Officemate Suka Cari Gaduh

Hai. Salam semua. Just for sharing is caring gitew.

Saya ada officemate lelaki yang boleh dikatakan rapat tapi as a rakan sekerja lah well mamat ni muda dari saya jauhh 10 tahun tapi dia kategori bos juga la.

Ok.. Persoalannya kami ni hanya rakan sekerja biasa sahaja. Maksudnya tak pernah lagi la berwhatsapp di luar waktu pejabat atau keluar berdating even lunch hour pun tak pernah makan sama pun.

Cuma ada kepelikkan pada dia sejak dua menjak ni. Tingkah laku dia agak pelik bila kerap sangat nak buat kerja sama2.. Actually kami bahagian yang sama tapi unit yang berbeza tapi kerja2 saya dia kerap tolong buatkan walaupun saya tak offer mintak tolong dia buatkan pun.

Kadang-kadang saya perasan juga dia hari2 datang kat tempat saya semata ajak nyembang tapi bagi saya itu biasa.

Setiap hari saya perasan dari jauh nampak dia meninggikan kerusi dia dan sering tertangkap dia tengah menengok arah tempat saya walaupun agak jauh tapi masih boleh nampak mata dia memandang kearah tempat saya.

Well saya masih anggap mungkin kebetulan sahaja sebab tempat saya memang menghadap work station dia.

Tapi baru2 ni yang makin saya pelik and ada rasa meremang and tak selesa adalah bila dia bercakap dengan saya mata dia akan tatap mata saya straight tak berkedip dan lama and off course saya rasa kurang selesa ya dan bukan sekali dua saya kantoi kan dia tengah tenung saya.

(Saya tertoleh ke dia yang tengah duduk sebelah saya dan depan saya, sebab saya rasa tengkuk saya meremang) pastu saya selamba buat tak tau je lah walaupun hati da berdebar2 terkejut.

Satu lagi perangai dia ni yang saya pelik sukaaa sangat buat saya jadi bahan lawak sakit hati dia pastu dia punya gelak ngan happy tu memang tak boleh blah. Punya la ramai orang kat office tu kenapa saya juga yang jadi bahan sembangan dia. Sakit ati tau sebab asyik kutuk saya je.

Jadinya saya nak tanya pendapat anda adakah Si Dia ni ada perasaan pada saya samada suka atau ada sakit hati dengan saya. Sebab nya Si Dia ni suka juga cari gaduh dengan saya dengan kata2 yang menyakitkan hati saya contoh ‘awak tu pakai apa pun buruk’

Sakit betul hati tapi malas nak layan saya diam je. Lagi dia kata kat saya “akak tu pakai mask pun buruk tak pakai mask lagi buruk” halaaaa dia ni memang nak mintak kena sekeh ke apa?

Geram sakit hati semua ada nak2 dia gelak kan saya kaw2 pastu tak cakap sorry pun dia kata halaaa gurau je kak. Gilo ke apa gurau gitu kat pompuan mntak kena reject ke??

Ayat lain dia selalu kata kat saya, ‘akak tu bukan bagus sangat pun sebab tu selalu mintak tolong saya’ .

See saya pun konpius kalau suka kenapa nak cakap benda2 yang menyakitkan hati orang yang dia suka memang la dia cakap macam tu saya gelak je saya lawan saya anggap bergurau tapi kenapa saya sakit hati sangat.

So saya anggap je dia ni ada masalah mental plus sakit hati dengan saya tapi saya tak tau kenapa dan apa bende ntah.

Kalau sakit hati ngan saya knapa sibuk pulak nak tolong saya siapkan kerja saya sampai petang pastu kerja dia tak jalan. Pastu sibuk suh saya simpankan barang2 dia.

Hari2 ajak nyembang kadang ajak makan sama tapi memang idok la nak makan ngan dia eeiihh pening la ngan mamat ni. Apa ko nak sebenarnya honot.

Cuma saya ni adalah kadang tu perasan sikit yang dia ni sebenarnya suka kat saya. Tapi sakit hati saya ni melebihi suka so memang idok ler saya nak layan walaupun hensem dah la muda hish pastu hari2 cari gaduh. Pelik lah.

Keee saya salah? apa pendapat uolss?

Lega plak rasa dah lepas meluah ni..

– Zahirah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Selagi dia tak bagitahu perasaan dia yg dia suka kita, jgn sesekali kita perasan. yerlah mungkin itu memang nature dia sahaja. Kita perempuan ni kan mudah perasan, lagi2 yg terang2an buat mcm yg dia buat kat awak tu. Nanti last2, bila kita dh jatuh hati susah nak balik lagi. Jadi, baik kita jaga hati kita dulu. Take care. Tak pasti jgn simpan, gituu…

  2. Paling selamat untuk perempuan adalah selagi dia tak datang meminang jumpa mak ayah, anggap je la dia tu mengusik sebagai adik2 tak matang. Nama pun beza 10 tahun. Memang akak-akak selalu jadi target usikan. Lagi2 kalau perempuan tu masih solo x menikah. Jaga diri, jaga iman, mohon perlindungan Allah. Perempuan bila dah jatuh cinta, kdg jdi buta warna terus. Orang mengusik, dia pikir suka. Orang buat baik dia perasan kita ada hati pula. Serba salah jadi lelaki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *