Apa yang aku bakal tulis ni adalah based on pengalaman hidup sendiri.
AMARAN: POST NI MEMANG PANJANG. KALAU RAJIN, BACA.
Dilahirkan dengan kulit tak berapa nak cerah, aku selalu teruji dengan omokan dari kawan kawan semenjak dari sekolah rendah/menengah. Orang panggil Cococrunch lah, Mendung la apa la. Hampa yang kaki ejek tu, ingat lagi la kot kan? How’s life? Dapat bini/laki putih dak? Hihi (Geram sampai sekarang weh sebenarnya. Berdendam pun ada. Astaghfirullah.) Ha, kau nampak tak effect ejekkan ni. Salah satu ni yang ni lah. Kau mengata kau memang tak ingat. Yang dimengata mungkin memaafkan, tapi sampai kesudah dia tak lupa.
Sesetengah orang akan cakap, biasa la tuu. Orang usik. Kan? Tapi kalau usikkan tu dah menjadi keterlaluan, hari hari kena ejek, memang boleh menimbulkan tekanan. Aku pernah weh doa dalam solat waktu tingkatan 1 ke 2 ntah mintak Allah cerahkan sikit kulit aku ni sebab malu weh. Orang sana sini mengejek kulit aku ni gelap.
Bila orang mengejek macam macam sampai tahap memalukan, keyakinan diri tu terus down. Aku rasa aku tak cantik, tak comel, hitam melegam. Sudahlah memang tak brapa nak cerah, aktif pulak persatuan sana sini. Kulit aku sampai macam tak da warna tau. Hahah.
Pernah dulu waktu sekolah menengah, kena sisih dengan senior sebab kulit gelap. Ceritanya aku ni peramah. Konon baik la nak tegur senior asrama dekat kantin sekolah. Kau tau senior tu cakap apa kat aku masa kat kantin? “Malunya kalau orang tengok aku cakap dengan hang ni” Sambil buat muka tersenyum sinis. Gila, rasa tertampar time tu. Nama senior tu sampai sekarang aku ingat tau. And dia friend dengan facebook aku ni. Baca la post ni kak. Saya harap anak akak tak kulit gelap lah memandangkan akak pun tak putih mana. Hihi.
Oh, tambah waktu sekolah dulu kan kawan kawan ada la boyfriend boyfriend ni. Aku ni jangan kan boyfriend, peminat pun tak da. Sebab apa? Sebab aku gelap. Hahah. Tapi Alhamdulillah, dengan kulit gelap ni la kot Allah pelihara. Yelah, tak da orang nak, aku pun tak da la macam macam sangat zaman sekolah dulu. Yang ni aku bersyukur sungguh. Hikmah disebalik ujian. Huhu. Ish, banyak lagi la sebebarnya kenangan hitam kalau nak dikongsi, cuma tak larat den nak menaip.
Omokan pasal kulit gelap ni dah jadi benda yang terlampau common dalam masyarakat. Ramai, atau senang aku cakap, hampir kesemua orang especially orang melayu anggap orang kulit tak putih atau cerah ni tak cantik. Kesian aku dan orang senasib. Hidup dalam mentaliti ni dari dulu.
Benda ni bagi masyarakat macam benda biasa. Tapi bagi golongan kami yang kulit gelap, hari hari kena usik, kena mengata sampai rasa diri tak cantik tak comel ni, kau rasa? Serius. Sampai kadang kadang boleh bawak sampai rasa tersisih. Ada geng tak mau kawan dengan orang kulit gelap kononnya sebab tak cantik. Rosak la reputasi group. Kan?
Jadi apa golongan orang yang kulit gelap macam aku ni akan buat bila stress? Kami akan cuba macam macam cara untuk diterima oleh golongan golongan “cantik” ni. Salah satu caranya adalah consume supplement pemutih, guna krim pencerah semata mata nak diterima oleh orang sekeliling supaya orang macam kami tak da lagi dengar usikkan yang kononnya biasa bagi telinga masyarakat. The struggle is real guys. Benda ni sangat mengguris hati dan memberi tekanan kepada kami.
Mungkin orang akan cakap, apa la hampa ni. Hati tisu. Yelah, sebab hampa tak kena. Selalu yang nak stress ni orang perempuan lah. Sebab keyakinan diri dah hilang akibat mentaliti masyarakat tu sendiri. Yang lelaki tak pa. Lagi gelap, orang cakap macho mcm KJ tall dark handsome. Ye dok? Lagi kesian, cuba hampa tengok babies. Masyarakat kita ni kalau baby putih melepak, konfem dipuji comel. Cuba kalau tak brapa nak gebu. Orang sindir sindir, cakap tak comel. Tak payah nak nafi la. Ini realiti. Sampai ada tahap ibu mengandung sanggup makan/minum soya hari hari sebab nak anak kulit putih. Last last anak kena eczema/kulit sensitif. Tak ke sadis? Terlampau obses nak anak putih, sampai anak jadi mangsa.
Nasihat aku, hentikanlah diskriminasi dan tohmahan kepada golongan golongan orang yang kulit gelap macam aku ni. Kami ni manusia biasa. We deserve to be treated equally. Nak juga rasa dihargai, dan dipandang sama cantik sama seperti orang berkulit gebu gebas. Aku tak hadap pun orang puji melangit. Aku cuma mintak tolong hentikan mentaliti macam ni which is bakal memusnahkan diri golongan macam kami ni.
Aku untung, sebab tersedar awal. Tak obses dah dengan nak jadi putih. Sebab aku dah sedar takkan ada orang yang hargai diri kita melainkan kita sendiri. Bak kata slogan Loreal, “kerana dirimu begitu berharga”. Hahah. Tapi ada lagi yang masih obses nak putih sebab tekanan, stress. Terutamanya adik adik yang masih sekolah. Zaman sekolah la zaman paling tekanan aku rasa. Zaman aku sekolah dulu, tak da lagi supplement supplement macam ni. Tapi zaman sekarang, bersepah. Tunggu pilih je.
Hanya kerana usikkan, ejekkan, momokkan dari kawan sebaya, takkan kita sanggup tengok golongan ni sakit suatu hari nanti sebab obses nak jadi putih. Kepada parents please educate anak anak agar embrace setiap perbezaan termasuk beza warna kulit. Jangan ada lagi didikan yang mencorak kepada mentaliti yang aku sebutkan di atas. Berubahlah. Kepada masyarakat termasuk orang sekeliling, bergurau tu biar kena pada tempatnya. Jangan ringan sangat mulut tu “bergurau” sampai menyakitkan orang lain. Kau pikir gurau kau lawak sangat? Jangan suatu hari nanti Allah pulak uji kau dan kau tertanya sebab apa. Ingat, doa orang yang terinaya ni mudah termakbul. Mungkin ujian yang kita hadapi sekarang akibat dari mulut dan bicara kita yang tak terjaga. Who knows?
– Nur Farhan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit