OCD

Assalammualaikum. Terima kasih admin kalau confession saya terpilih. Saya harap coretan saya ni boleh memberi kebaikan dan renungan buat semua. Insha Allah.

Baiklah, serba sedikit latar belakang aku. Aku, the only daughter dalam famili. Masih belajar di IPT. Abang aku dah bekerja. Adik aku baru habis sekolah. Parents aku kahwin muda. Habis grad terus kahwin. Ayah aku lebih serius orangnya. Ibu aku pula lebih gila – gila. Sporting gituu. Walau bagaimana pun, aku percaya, pasangan yang saling melengkapi itu mampu membahagiakan.

Untuk seketika, aku rasa keluarga aku bahagia. Yelah, apa nak semua dapat. Rumah pun besar walaupun penghuni lima orang. Tak ada istilah cukup makan pun. Keluar dengan kawan, nah duit poket! Aku bersyukur. Tapi bila usia makin dewasa, aku mula perasan yang rumah tangga parents aku sebenarnya dah goyah.

Sampailah dua tahun lepas, mak aku keluar dari rumah. Dia cakap kali ni betul betul mereka mahu berpisah. Bukan talak satu. Talak tiga. Aku betul – betul serabut. Aku tak pergi kelas. Aku menangis dalam bilik air. Aku rasa macam separuh jiwa aku hilang. Weekend aku balik, mak aku tak ada di rumah. Lain betul rumah tanpa ibu ni. Mungkin sebab pemergian ibu kali ini bukan atas alasan yang baik. Ayah banyak termenung. Rumah macam rumah hantu aku rasa. Kena pulak abang aku kerja dekat Selatan. Dan adik aku pula asrama. Ada masa aku dengar macam orang menangis. Mengaji al Quran sambil teresak esak. Pasti itu ayah.

Satu hari aku decide nak cari ibu aku. Aku pergi hotel yang dia tinggal sepanjang dia tinggalkan rumah. Aku tanya macam – macam. Aku pujuk dia balik. Dia tak nak. Dia cakap dia masih serabut. Ada masa aku tinggikan suara dekat dia. Aku dah bersikap kurang ajar. Dia menangis. Dia cakap aku masih budak. Tak tahu apa – apa. Aku terus balik. Aku langsung tak cakap dengan ayah aku yang aku berjaya jejak ibu. Aku tengok mata ayah bengkak. Tak sampai hati aku.

Esoknya abang aku call aku. Dia cakap, aku tak patut serang ibu macam tu. Dia support je ibu untuk bercerai. Mengucap bila aku dengar. Siapa nak keluarga yang berpecah belah. Aku cakap lah adik aku nak SPM. Perlu perhatian. Then abang aku cakap aku selfish. Aku just simpan impian keluarga sempurna je untuk kepentingan diri sendiri. Abang aku cakap ibu dah banyak menderita. Asyik dengar je pendapat ayah. Kalau berlawan pendapat, mesti kena sepak terajang.

Aku cuma mengiyakan. Dalam hati aku kecewa juga bila dengar solusi abang aku. Begitu anak sulung berfikir? Aku call adik aku. Dia tak tahu pun pasal parents aku macam ni. Dia just curious kenapa ibu aku visit dia sorang – sorang hari tu. Aku cakaplah ayah aku outstation. Aku stress betul. Aku banyak diam.

Two weeks after that, aku decide untuk mesej ayah aku. Biarlah aku yang start dulu. Nak tunggu abang aku untuk pertahankan keluarga, dia pun ada masa macam lalang jugak. Memang aku tak nafikan, aku selfish. Tapi aku just nak parents aku berbaik je. Plus, adik aku dah nak SPM. Abang aku tu tak pernah pun merasa konflik keluarga yang teruk sangat macam ni sepanjang dia bersekolah. Sampai dia masuk IPT pun parents aku visit dia. Kereta dia pun ayah aku belikan. Hal cinta dia dengan gadis bimbo pun parents aku jugak yang ambil kisah. Basically, dia lagi spoiled daripada aku dan adik bongsu aku. As anak sulung, dia tak pandai lead.

So aku mesej ayah aku. Aku pujuk dia untuk berbaik dengan ibu. Aku beri luahan sebagai anak. Aku harap dia dengar sebab aku anak perempuan. Biasalah, ayah kan senang lembut hati dengan anak perempuan. Tak sangka betul aku, ayah aku yang ego tu pun boleh minta maaf dengan aku kalau dia bukan ayah yang sempurna. Terduduk aku bila baca. Bukan senang untuk ayah runtuhkan ego dia.

Dipendekkan cerita, parents aku dah berbaik. Mula – mula tu perit juga lah. Mustahil lah bila kau dah saling pukul memukul akan terus berbaik. Pasti ada ungkit mengungkit jugak. Tapi for a month aku tengok sudah nampak cahaya kebahagiaan tu kembali. Aku terus berdoa agar semua usaha aku tak sia – sia.

Entah macam mana, hujan di tengahari. Untuk pengetahuan, ibu adalah cinta pertama buat ayah aku. Ayah aku ni asalnya budak baik. Tak pandai bercinta. Ibu aku pula, hmmm. Ramailah kekasih. Mungkin sebab tu karma nya aku masih single haha. Jadi macam biasa, aku tanya dia. Kenapa tiba – tiba angin ayah tak tentu. Dia sering mengherdik ibu. Marah tak tentu pasal. Moody kalah anak dara PMS.

Rupa – rupanya, ayah terima surat daripada bekas kekasih ibu aku. Lets call him Bakar. Bakar sudah beritahu yang sebenarnya ibu aku ada lelaki lain selain dia dan ayah aku sendiri. Dan sepanjang tinggal di hotel waktu ibu aku keluar dari rumah hari itu, Bakar dan ibu sudah banyak kali berzina.

Astaghfirullahalazim. Speechless aku. Aku macam nak tumbuk muka ibu aku kat situ jugak. Aku tanya, betul ke? Dia cakap itu fitnah. Demi Allah dia tak buat. Aku tanya macam mana tiba – tiba Bakar boleh fitnah macam tu. Then ibu confess, dia masih contact dengan Bakar. Dan waktu dia keluar rumah hari tu, dia ada berjumpa Bakar di restoran tetapi atas nama Allah dia tak melakukan maksiat.

Betul – betul aku nak tumbuk muka ibu aku. Allahuakbar. Untuk pengetahuan, agak mengaibkan, Bakar sebenarnya merupakan watak utama dalam siri pergaduhan parents aku. Sungguh aku tak deny yang ayah aku pun tak sempurna juga. Dia lebih mengutamakan keluarga dia berbanding kami. Tiap tahun raya balik kampung ayah aku. Ibu aku selalu berkorban demi ayah. Arwah mak ayah pun ibu aku yang jaga. Adik beradik ayah aku ni jangan haraplah. Jenis tak boleh pakai dan ambil kesempatan. Tapi perluke ibu aku nak cari Bakar balik? Apa Bakar ni jalan penyelesaian ke?

Sebenarnya, Bakar ni suami orang. Umur pun dah 50an. Hensem tak juga. Boroi je lebih. Tapi ibu aku cakap Bakar memahami. Bukan macam ayah. Yelah, ayah serius orangnya. Bakar tu macam easy going. Pernah waktu aku sekolah menengah, aku terserempak Bakar dalam lif. Muka orang tua gatal betul. Sekali imbas dah tahu dia ni sweet talker. Kuasa Allah nak tunjukkan yang sebenarnya ibu aku jumpa Bakar tapi dia tipu kitorang dia jumpa kawan lama untuk ambil order kuih. Waktu tu ayah aku suruh ibu aku spend time dengan anak – anak. Siap bagi duit lagi. Aku dengan siblings aku tengok wayang tapi rupanya dia bersua muka dengan Bakar. Maaf ibu, kau memang celaka.

Aku dah lama tahu pasal Bakar ni. Konon dah bercerai dengan isteri. Ajak ibu aku kahwin. Bina hidup baru. Yelah bekas kekasih kan. Nak juga la teruskan angan – angan tak kesampaian tu. Tapi rupanya dia tak bercerai pun lagi. Dasar pussy hunter! Ibu aku pun bodoh je layan sweet talking dia.

Aku nak cerita panjang lagi. Tapi takut admin marah pulak. Tentang OCD tu, satu penyakit jiwa. Kalau tak tahu boleh tanya Encik Google. Haha. Basically ayah aku cenderung untuk ada OCD. Why? Nantilah kalau confession ni dapat sambutan baru aku cerita. Haha. Aku tahu ini aib keluarga, tapi keluarga ayah aku ada keturunan gila. Well, penyakit mental ini keturunan juga. Aku tak cakap pun ayah aku gila just because he has OCD, but OCD is a kind of mental disease juga. Nasib aku tengok dia ni mild. Dia akan selalu ulang perkara banyak kali. Macam perasaan was – was. Sedih aku tengok dia ni. Mak dah takde, bapak dia hmmm, memang kaki baran. Keturunan gila la katakan. Tapi ayah aku manusia paling baik aku pernah jumpa. Tak pernah menipu, tak pernah bagi alasan. Serba boleh. Cuma datang dari broken family je lah. Aku assume dia stress. Tak ada kawan untuk spill. Sebab tu lah dia dengan ibu aku saling bergantung sebab honestly, ayah aku cuma ada ibu aku je untuk luahkan perasaan. Dan ibu aku khianati dia dengan meletakkan Bakar sebagai lelaki yang kononnya memahami ibu aku. Sungguh celaka bukan?

Kalau inilah yang aku cuma sempat coretkan, aku harap kaum wanita di sana yang bergelar ister, tolong lah jaga maruah suami. Suami ni sebenarnya nak rasa dia sebagai lelaki yang paling penting dalam hidup kamu. Letakkan lah dia di darjat yang mulia. Jangan khianati kepercayaan suami. Aku tengok perempuan sekarang ni dah kahwin pun sibuk upload selfie. Siap public account. Lagi buka peluang nak berlaku curang. No wonder statistik perceraian makin tinggi. Untuk kaum ibu, anak – anak masih memerlukan kamu. Jangan lah buat sesuatu yang mementingkan diri sendiri. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hati mendapat hatu ibu sendiri melakukan kecurangan. Ibu yang seharusnya menjadi role model. Aku percaya ibu aku tak buat maksiat. Tapi kalau betul dia berzina dengan Bakar, menjijikkan untuk aku fikir ibu aku sedemikian.

Untuk lelaki pula yang bergelar suami, silalah berlaku adil. Banyakkan komunikasi dan tolak ansur. Nak memimpin rumah tangga perlu ada ilmu. Sayangi isteri dengan cuba memahaminya. Begitu juga untuk para bapa sekalian. Jangan biar anak diselubungi dengan ketakutan. Ayah perlu dihormati. Bukan ditakuti. Untuk Bakar, kau seorang ayah. Kau tak rasa macam kau budak kecil ke kacau rumah tangga orang, siap buar fitnah? Perangai macam budak wicet la kau ni. Umur dah 50an tapi boleh terfikir nak reka cerita macam – macam.

Banyak lagi yang aku nak ceritakan. Tapi tak apalah. Harapan aku agar perkara macam ni dapat dielakkan. Doakanlah keluarga aku dilindungi Allah.

– Cahaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit