Obses Nak Cantik

Assalamualaikum dan salam ramadhan untuk semua pembaca IIUM Confession. Terima kasih yang teramat jika admin siarkan sambungan “Obses Nak Cantik” ini. Terima kasih juga untuk semua yang komen pada post aku yang terdahulu. Mata aku berhabuk waktu baca komen-komen korang. Bukan apa, terharu dengan sikap keperihatinan semua. Terima kasih banyak ya. Aku baca satu per satu dan aku follow mana yang patut.

Terlebih dahulu aku nak menjawab beberapa persoalan komen dalam post aku yang lepas. Kenapa aku konsisten makan supplement Shakl**? Jawapannya, aku yakin sebab produk ni 100% daripada alam semulajadi katanya. Dan aku ada buka beberapa blog. Jenuh baca pasal supplement ni sebelum beli. Setakat itu sahaja research aku mengenai supplement ni. Cetak betul ilmu aku pasal ni. Lepas tu, seller ni cakap ” Healing Crisis” sebab skincare yang aku pakai sebelum ni. Sebab aku pakai skincare Aiken ke? Aku pun tak pasti. Seller ni menyakinkan aku disaat keyakinan aku terhadap supplement ni semakin goyah. Katanya, akan membaik tidak lama lagi. Aku consume supplement ni sejak tengah bulan 4 lagi, kalau aku tak silap. Sejujurnya, aku akui kesilapan aku ini. Tersilap langkah.

Aku tak pantang makan ke? Jawapannya, aku pantang makan. Kekadang kalau terbabas, naiklah satu jerawat bernanah kalau makan kacang. Aku pernah makan nasi putih + salad + sos cili je. Sebab pantang makan ayam dan seafood. Aku tak boleh makan ikan. Tapi sekarang aku dah belajar makan ikan. ( Bukan tak nak makan ya, aku makan muntah balik. Sekarang aku dah lawan semua tu)

Cubalah ambil vitamin c. Jawapannya, aku beli set resdung. Dalam set ni ada Vit C , Alfaf* , ada B complex. Muka aku sampai bengkak, merah-merah. keradangan yang teruk. Jerawat macam batu naik tak terkira. Huhu. Sebab tu lah aku tak nak amik supplement lagi. Tekad dah! Serik dah!

Aku tak banyak minum air ke? Jawapannya, aku jenis orang yang tak boleh hidup tanpa air. Aku minum banyak air, lebih 3liter. Sekarang badan aku gemuk air kot, hehehe.

Aku tak bersenam ke, bagi toksin dalam badan keluar? Jawapannya, alhamdulillah, aku jenis yang bersenam. Paling banyak aku berzumbalah.

Aku jawab yang ini sahaja ye. Sebab aku nak sambung kisah ni. Maaf ya, terpanjang pula, Huhuhu. Terima kasih sudi baca.

Selepas aku baca semua komen tu. Aku ambil yang jernih, buang yang keruh. Pada 17 Ramadhan, aku berbekam sebanyak 9 cup. Lepas tu aku pergi Klinik. Nurse Chinese tu bukan main terkejut tengok muka aku. Dia belek-belek muka aku ni. Aduhai. Lepas tu baru aku pergi jumpa Dr. ( Time ni aku dah stop consume supplement tu ya) Jadi bengkak muka aku dah surut sikit, muka saja merah dan jerawat nanah berketul2 satu muka. Aku cerita dari A-Z kat doktor tu. Doktor tu suruh aku hantar supplement ni dekat satu tempat ni ( lupa nama apa). Dia cakap pihak sana akan buat ujian ke atas supplement ni dan akan senaraikan siapa yang boleh dan tak boleh makan supplement ni. Dr ni cakap, kat klinik ni tak ada krim sapu atau nak bekalkan cleanser berubat ke apa. Tapi dia bagi ubat untuk kurangkan keradangan muka aku ni. Dia suruh aku beli ubat pimples di farmasi. Dia cakap, nanti pihak klinik call aku balik untuk ambil surat jumpa pakar ENT kot rasanya di Hospital Slim River.

Aku dah beli ubat pimples di Farmasi. Nama ubat ni ” Axcel Clindamycin 1% “. Harga boleh tahan jugalah. Dalam nak dekat seminggu aku pakai, muka masih sama lagi. Kena sabar sikitlah. Huhuhu. Muka masih sama, satu muka penuh jerawat nanah, hitam-hitam, merah-merah jerawatnya.

Boleh bayangkan tak perasaan aku? Tengok gambar muka aku sebelum ni. Nak nangis. Sapa nak tengok muka aku. Komen saja. Nanti aku tunjuk muka aku dulu. Bukan nak riak ya. Aku ambil gambar muka aku setiap hari sejak hari pertama aku makan supplement ni sehingga ke hari ini. Sebak didada. Aku simpan duit part time job nak pergi jumpa pakar kulit. Jangan cakap aku tak berdoa ya, aku sentiasa doa waktu ambil wudhuk, dalam sujud, tapi Allah belum mengizinkan lagi. Kena sabar bila diuji macam ni.

Balik kg nanti aku nak buat masker kunyit + lemon + beras. Harap menjadilah. Doakan ya. Aku bukan nak takutkan semua pembaca confession aku ni. Tapi aku harap memberi pengajaran pada mereka kat luar sana. Setiap produk ada risikonya. Aku tak salahkan produk ni ya. Aku ulang, aku tak salahkan produk Shakle* ni. Cuma aku saja tersilap langkah.

Aku dah hilang separuh keyakinan aku. Keyakinan turun naik. Bila yakin ada Hikmah disebalik semua ni, keyakinan aku datang balik. Aku rindukan muka aku yang dulu. Rindu sangat. Serius aku rindu. Malu nak balik kg nanti. Muka adik beradik licin semua. Hmmm. Rasa tak nak pergi mana-mana raya nanti. Aku janji, andai panjang umur. Muka aku sembuh macam dulu balik. Aku nak tunjuk muka aku yang sekarang ni. Huhuhu. ( Sampai tahap tu ya)

Setakat ini sahajalah. Terima kasih ya semua yang bagi pendapat. Aku hargai sangat-sangat. Salam sayang dari aku. Selamat Menyambut Aidilfitri Untuk Admin IIUM Confession dan Semua Pembaca IIUM Confession.

P/S: Maaf ya, panjang sikit.

– LinLin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit