Baru-baru ni trending cerita ‘Curang Tanpa Niat’. Cerita tu ada sedikit persamaan dengan kisah saya sendiri. Saya nak share kisah saya ni agar dapat jadi pengajaran dan iktibar kepada suami2 dan isteri2 orang ni.
Saya seorang auditor/accountant yang bekerja di sebuah firma audit. Selepas beberapa tahun berkerja saya decide untuk resign dan plan untuk start business on my own.
Kebetulan dalam masa yang sama suami pun dapat offer kerja baru di sebuah GLC. Saya sendiri yang tolong dia dalam proses interview tu.
Ditakdirkan pula, sebulan selepas resign dapat tau saya pregnant. Unplanned pregnancy sebenarnya. So plan untuk buat business sendiri tu tertangguh sampai la baby dah lahir.
Lepas tu memang saya sendiri yang jaga anak2 and rumah sepenuhnya. Kiranya fulltime housewife la. Semua saya buat sendiri dari memasak mengemas jaga anak2 ambil dan hantar anak sekolah. Buat pengetahuan semua, saya memang takde maid.
Suami saya bukan jenis yang rajin bantu isteri. Everyday memang saya penat menguruskan rumah and anak2. Tambah pula ada baby kecil ni. Tapi saya tak pernah mengeluh pun. Cuma kalau tak sempat masak saya akan minta suami tapau makanan bila dia balik nanti.
Suami pun tak pernah bagi duit nafkah or belanja rumah. Memang masa saya bekerja dulu saya pun tak pernah minta.
Tapi lepas resign and takde income pun dia tak pernah nak bagi duit belanja. Kalau dia pergi kedai sendiri memang dia belikan la. Tapi kalau saya yang beli barang dapur, saya pakai je balance gaji yang saya ada.
A few months before resign tu memang saya simpan je gaji saya. Itu yang bantu saya beli barang2 dapur and barang2 sekolah anak. Tapi itu pun saya tak pernah mengeluh sebab saya tak nak susahkan suami yang terpaksa tanggung commitment lain macam rumah and kereta.
In fact masa bersalin pun saya pakai duit simpanan saya sendiri. Takde pun pakai duit suami. Saya ok je. Ikhlas tak nak susahkan suami.
Sampai suatu masa, saya nampak dia asyik dengan fon. Tersenyum2 tengok fon bila balik dari kerja. Sikit pun takde nak tolong saya dengan kerja rumah or jaga baby and anak2 walaupun masa tu saya tak menang tangan nak handle semua. Terkejar2 suap anak tengok homework malam2 tapi dia boleh buat tak tau sibuk dengan fon.
Suatu hari saya senyap2 tgk fon suami and nampak chatting dia dengan officemate perempuan. Saya namakan perempuan tu MM. Siap bagitau MM tu work wife dia and MM pun admit dia la orang yang paling sesuai jadi work wife suami.
Masa tu saya kecewa betul. Saya berhempas pulas uruskan rumah makan pakai dia and anak2 tapi suami boleh pula berseronok dengan MM di ofis.
Saya dapat tau diorang ni everyday breakfast berdua kat luar ofis. Dengan saya dia belikan 1 nasi lemak bungkus je everyday and tinggal je atas meja. Tak pernah tanya saya sempat makan ke tidak. Lunch pun kadang2 diorang pergi berdua and of course suami yang belanja. Keluar naik kereta bersama.
Alasan suami, orang lain tak nak join makan/keluar. MM je yang nak ikut setiap kali suami ajak. Dua2 spesis tak tau malu. Mati agaknya kot makan sorang2.
Bayangkan saya kat rumah siap catu duit untuk beli barang dapur. Kadang2 satu team dia belanja makan nak tunjuk dia tu team lead yang terpaling baik agaknya. Belanja coffee mahal to the whole team bagai. Imagine berapa banyak duit yang suami spent sedangkan dengan isteri sendiri tak pernah bagi duit.
Bayangkan perasaan saya bila tau semua tu. Speechless. Lepas balik kerja sibuk berchatting pula dengan MM. Tak cukup masa kat ofis sambung pula kat rumah. Apa ntah masing2 dok bercerita nak tagih simpati bagai. Saya tak baca the whole chat between them sebab suami terus delete. Kalau takde apa2 buat apa kelam kabut nak delete.
Tapi apa yang lagi teruk saya dapat tau MM tu isteri orang! And tengah pregnant! Saya pun tak faham ada juga perempuan macam ni. Pada saya sesuai dipanggil betina. Kalau tak jaga maruah sendiri pun kena la jaga maruah suami.
Suami saya tu memang clearly gatal la kan. Saya tak nafikan. Isteri sendiri dia tak ambil kisah tapi sibuk dengan bini orang.
Saya sendiri yang bekerja sebagai auditor ni memang setiap hari jumpa businessman dato2 tan sri. Tapi tak pernah pula saya nak ambil kesempatan nak berbaik2 dengan client luar daripada batasan.
Habis during office hour sahaja walaupun ada a few clients yang memang cuba masuk jarum. Tapi kita tau la kan status kita as a wife and a mother. Kita jaga maruah diri and suami.
Bila dah kantoi tu saya memang marah betul. Boleh pula buat perangai serupa beruk kat ofis. Gatal tak tentu hala. Saya suruh suami cerai je kalau nak menggatal sangat. Cukup2 la menyusahkan saya. Pergi la kahwin dengan MM yang tak tau malu tu.
Tak boleh tahan marah dah masa tu sebab saya memang tak boleh terima apa dia buat kat saya and anak2. Kami ni memang bercatu semua perkara termasuk makanan sebab harapkan duit simpanan saya je. Anak kami 5 org dah masa tu. Kesian anak2.
Saya cakap kat suami saya nak kerja balik and buat perangai macam MM sebab dia suka perempuan macam tu. So kalau saya kerja balik boleh la saya melayan semua clients and officemates saya macam MM buat. Tau pula takut and suami tak izinkan saya bekerja balik.
Suami cakap MM tu memang betina yang suka melayan semua orang. Tiba2 boleh pula panggil MM tu betina. Kalau dua2 tak menggatal takde la jadi macam tu.
Sampaikan masa berpantang pun dia sibuk wish birthday suami pukul 3/4 pagi. Orang lain wish dalam group ofis je. Dia sibuk nak personal message bagai konon dia la terpaling ingat birthday suami. Jijik saya dengan betina macam ni.
Saya memang devastated sangat lepas tu. Tapi apa yang saya boleh buat? Saya terperuk kat rumah jaga anak2 je. Cuma saya berdoa je pada Allah bagi saya kesabaran and kekuatan utk terus jaga anak2 dengan baik.
Tak lama lepas tu dapat berita department diorg ni dapat management baru. Maksudnya bukan lagi under GLC tapi under company baru. So masing2 pun sibuk cari kerja lain since benefit semua pun dah berkurangan, tak sama macam dulu. MM pun tak lagi kerja kat situ.
Suami pun tak happy dengan management baru. Pindah kerja juga tapi kena double standard dengan bos baru. Saya lihat perkara ni sebagai balasan dari Allah. Tapi saya pun tak pasti diorg masih contact lagi atau tak.
Apa yang saya nak tekankan kat sini Allah tu ada untuk hamba Nya yang teraniaya. Ada juga terniat nak bagitau suami MM tentang perangai murahan dia tapi tak sampai hati pula. Saya tengok suami MM tu baik orangnya. Mesti dia kecewa. Jadi saya senyap je la dengan harapan MM akan insaf sendiri.
Jadi nasihat saya kepada suami dan isteri orang, jaga la batas pergaulan semasa kerja tu. Be professional and jangan nampak murah sangat. Appreciate pasangan masing2 and jangan sampai pasangan lost trust.
Jujur cakap saya memang tak percaya dah kat suami walaupun dah bertahun kejadian ni berlaku sebab terlalu percaya kat suami. Memang tak terfikir langsung suami akan buat macam tu. Memang suami ada admit dia salah and minta maaf tapi saya dah hilang trust. Memang tak akan sama dah sampai bila2.
– Mysara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kena start involve suami dlm urusan rumah tangga. Biar dia ada rasa tanggungjawab. Duit pun kena mintak, jgn nak ikhlas tak memasal. Ikat dia dgn komitmen baru diantak boleh pergi jauh nak menggatal pun.