Oh Ibu, Di Usia Emas Ini, Apakah Yang Dikau Cari?

Hai, straight to the point, saya ingin meluahkan dan juga ingin meminta pendapat & nasihat untuk membantu diri saya keluar dari kemelut ini ataupun ada pendapat dan nasihat dari kalian yang boleh membantu saya untuk bantu ibu saya itu sendiri.

Ibu saya, berusia 65 tahun, sudah berpencen dan sekarang duduk dirumah. Seorang yang berkereta dan boleh kemana sahaja independently. Masih sihat dan masih berkeupayaan untuk bergaya walaupun sudah berpencen.

Ayah saya sudah lama meninggal dunia ketika saya masih 16 tahun. Sejak ayah meninggal, ibu tidak pernah berkahwin lain.

Sehinggalah, apabila saya sudah mula berkerja dan zaman di mana platform media sosial mula bercambah naik, di situlah saya mula rasa geram dengan tingkah laku ibu yang suka ber-WhatsApp, Facebook.

Ibu saya mempunyai tabiat sering WhatsApp dan call lelaki lain. Yang pada kiraan saya, adalah pelik dan saya tidak suka kerana saya pernah usulkan untuk ibu berkahwin jika ada pilihan hati. Akan tetapi, hubungan dengan se-seorang lelaki itu tidak kekal lama. Kerap berubah.

Macam mana saya boleh tahu berubah? Kerana pernah saya ternampak nama caller si lelaki dan Profile Picture WhatsApp lelaki tersebut adalah berbeza.

Memandangkan sudah banyak kali saya menasihati ibu tentang perkara ini, lama-kelamaan hubungan kami jadi dingin dan renggang.

Saya dan ibu tidak senegeri tapi kerap kami balik untuk menjenguk dia di rumah. Saya mula rasa bertambah malu apabila, suami saya mula berdiskusi dengan saya tentang ibu.

Suami ada memberi cadangan supaya kami mempelawa ibu untuk sertai aktiviti riadah, masuk kelas pengajian Al-Quran, kelas hadis atau masuk mana-mana kelas santai-santai untuk hilangkan kebosanan dia,

Dan suami bermurah hati untuk fully support apa-apa pembiayaan kelas ibu. Saya malu dengan suami saya.

Saya cuba usulkan ibu join kelas, dan ibu hanya bersetuju tanpa banyak bicara. (Hubungan kami tetap dingin). Ibu join kelas yang dianjurkan di masjid, surau dan join kawan-kawan lama sebaya dia yang dah berpencen juga. Jalan-jalan dengan kawan pencen.

Okaylah, normal la tu. Seronoklah saya tengok dia berjalan ke sana sini dengan kawan-kawan dia. Tapi, tetappppp juga ibu suka WhatsApp dengan lelaki lain dan call malam siang macam remaja mabuk bercinta.

Arghhh, come on man! Macam habit, macam rasa bunga-bunga cinta bahagia tu.

Saya berbincang lagi sekali dengan ibu, kali ini bersama suami, suami yang bercakap dengan ibu, “jika ibu nak Amri (suami saya ; bukan nama sebenar) tanyakan pada Uncle (lelaki yang sedang ibu contact, tak tahu which Uncle) apa lanjutan dari hubungan ini, bolehlah kahwin dengan dia…”.

Ibu setuju, angguk, seperti berminat. Tapi, tidak berkesudahan. Begitu jugak akhirnya.

Pernah sekali, kami balik ke kampung, tiba-tiba ada Surprise Delivery yang hantar bouquet bunga terkejut-kejut tu, sempena harijadi ibu saya.

Anak saya bertanya, “Wahhhh! Mummy daddy bagi big chocolate untuk Tokma ke, bestnyaaaa nak nak!” Anak menjerit lompat-lompat. Lahhhhhh tiber, orang yang hantar bunga tu cakap la, “Bukanlah adik, ni surprise from Atuk adik ni”.

Bersembur air liur suami yang tengah angkat luggage kami nak masukkan dalam rumah. Lahhhhhhhh hahaha! Cepat-cepat ibu saya ambil bouquet tersebut dan tersenyum sambil layan anak saya nak chocolate tu dan masuk dalam rumah.

Bungkam saya kat depan porch tu, terus buat-buat siram bunga. Alahai, anak. Malunya makhang ni tak tau nak habaq apa la.

Macam mana ya nak buat? Suami saya sangat memahami saya dan tutup mulut sekemas-kemasnya tentang perkara ibu saya ini dari pengetahuan sesiapapun. Tapi, jauh di sudut hati saya, mana saya nak letak muka saya.

Saya pun ada rasa malu dengan keluarga mertua. Tidaklah mereka alim ulama, tapi berpadanan la dengan usia mereka. Saya cuma mahukan seorang ibu yang IBU.

Saya tidak minta lebih pun, saya taknak pun dia jadi seperti malaikat tak berdosa, saya hanya mahukan dia menjadi ibu yang saya boleh pulang boleh kembali. Dengan selamat. Rasa selamat.

Bagi saya, tindakan berhubungan di media sosial dengan lelaki (bukan mahram) bagi seseorang yang berusia 60 tahun adalah tidak normal. Ke normal je benda tu di zaman pancaroba ni?

Sekian, terima kasih atas nasihat kalian.

– Hujan Lebat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *