Oh Ibu Ayah

Hai semua. Nama aku J berumur dalam awal 30 an, berasal dari negeri selatan tanah air. First sekali, aku minta maaf kalau luahan aku agak berterabur sebab aku tak pernah lagi buat luahan secara bertulis ni. Hehe.

Aku ada tiga beradik dan aku anak bongsu. Abang dan kakakku tinggal di negeri lain manakala aku tinggal bersama ibu ayah. Aku sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang cahayamata (4 tahun, 2 tahun dan tiga bulan).

Selalunya luahan dalam ni banyak yang berkenaan keluarga mentua toksik tapi cerita aku ni berkenaan dengan keluarga aku sendiri. Ibu ayah aku sendiri bukannya mentua.

Berat untuk aku bercerita, dan bukan untuk membuka aib cuma aku perlu meluahkannya. Suami? Alhamdulillah, dia sangat memahami cuma aku malas nk bebankan dia dengan masalah keluarga aku yang tak berkesudahan ni.

Ibu ayah aku seorang pesara, dah pencen so memang ada dekat rumah 24 jam. Ada banyak masa untuk cari salah aku dan suami. Tidaklah aku cakap semua perangai mereka buruk2 cuma lately ni ketara sangat.

Sebenarnya dari kecil lagi mereka suka masuk MLM. Jangan tanya kenapa sebab aku pun tak tahu kenapa banyak kali padahal dah semua tu dah kena tipu cuma yang latest ni saja belum kantoi lagi benda tu pun menipu.

Semenjak mereka masuk benda tu, kehidupan kami pun berubah. Mereka selalu marah, mencarut, asyik moody saja. (Sebenarnya ibu aku dari aku kecil lagi memang suka marah2 dan mencarut).

Bila time diorang tengah mencarut tu dah pastilah anak aku yang masih kecil tu dengar walaupun tak faham lagi tu apa. Apa yang merisaukan ialah, anak2 memang ibu aku yang jaga sebab ibu tak bagi hantar pengasuh.

Ibu aku ni jenis yang sememangnya tak boleh dibawa berbincang dan jenis orang kena ikut kata dia. Tiada istilah slowtalk kalau nak berbincang dengan ibu sebab sah2 kau kena ikut cakap dia.

Even dalam urusan anak2 aku pun, kena dengar arahan ibu. Nak keluar pergi mana, pakai baju apa, nak makan apa semua ibu yang aturkan.

Kalau tak ikut apa yang ibu suruh, dia akan merajuk, marah2 dan bermulalah drama halau keluar rumah, anak derhaka, masuk neraka jahanam dan macam2 lagi.

Aku bernasib baik sebab suami aku memahami perangai ibu ayahku. Selalu suami kena tegur sebab tak solat walhal dia solat dalam bilik takkan nak kena hantar whatsapp nak bagitahu dia nak solat kan? Cuma mereka tak nampak.

Dan macam2 lagi sebenarnya cuma terlalu banyak perkara remeh yang ibu ayah aku bangkitkan. Malu aku dengan suami sebab ibu ayah selalu masuk campur hal kami suami isteri.

Suami aku kecil hati sebab ibu ayah suka cari salah dia tapi apakan daya, dia hanya menantu dan menumpang dirumah orang.

Mesti korang tanya kenapa tak pindah? Ya, kami tengah berusaha ke arah itu. Silap kami juga tak cari rumah awal2.

Sekarang ni, aku tekad nak pindah juga sebab boleh dikatakan hari2 aku dimarahi, dimaki. Kiranya b*d*h, bab*, pu****k, tu memang bagaikan nyanyian untuk ibu.

Kalau aku marah anak aku, aku akan dimarahi balik. tapi kalau ibu atau ayah marah, tak ape. Sampaikan aku rasa aku tak de hak langsung nak didik anak2 aku.

Contohnya, bila anak nangis je, ibu suruh buat susu padahal menangis sebab nak suruh tukar rancangan tv. Anak aku dah 4 tahun tapi bila duduk dengan ibu ayah memang kerap sangat susu.

Merengek sikit, pasti susu yang di bagi. Bila aku terangkan baik2, ibu akan melenting kononnya aku anggap ibu bodoh sebab tu aku ajar dia.

Sekarang ni anak aku memang fasa tantrum so setiap kali tak dapat apa dia nak memang dia akan menjerit dan mengamuk. Kalau aku tegur anak aku, ibu ayah akan marah aku sebab aku tak faham perangai budak kecil.

Tapi bila mereka marah dan jerit dekat anak aku, cakap anak aku perangai teruk, aku akan datang pujuk anak aku tapi end up aku yang kena marah sebab ibu ayah akan rasa aku perli mereka marah2 tadi.

Dulu depan suami aku, ibu ayah tak marah2 tapi sekarang depan suami, aku dah biasa kena maki sampai suami pun terkejut sebab aku tak pernah nak burukkan ibu ayah dekat suami aku dan keluarga mentua memang tak pernah nak berdrama macam keluarga aku ni.

Sekarang aku dah tak tahan lagi. Boleh dikatakan hari2 lah drama gaduh2 ni. Haih, penat sebenarnya jadi diri aku ni.

Aku nak cari rumah untuk berpindah tapi ibu tak bagi dan suruh tunggu dia support duit beli rumah (duit yang kononnya akan dapat hasil MLM).

Entahlah, aku penat nak diarah ikut cakap ibu sejak dulu lagi. Aku dan suami tak dapat nak atur hidup kami sendiri.

Doakan kami cepat dapat rumah sendiri ya. Aku harap aku mampu jadi ibu yang baik kepada anak2 ku. Jaga tutur kata dengan anak2. Aku tak mahu mereka rasa apa yang aku rasa. Sekian luahan dari aku.

– J (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *