Office Husband Office Wife II

Untuk part I, (https://iiumc.com/office-husband-office-wife/).

Selepas kantoi suami beroffice wife dengan MM, suami admit dia buat salah and minta maaf. Suami cakap dia tak kan rapat lagi dengan MM. Saya pun tak pasti sejauh mana kejujuran suami. Macam mana nak control suami di ofis kan?

Tapi saya perasan suami dah jarang dengan fon bila kat rumah. Kalau team keluar makan ramai2 MM duduk jauh sikit dari suami. Kalau sebelum ni, everytime keluar makan beramai-ramai mesti MM yang akan duduk sebelah atau berhadapan dengan suami. Kalau keluar berdua tu tak tau la macam mana.

Tak lama lepas tu MM pun tak lagi kerja kat situ lepas department diorang diletakkan under management baru. Tapi after some time saya ada dengar2 tempat kerja baru suami cari staff. Suami ada tanya2 siapa yang berminat boleh hantar resume. Salah sorang officemate lama tu tanya. Kalau MM nak apply job tu boleh ke?

Aikkk.. Pulak dahhh. Tapi so far MM masih kekal kerja di tempat yang sama, bukan in the same office dengan suami. Tak tau la dia apply ke tak. Hmmmmm…

Suami berubah lepas kantoi tu. Memang saya terus terang tentang dia tak jalankan tanggungjawab sebagai suami. Dia mula bagi monthly allowance. Walaupun ciput tapi at least suami ada commit something.

Tapi sebab marah tak habis lagi, saya ada bagitau suami. Kalau bayar gaji bibik pun jauh lebih banyak daripada apa yang suami bagi. Rasa macam tak patut juga cakap macam tu. Tapi susah nak control marah.

From that moment, saya akan buat list semua expenses anak2 and claim every month end. 10 sen pun saya kira. Hahaha. No more pakai duit sendiri. Even allowance yang suami bagi pun saya simpan untuk diri sendiri. Makanan and barang dapur memang saya minta suami setelkan semua.

Kalau saya penat uruskan anak2, saya akan order je makanan. Tak nak lagi bersusah payah masak sebab nak jimat. Sekali sekala saya akan minta suami bayarkan part time cleaner untuk bersihkan rumah.

Nampak macam jahat kan. Nampak as if macam nak balas dendam atas apa yang suami culas sebelum ni. Tapi saya fikir biar la dia tau and ambil balik tanggungjawab yang saya galas sebelum ni. Jangan tau seronok2 pergi ofis balik ofis je.

Barang2 sekolah anak pun saya minta dia sendiri yang pergi setelkan. Biar dia tau banyak mana saya spent sebelum ni untuk anak2. Kadang2 terdetik juga rasa kesian kat suami. Tapi bila teringat balik apa yang suami buat sebelum ni, saya tutup mata je.

Saya bukan jenis yang boros berbelanja. Jadi allowance yang saya dapat tu walaupun sikit tapi jarang2 saya pakai. Saya kumpul and mula beli barang2 yang saya suka. Bila ada free time saya mula pergi spa and facial balik untuk me time kononnya. Biar suami yang handle anak2 sekejap. Allowance tu memang saya spent semua untuk diri sendiri.

Bila kita kesian and tolong suami dulu, dia senang2 buat hal dengan perempuan lain kan. So no mercy dah lepas ni. Ada orang yang salahkan isteri bila jadi macam ni. Tu la kau baik sangat kat suami. Tu la kau baik tak bertempat. Tu suami buat macam tu sebab dia senang sangat. Biasa dengar orang cakap macam tu kan.

Isteri buat baik pulak disalahkan. Sepatutnya suami tu yang kena lebih2 lagi hargai isteri bila isteri mudahkan urusan suami. Patut suami balas lebih lagi dengan kebaikan. Ini tidak. Semacam jadi satu kesalahan bila isteri tolong suami. Macam isteri tu pula buka jalan as ticket suami untuk berskandal di luar.

Bila isteri terutamanya suri rumah ni selalu minta duit dari suami, dikatanya pulak boros. Tak tau jaga harta suami. Jadi point pulak untuk suami bercerita mengadu dengan office wife. Tolong suami salah, tak tolong pun salah.

Semacam apa pun yang isteri buat, akan jadi alasan suami ni berskandal. Tapi saya tau bukan semua suami macam ni. Ada je suami yang betul2 baik jalankan tanggungjawab dan sayangkan family. Ramai je suami yang betul2 hormat isteri.

Isteri orang pun apa kurangnya. Sama je. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Macam MM, dia memang ada maid di rumah. Mungkin banyak sangat masa lapang yang terluang, tu yang balik dari ofis pun masih berchatting dengan suami saya. Tambah pula tengah pregnant. Mesti banyak berehat kan.

Saya bukan nak kata saya ni isteri yang terpaling baik, apalagi isteri yang sempurna. Tapi takde la sampai layan lelaki lain.

Dulu masa saya bekerja tak pernah ada budaya office husband wife ni. Kami memang berhati2 di ofis. Bertuah saya dapat kerja dalam environment yang bersih macam tu.

Kalau nampak ada bibit2 negative tu, kita akan tegur secara baik. Ini tidak, ada pulak yang mengusik menggalakkan lagi dengan anggapan cuma nak bergurau. Masing2 mak and bapak orang pulak tu. Sepatutnya jangan la normalisasikan benda2 macam ni. Ntah laaa.

Kebetulan selepas tu tiba2 saya dapat beberapa tawaran kerja dari client2 lama. Macam tau2 je. Client2 tu memang ada yang cuba rapat dengan saya. Masa ni la saya tunjuk and cakap kat suami, saya pun boleh buat apa yang suami buat kalau saya nak. Takde niat pun nak buat macam tu tapi biar la, dengan harapan suami sedar diri.

Tapi suami memang tak izinkan saya kerja dah. Saya ok je uruskan rumah and anak2 as long as suami jalankan tanggungjawab and tak curang belakang saya.

Untuk pengetahuan semua, saya memang tiada sebarang hutang or commitment. Semua saya dah setelkan sebelum berhenti kerja. Itu yang saya berani berhenti kerja and plan nak mulakan business.

Saya pun ada fund sendiri. Cuma plan terhenti bila saya pregnant. Gaji saya dulu pun ok juga. Jadi memang saya betul2 independent dan tak pernah pun minta duit dari suami.

In fact saya yang top up mana2 yang kurang. Tak pernah berkira pun sebab dah namanya hidup bersama and saya memang percaya suami. Rumah and kereta suami memang dia yang bayar. Tu yang bila dah berhenti kerja tu saya rasa janggal nak minta suami duit belanja, further tak nak susahkan suami.

Pada saya apa salahnya saya tolong suami sementara nak cari income sendiri. Tapi lain pulak jadinya. So lepas kejadian tu saya memang minta je everything dari suami. Lagi pun suami yang tak izinkan saya kerja. Hehe.

Mungkin ada yang setuju dengan saya, mungkin ada yang kecam. Masing2 ada pendapat sendiri. Masing2 ada cara untuk handle masalah sendiri. Ujian setiap orang berbeza. Orang yang melaluinya je boleh faham apa yang saya rasa. Saya pun mungkin ada salah and silap di mana2.

So far Alhamdulillah suami tunaikan nafkah saya dan anak2. Saya hanya doa yang baik2 dan buat yang terbaik untuk family. Kita usaha then tawakal. Tapi jujur cakap rasa curiga tu masih ada. Takut benda yang sama berulang. Dah tak percaya sepenuhnya dengan suami. Normal ke tu??

– Mysara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Rasa curiga, cemburu, merajuk, marah² jengkel dan lain-lain tu wajib ada dalam rumah tangga. Itu asam garam kehidupan. Supaya apa? Supaya ada spark. Kalau semua smooth tak ada masalah, kita tak akan belajar menghargai.
    Saya setuju dgn tindakan puan stop semua bantuan yg pernah puan beri pada suami. Lebih baik invest dalam simpanan asb, sspn atau tabung haji puan dan anak-anak. Lelaki ni puan wajib galas tanggungjawab agar dia fokus. Jika tak, dia akan jadi lengai. Dia akan ambil mudah. Dia akn melihat puan sebagai team mate/ roomate yg 50-50 kongsi beban bukannya tanggungan. Sedangkan Allah dan Rasul dah didik dan ajar suami isteri tentang tggjawab dlm rumah tangga. Sharing is caring but not everything.

  2. Nafkah zahir n batin semua suami yg kena sediakan
    Kita sebagai isteri cuma kena taat perintah suami selagi tidak menyalahi agama
    So mintak mintak mintak
    Sampai dia tak ada peluang nak berskandal kat luaq.
    Terbaik tt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *