Assalamualaikum, terima kasih admin share kan kisah saya. Tujuan saya menulis luahan ini hanyalah untuk berkongsi dan bertanya pendapat semua tentang kehidupan saya.
Umur saya 25 tahun dan sudah bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat GLC. Saya baru je kerja kat sini dalam setahun lebih. Saya tahu orang2 kat sni semuanya mempunyai IQ yang tinggi. Kalau tak, mcm mana boleh bekerja dkt sini. Cuma saya agak terkilan dengan staf department saya. Kerja kat ofis, mmg ada aircond, sejuk je rasa, kadang2 boleh buat tido. Tp diaorg ni mcm tak faham bahasa (sorry bahasa kasar). MEROKOK DI DALAM OFIS. Badan besar, tp otak kecik. Stress saya, sampai naik ke kepala.
Saya langsung tak kisah kalau diaorg nk merokok sbb diaorg bkn lah ahli keluarga saya. Kesihatan diaorg biarlah diaorg sahaja yang tentukan, tapi yang menyedut asap rokok diaorg, adalah SAYA. Dalam ofis ni beraircond, di tambah dengan asap2 rokok tu, kekadang saya sampai sesak nafas. Pening tu tak payah cakap la berhari2 sakit kepala dgn asap2 ni. Sy serius rase terkilan dgn sikap org macam ni. Dia tak fikir ke keadaan orang sekeliling? Nak merokok , tapi asap tu tolong la telan sendiri, jangan la bagi orang lain hidu.
Saya pernah bertanya bahagian admin, tak de ke arahan syarikat atau something yang bole stopkan dieorang merokok? dieorang pon tak mampu nak menjawab, huhu. Tolong la kerajaan ke ape ke , keluarkan la akta apa2 huhu. Saya dh tak tahan berbulan2 mcm ni. Nak marah pon, bos2 pon sama merokok juga tak mampu nak buat ape2.
Kadang2 terpaksa keluar dari ofis, nak cari udara segar T_T. mungkin juga sy tak pernah hidup dgn keadaan orang yang merokok disebabkan family sy tak de sorang pon merokok, vape, shisha and so on ipar duai pon tak de.
Wahai warga fb, ade apa2 solution utk saya tak? Saya minta maaf kalau ada apa2 yang saya utarakan, menyinggung perasaan sesiapa. Sekian, untuk hari ini. Terima kasih sudi membaca.
– Mia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit