Oh Ayah Mertuaku

Hai, Assalamualaikum semua. Aku Nur dah berkahwin dan ada seorang anak perempuan berumur 6 bulan.

Kami suami isteri bersetuju buat korban dan akikah anak kami sempena Raya Haji tahun ni. Jadi ayah suami yang tinggal jarak 3 jam dari kami datang tido ke rumah untuk tolong-tolong.

Ayah mertua aku ni duda berumur 62 tahun, dah lama sangat ibu suami meninggal waktu suami aku sekolah darjah dua.

Kiranya ayah mertua dah menduda selama 20 tahun, dan dia tak pernah kahwin lagi selepas tu. Ayah mertua aku ni jugak orang masjid, setiap waktu memang dia ke masjid ye.

Semalam selepas isyak, kami suami isteri dan anak keluar cari barang dapur. Ayah mertua tak nak ikut, katanya nak rehat-rehat sebab esok nak bertolak balik awal pagi.

Jadi kami tinggalkan ayah mertua dirumah sorang-sorang.

1 jam 30 minit lepas tu kami balik, suami masuk kereta ke parking aku dan anak turun dan masuk dalam rumah.

Masa aku sampai di dapur, aku tengok ayah mertua sedang berdiri didepan ampaian kain. Di laluan ke bilik air rumah, kami letak mesin basuh dan ampaian.

Laluan tu tak sempit ye, cukup luas untuk 2 orang dewasa lalu seiring.

Dan ayah mertua aku berdiri betul-betul di sisi tepi ampaian, tempat aku gantung penyangkut untuk pakaian dalam aku.

Masa tu dia tak berbaju hanya berkain pelikat, bila dia pusing dan nampak aku dia terus jalan ke bilik air yang ade di sebelah ampaian (ampaian disebelah dinding bilik air).

Aku masa tu dah berdebar-debar, apa yang ayah mertua aku dah buat ni.

Aku cuba kawal diri, bila dia keluar bilik air terus masuk ke bilik tetamu. Aku dah tak senang duduk dah, bila ayah mertua ke ruang tamu sembang dengan suami.

Aku terus ke penyidai, aku tengok penyangkut pakai dalam aku bahagian depannya kosong.

Aku cuba bersangka baik, ambik anak dengan suami bawa masuk tido.

Esok pagi, lepas solat subuh aku keluar ke dapur siapkan sarapan. Dan aku tengok penyangkut, ehh ade seluar dalam aku kat bahagian depan.

Aku betul-betul ingat wei susunan semalam, depan tu memang kosong.

Siap buat sarapan aku terus masuk bilik baring sebelah anak, laki aku dengan ayah dia tengah sarapan kat dapur.

Apa aku perlu buat? Perlu ke aku bagitahu suami pasal ayah dia? Risau aku wei, aku ni menantu dia sanggup buat macam tu.

Aku fikirkan anak abang ipar, abang ipar selalu tinggalkan anak perempuan dia 7 tahun dekat ayah mertua.

Aku geli weii, sumpah geli dengan orang yang macam ni. Aku tak sangka sungguh ayah mertua aku macam tu.

Kalau masih bernafsu kenapa tak kahwin je, suami pernah cerita sebelum ni dah dua orang makcik J kawasan rumah ayah mertua ajak kahwin tapi ayah mertua tolak.

Jadi sekarang ni perlu ke aku bagitahu suami?

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

11 Comments

  1. bagitau je la sis.. sbb perkara ni bukan main2.. kalau boleh mencegah drpd mengubati. cuba2 la tanya gak anak sedara tu ok ke tak dgn atuk dia..

    • tapi kalau boleh bincang elok2 dulu sgn suami.. semoga dipermudahkan urusan sis and family

    • Rasanya lebih baik jangan bagitau sesiapa pun kerana itu adalah aib pak mertua. Bukankah membuka aib orang lain tu haram. Sebaliknya banyakkan berdoa untuk mertua tu agar dijaga oleh Allah SWT keimanannya.

  2. beritahu suami baik2.. cerita dengan tenang dan jangan nampak seperti sis ni mengesyaki ayah mertua gila seks.. dikhuatiri terjadi perbalahan nanti.. tujuannya untuk suami juga faham situasi dan lebih berjaga2.. saya percaya ayah mertua sis baik sebenarnya.. tapi mungkin hari tu dia diuji dengan terlihat pakaian dalam sis.. kebetulan pula hari tu dia keseorangan di rumah.. memang syaitan cucuk jarum la.. lelaki ni nafsu tetap ada walaupun dah berusia tak seperti perempuan yang akan hilang nafsu bila menopause.. antara langkah berjaga2 sis boleh lakukan:

    1. Elakkan jemur pakaian dalam di tempat laluan umum.. seeloknya sidai dalam bilik tidur sendiri jika mertua ada dirumah dan kunci bilik tidur bila keluar rumah
    2. Pakai pakaian yg “sopan” di depan mertua
    3. Elakkan perlakuan mesra berlebihan dengan suami didepan mertua
    4. Elakkan tinggal berdua2an dengan mertua di rumah

    Semoga dipermudahkan urusan sis sekeluarga

    sebagai langkah awal.. elakkan jemur pakaian dalam diluar bilik..sebaiknya jemur dalam bilik tidur sendiri dan pastikan pintu bilik dikunci setiap kali sis keluar rumah.. dan pakai pakaian yg sopan bila mertua ada dirumah.. elakkan tinggal berdua dengan mertua di rumah..

    • setuju 100% dengan sis zati. bagitahu suami elok2, lembut2 masa suami tengah tenang supaya benda tu jadi perbincangan bukan perbalahan sebab itu ayah suami, sikit sebanyak mungkin suami turut terasa jika dia rasa itu satu pertuduhan..

      cadangan sis zati tu pun sy setuju, walaupun ayah mertua tapi sebab sis dah nampak macam ni, sis berjaga jaga la sikit jangan terlalu exposed atau apa apa. kita je yang boleh jaga diri kita sebab kita tak mampu nak kawal ayah tu kan

    • Minþ suami berbincang dgn ayahnya …beristeri lah jika nafsu masih ada…ggn la undang dosa…kesian pd ayah…

  3. Sebab tu la jgn larang ayah/mak kawen lain lepas cerai hidup atau mati. Korang tatau batin derang camna

  4. saya ada pengalaman, ada pakcik yang dah agak berumur nampak alim selalu pakai kopiah, suka solat sunat, tapi dalam diam dia suka meraba cucu nya yang baru berumur 8 tahun, kejadiannya masa pakcik tu datang melawat rumah anak menantu dia, nasib la cucu dia bagitau dekat mak ayahnya, sampai sekarang mereka xde balik kampung dan elak jumpa dgn pakcik tu. risau kot apa-apa jadi kat anak mereka..kesannya boleh sampai ke mati psikologi budak tu. tu pun dh nampak cucu perempuan macam dah jadi pendiam skit dan kurang ceria macam sebelum ini. Apa2 pun zaman skrg jgn mudah percaya hatta atuk, abg, pakcik lagi2 org asing untuk jg anak perempuan kita.

  5. Ada bini pun duk menggatal dengan bini orang
    Ada bini pun duk tengok porn tak habis2
    Tambah la tak dak bini 20 tahun

    Tak payah duk setia la sangat
    Bagi kawin ja cepat2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *