Assalamualaikum, terima kasih buat yg sudi berhenti scroll dan membaca confess saya.
Saya seorang graduan dalam bidang kimia di sebuah universiti tempatan belah utara.Tumpang confession uia ye, hehe..apa yang saya nak bagi tahu, saya ada RULES pada diri saya sendiri terutamanya bab kesihatan. Tapi ditakdirkan utk berada dalam persekitaran masyarakat yang kurang menjaga bab ni.Sangat mencabar la utk menjaga diri sendiri. Saya memang menjaga bab makan, portion, jenis, waktu dan sebagainya. Saya tak gemarkan makanan segera, berminyak dan ada kandungan perasa yang tinggi. Tapi saya bukan la macam kim jong kook yang lagi ketat pantang larang dia. Makan je, tapi tak selalu, kadang2. Orang putih kata once in a blue moon, haha..memang selalu bersenam juga setiap petang.
Bab mekap pula, saya elakkan, saya bukan jenis bermekap. Hanya mengenakan lip balm collagen. Produk kesihatan pula jenis organik dan sedikit mahal, selalu rawat diri guna natural sources mcm buah dan sayur juga. Over kan saya. Ya, itulah pandangan orang sekeliling terhadap saya.
Jujur, saya tak buat semua tu untuk kecantikan ke apa. Tapi untuk kesihatan diri sendiri, dalaman dan luaran. Nak elakkan long term effect terutamanya bila guna macam2 produk melibatkan chemical, makanan yang kita tak tahu apa kandungannya, khasiatnya. Berada di persekitaran macam ni, macam2 ayat dilemparkan, “overnya, tak perlu diet la, kau kan dah kurus”
“beli je la produk yang murah2, knape hbiskan duit untuk yang mahal”
“kau tak nak makan ke kau diet?” (bila kawan ajak makan kfc, mi segera terutamnya waktu larut malam)
“**** nak jaga badan, biar kurus langsing..tak macam kita ni”
Tu baru kata depan, belakang? Entahla. Malas juga nak fikir. Tak apa lah. Saya memang menjaga sebab saya sayangkan diri saya, badan yang Allah bagi. Kenapa wujudnya pelbagai jenis penyakit sekarang? Sebab manusia ni jenis tak pandai nak hargai apa yang Allah bagi, banyak sumber sihat di sekililing tapi nak juga ambil yang ciptaan manusia yang dicampur pelbagai bendasing.
Kita ni bila tengok orang kurus sahaja kita kata sihat, nak macam itu juga. Sedangkan kurus tak semestinya sihat, tapi sihat sememangnya kurus. Saya ada kawan yang kurus, tapi jenis tak jaga makan. Sebab? Tak perlu diet, dah kurus. Baru2 ni dibawa ke klinik sebab ada anggota badan tak boleh digerakkan, tahap kolestrol yang agak tinggi. See..? Moga dia sedar apa yang saya kata selama ni. Diet ni bukan tujuan untuk kurus dan cantik, tapi untuk sihat, yang tak boleh dibeli dgn harga sejuta sekalipun.
Bukan nak halang supaya jangan makan langsung, boleh..tapi berpada lah. Badan juga perlukan servis. Bukan untuk kecantikan tapi KESIHATAN. Memang agak susah nak fahamkan masyarakat kita dalam keadaan sekarang. Makanan sekarang bukan macam dahulu ye..kepada yang menjaga kesihatan lebih kurang macam saya, keep it up, pedulikan lah apa orang kata mengenai anda. Nasihat sahaja mereka, kalau tak nak dengar, hmm..take care yourself. Badan mereka akan ajar nanti.
Dan saya obses untuk sihat, bukan untuk cantik. Faham ye?
– chemist
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit