Oh Kontraktorku

Kita orang Melayu selalu sangat dan banyak kali dengar “tolong orang melayu kita, bantu melayu” senang cerita banyak. Aku pun selalu kena tapi macam okay tak apa mungkin nasib badan dapat orang macam tu.

Sampai sekali ni aku give up. Tahun covid tu atuk aku dia dah dapat duit dari pencen, lepastu ada duit melabur waktu muda.

Atuk aku pula dia muda dulu dengan arwah nenek aku ada beli tanah untuk setiap sorang anak dia tapi bukan tempat sama. Negeri sama tapi daerah lain-lain. Atuk aku pun decide dia cakap harta semua ni kasi dekat anak anak dia dia suruh buat rumah.

Adik beradik ayah aku ni 4 orang semuanya lelaki. Jadi atuk aku dia kasi sama rata dia sendiri dah memang pesan nak kami semua ni guna duit tu untuk buat rumah dia taknak guna beli kereta ke, beli benda apa ke.

Tapi waktu tu tengah covid jadi postponed. Cuma semua sibuk nak cari kontraktor nak kira budget nak design rumah yang macam mana.

Akhirnya lepas dah hampir 2 tahun pkp semua. Keluarga aku dengan pakcik aku lagi sorang yang dah jumpa kontraktor kami guna orang Melayu kita. Pakcik aku kontraktor Melayu lain, ayah aku pula melayu lain.

Bila tengok portfolio diorang okay green light. Tapi pakcik aku lagi 2 orang dia waktu cakap lah bab rumah ni dia suruh guna kontraktor cina dia cakap walaupun mahal tapi kerja cun.

Tapi ayah aku dan pakcik aku lagi sorang taknak kata dia “guna orang melayu islam kita bagus tolong bisnes melayu” iyalah sebab kos semua sekali ratus ribu. Rumah kami pun work in progress, selepas 2 bulan baru rumah pakcik aku yang lagi 2 orang pula mula.

Tapi dari sini mula problem bermacam masalah ye kontraktor kami. Kerja tak on time lepastu tak jaga kebersihan kawasan sekeliling sebulan pertama tu progress dia memang ala kadar.

Itu tak termasuk katanya plan awal buat bahagian ni tapi tetiba bila datang check eh dia buat bahagian lain. 5 bulan pertama punya progress tu memang menyakitkan hati. Macam-macam alasan, barang tak cukup, pekerja tak cukup, duit tak cukup, panas lah itulah inilah.

Pakcik aku yang lagi sorang tu pun sama. Duit dah keluar banyak ni tapi hasil tak memuaskan bila check banyak benda diorang buat ala kadar.

Ada sekali tu bos dia ni tak bayar gaji dah diorang datang rumah kami pula minta gaji tapi ayah aku dah cakap gaji diorang tu memang termasuk kos yang dia bayar dekat boss diorang sana.

Malu juga dengan jiran ye. Bila call payah gila nak angkat, kalau dia call mesti cakap duit tak cukup, barang tak cukup.

Dah masuk 6 bulan kami check rumah pakcik kami yang lagi 2 orang. Gila kemas kerja diorang, padahal diorang ni 2 bulan mula lambat tapi nampak dah rumah tu. Bila check tak ada kerja ala kadar semua kemas.

Bos cina dia pun elok kot dia explain guna ipad dekat pakcik aku cakap bulan ni area ni settle, bulan depan kita buat sini.

Aku dengan ayah bila tengok details kerja diorang macam rugi gila. Itu tak termasuk yang pekerja dia majority melayu juga bos dia setiap hari belikan makan, minum yang pekerja tempat kami tu diorang yang kena motor beli pakai duit sendiri.

Akhirnya siap juga rumah kami bajet lebih 20% dari estimation kos.

Waktu tu memang menyesal gila sebab yang kontraktor cina pakcik aku guna tu waktu awal quotation dia agak mahal tapi bila dah siap memang harga dia ngam. Tambah pun setakat seribu dua sebab ada benda pakcik aku dan keluarga dia nak tambah.

Rumah kami dah siap bila check banyak problem kena fix lagi. Waktu dah siap tu ayah aku dengan pakcik aku yg pakai kontraktor melayu ni memang complain kaw kaw banyak problem itu ini.

Sedangkan pakcik aku lagi 2 orang rumah siap lawa kau tahu tak benda apa yang paling kami jeles.

Kontraktor cina tu dia guna lebihan kayu apa tu semua simen mosaic diorang buatkan meja makan dapur panjang tu. Buatkan kerusi kayu, buatkan meja kopi yang kami punya pula kena rembat dengan kontraktor.

Rumah Alhamdulillah dah siap dah pindah tapi cuma rasa bitter tu tetap ada, bila dah borak dengan ramai orang pasal isu macam ni rupanya benda ni normal.

Diorang selalu cakap kalau nak buat rumah ke apa pakai kontraktor cina mahal tapi kerja sedap

Katanya, walaupun quotation kontraktor cina mahal tapi apa yang dia quote itu dia guna kalau Melayu pula quotation murah tapi silap hari bulan double mahal.

Ramai lah nanti akan cakap pergilah bawa mahkamah, report semua apa.

Tapi masalahnya rumah dah in progress 5-6 bulan lepastu kalau report dah tergantung benda ambil masak lama rumah pula nak cari kontraktor baru sambung buat jadi nak taknak terpaksa telan sampai rumah siap.

Bukanlah tak ada kontraktor Melayu kita yang kerja bagus tapi hakikatnya payah nak jumpa.

Niat awal nak bantu orang Melayu kita sebab iyalah benda buat rumah ni bukan setakat 10 ribu tapi ratus.

– Azman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Betul sungguh la cerita ni. Saya pun terkena dgn kontraktor melayu, hanya buat anjung je pun. Ambil masa 2 bulan, dtg kerja lewat, dh siap, bocor sana sini….mmg panas la hati…

  2. sebab tu la malas nak support kontraktor melayu, technician melayu, plumber melayu. buat keja macam pa ja. asal niat memang nak tolong bangsa sendiri. tapi banyak kali terkena.

    • buat dengan cina, hasil cepat, berkualiti , kemas, puas hati. wlpun bayaran tinggi sikit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *