak hampir dua bulan jugaklah.

Aku tak salahkan produk ni ya. Mungkin tak sesuai untuk aku. Bila aku start makan Set Resdung produk ni, muka aku mula jadi teruk. Kulit muka aku jadi lebih teruk dari sebelum ni. Nak nangis tengok. Seram tengok. Anak-anak kat taska pun tegur muka aku. Malu.. sedih, Aku compare kulit muka aku yang sekarang ni dengan Asmida Wahab ( Gadis yang viral pasal muka dia breakout teruk dulu), bila aku compare. Hasilnya, kulit muka aku lagi teruk dari dia. Boleh bayangkan tak? Setiap hari aku ambil gambar muka aku, nak jadikan diari.

Aku mengadu dekat seller yang aku beli produk ni, dia cakap itu healing crisis. Aku pun akur lah. Aku makan supplement tu aje. Tak pakai skincare dah nak masuk 5 bulan kot. Semakin hari, kulit muka aku semakin teruk. Parents aku pun terkejut tengok. Muka aku rasa senak kt dalam. Rasa gatal-gatal. Jerawat nanah yang besar-besar. Lepas tu macam naik ruam-ruam. Sedih sangat. Aku cuma bergantung pada Allah saja untuk tolong aku. Aku takut orang geli tengok muka aku. Siang malam aku minta dengan Allah. Aku susah nak putus asa. Jadi aku terus berdoa disamping cari ikhtiar.

Lepas tu, aku belilah cleanser Cetaphil nak bagi hilang ruam-ruam merah kat muka ni. Kawan aku tegur, muka aku napak bengkak. Aku tak marah kawan aku. Tapi aku risau dengan diri aku. Nak pergi jumpa Dr kulit tak mampu. Jadi aku berhasrat nak berbekam saja. Mungkin darah aku terlampau kotor.

Sekarang ni, aku masih ambil supplement tu sebab seller tu suruh konsisten makan. Dan sekarang ini juga kulit muka aku dah jadi macam apa. Raya pun dah nak dekatkan? Kau rasa? huhuhu. Sat saja, sabar. Yakin dengan Allah. Ada hikmah.

Buat mereka yang ada masalah macam aku ni. Aku harap korang jangan putus asa untuk terus ikhtiar, untuk kesembuhan. Positif dengan Allah. Maaf ya andai cerita aku ni peningkan korang yang membaca. Semoga yang membaca cerita aku ini, doakan kulit aku sembuh ya. Supaya dah tak rasa senak, gatal-gatal, muka bengkak dan jerawat nanah yang besar naik kat muka ni hilang. Tolong doakan ya. Aku bukan orang kaya nak pergi buat facial treatment. Sama-sama doakan aku di bulan yang mulia ni ya. Semoga Allah terima.

Terima kasih admin sebab bagi peluang untuk aku luah kat sini.

– LinLin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit